
Berita baik buat peminat kek Secret Recipe, pada 24 Februari nanti korang boleh menikmati tawaran promosi beli 2 percuma 1 kek.
Kami percaya apa-apa promosi yang dibuat oleh Secret Recipe pasti dapat perhatian ramai kan?

Mana tidaknya, kalau korang nak beli sepotong kek disitu pun dah lebih kurang berharga RM10 ke atas. Jadi, inilah peluang untuk korang dapat lebih sikit dengan pembelian yang dibuat.

New York Cheese Cake, Chocolate Indulgence, Oreo Cheese Cake, sebut apa sahaja flavour kek yang ditawarkan di Secret Recipe semuanya jadi favorite pelanggan.

So guys, jom serbu Secret Recipe sempena kempen Kek Mania yang akan berlangsung pada 24 Februari nanti, bermula jam 12 tengah hari sehingga 5 petang.
Promosi ini sah di semua cawangan Secret Recipe seluruh Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hilangkan Batuk Berkahak Dengan ‘Air Teh’ Tradisional Ini, Mujarab & Selamat!

Sudah ke klinik tapi batuk masih tiada tanda untuk pulih. Apa kata korang cuba pula kaedah tradisional untuk merawat batuk berkahak ini.
Melalui perkongsian ikon yang terkenal dengan pemakanan sihat, Dr Rizal Abu Bakar berkongsi di facebook miliknya kaedah tradisional yang boleh diamalkan untuk mengubati batuk berkahak ini iaitu dengan minum air teh bunga cengkih.

Berikut adalah cara-cara membuatnya.
Saya tengok ramai sangat orang. Kong kong bunyi. Teruk sangat. Nampak sangat gelema susah keluar. Degil. Ada tak cara natural nak hilangkan gelema ni?
Apa kata minum teh bunga cengkih. Boleh cari bahan bahan ni dulu.
- Setengah inci halia atau halia sebesar ibu jari.
- Satu batang kulit kayu manis

Photo by Rens D on Unsplash - Setengah sudu besar bunga cengkih
- Tiga mug air.
- Madu

Photo by Benyamin Bohlouli on Unsplash - Setengah biji lemon.
Cara Buat :
1.Panaskan air dan masukkan bahan 1-3.
2.Masak pada api sederhana. Bila mendidih, padamkan api. Guna penapis untuk tapis bahan.
3.Tuang ke dalam cawan. Masukkan madu secukup rasa. Perah lemon. Minum.
Senang saja kan. Apa kata cuba. Mulut pun tak berbau dah. Kalau habis buat lagi. Gitu.
Moga perkongsian Dr Rizal ini memberi manfaat buat mereka yang mengalami masalah ini. Setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati maka tidak salah untuk mencuba dan berikhtiar.
Artikel ini diambil dan diolah dari Keluarga.
Sumber : #DrRizal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Scam Alert! Ini Rupanya Cara Old Money Collector Tipu Duit Korang

Mesti korang selalu nampak komen-komen seperti “I am an old money collector, I buy syiling, cents and blabla…”. Ha, sounds familiar kan?
Mungkin ada sesetengah individu akan terpedaya kerana sebelum ini memang ada yang ingin membeli syiling lama dengan harga yang sangat tinggi. Biasanya, mereka ini adalah pengumpul barang-barang antik.

Tapi, sekarang ni dah makin menjadi-jadi pula iklan old money collector di media sosial lebih-lebih lagi di laman Instagram. Scammer ni akan meletakkan komen di setiap posting Instagram korang.
Hati-hati, ini mungkin adalah salah satu taktik penipuan.
Bagaimana agaknya cara scammer dari luar negara ini menipu korang? Berikut merupakan modus operandi yang sering mereka lakukan.
1. Tawaran membeli wang syiling/duit lama di media sosial

2. Suspek menawarkan dengan harga yang sangat tinggi
Kalau ikut logik, memang ada yang menawarkan harga jualan sebanyak RM1000 untuk syiling lama tapi bila tiba-tiba ada orang message cakap nak beli dengan harga sepuluh kali ganda. Korang rasa logik ke?
3. Meminta maklumat akaun
Korang akan diminta untuk membuat bayaran secara online, bank transfer atau telegraphic transfer.
4. Suspek beritahu wang yang dipindahkan telah pun disekat
Kalau nak melepaskan duit ke akaun korang, perlu membuat bayaran terlebih dahulu.

5. Dihubungi pihak kastam atau Bank Negara
Korang kemudiannya akan dihubungi oleh seorang individu yang menyamar kononnya daripada pihak kastam atau Bank Negara dan mengatakan korang telah melakukan kesalahan jenayah.
6. Wang pampasan
Seterusnya, si penyamar akan berpura-pura untuk memberi bantuan bagi mendapatkan wang daripada hasil jualan duit lama tersebut, tetapi korang terpaksa membayar sejumlah wang pampasan kepada mereka.
Mereka juga akan terus menerus mencari akal untuk meminta wang pada korang dengan lebih banyak lagi.

Barulah korang sedar yang sebenarnya korang telah pun ditipu. Mungkin modus operandi yang dikongsikan ini tidak sama sepenuhnya dengan taktik kotor scammer yang lain, tapi ini yang perlu korang sedar.
Jangan mudah terpedaya dan sekiranya berlaku seperti ini kepada korang, segeralah melaporkan kepada pihak polis.
Sumber: malaysiancoin.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Pasal Itu Aku Tak Boleh Duduk Orang Dengan B40” – Kenyataan Profesor Undang Amarah Warganet

Tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat menunjukkan seorang profesor yang dilaporkan berkhidmat di Universiti Teknologi MARA menempelak kasar seorang pelajar hanya kerana tidak memiliki sebuah komputer riba.
Menerusi video itu, profesor yang dilihat sedang mengajar secara atas talian bertanyakan soalan kepada pelajar dan seorang pelajar kemudiannya menjawab.
Namun jawapan yang diberikan itu tidak tepat sehinggakan pensyarah bertanya apakah peranti yang digunakan oleh pelajar terbabit.
Jawab pelajar yang berasal dari Seremban itu, dia tidak memiliki komputer riba dan hanya menggunakan telefon pintar bagi mengikuti kelas itu. Berdasarkan klip itu, pelajar terbabit difahamkan sudah berada di semester lima, namun tidak memiliki laptop.
Lalu, ia mengundang pertanyaan kasar daripada profesor berkenaan latar belakang pekerjaan ibu, ayah dan juga adik-beradik pelajar tersebut.
Satu-persatu jawapan diberikan olehnya; dia menyatakan ibunya sudah tiada manakala ayahnya pula tidak bekerja serta dia memiliki adik-beradik lain.
Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari uitm perak kampus seri iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri… #kpt #uitm pic.twitter.com/Cd3tXEnjMC
— bal (@toraokun__) March 29, 2022
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.
“Lepas ni akan ajar engkau excel, pasal itu engkau akan jadi drop out student. Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup aku tak ada pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important.. the computer is very, very important for me.
“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk orang dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ucap pensyarah tersebut sebelum menyuruh seluruh kelas menutup fungsi kamera.
Insiden tersebut telah mengundang reaksi amarah warganet mengenai cara pensyarah menyoal dan mengherdik pelajar dengan kasar sehingga menimbulkan ketidakselesaan.
BACA JUGA: “Kembang Tekak…” – Polis Kesan Peniaga Jalanan Simpan Jeruk Buah Dalam Longkang
Lebih menghangatkan isu apabila beliau merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan bagi membantu pelajar Bumiputera yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan.
Setakat artikel ini ditulis, siaran video tersebut yang dimuat naik pengguna Twitter @toraokun_ telah diulangkicau lebih 37 ribu kali.
Berikutan tularnya video ini, bekas Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq memberikan reaksi.
Dalam satu ciapan, Syed Saddiq berkata, “Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet. Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan. Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop. Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop.”
Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet.
Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan
Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop.
Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop. https://t.co/eST0S4Qz55
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) March 29, 2022
Selain itu, terdapat juga petisyen yang disuarakan oleh Mahasiswa KEADILAN Malaysia yang menuntut Universiti Teknologi MARA dan juga Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan tatatertib terhadap penyarah berkenaan.
Sehingga kini, tiada lagi kenyaataan yang dikeluarkan oleh pihak pensyarah mahupun UiTM. Semoga perkara ini dijadi diselesaikan dengan baik dan menemui penyelesaian yang positif.
Masalah pelajar yang tidak memiliki kemudahan seperti laptop atau tablet bukanlah satu isu baharu. Sejak berlakunya proses pembelajaran atas talian, isu keciciran dalam memiliki dua alat elektronik ini terkuak luas.
Memiliki laptop bagi golongan pelajar sangat penting bagi menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!



