Malang sememangnya tidak berbau.

Seminggu telah berlalu selepas berlakunya tragedi tiga anak kapal yang dilaporkan hilang setelah bot yang dinaiki mereka terbalik akibat ribut dan ombak besar.

Bot tunda Ever Winner yang berlepas dari Kinabatangan ke Sandakan itu dilaporkan karam di perairan Kuala Kinabatangan Besar.

Dalam perjalanan tersebut, ia sedang menunda sebuah tongkang bernama Ever Eternity tanpa muatan dan mengharungi cuaca buruk sebelum disedari hilang oleh syarikat pengangkutan bot.

Mereka yang hilang dalam kejadian jam 4 pagi itu ialah kapten bot, Mohamad Mal, 49, serta dua kru, Mohd Hafiz Isyra Nagrah, 22 dan Azlan Hassan, 23.

“Sebentarku Pulang” Abang Mangsa Bot Karam Sabah Kongsi Video Adik Nyanyi

REMAJA menghubungi abang kepada salah seoang mangsa yang hilang iaitu Azlan Hassan.

Menurut Albin Hassan, dia tidak menyangka tragedi buruk seperti akan menimpa adiknya. Tambahan pula apabila mangsa baru saja memulakan pekerjaan tersebut kira-kira sebulan lebih dan baru saja berlayar bersama rakan sekerja lain selama tiga kali.

IKLAN

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Albin Hassan (@albinhassan_)

Keluarga Bina Pondok Di Sungai Kinabatangan

Menurut Albin, pasukan penyelamat buat masa ini tidak dapat meneruskan pencarian untuk hari kelapan disebabkan keadaan cuaca dan laut yang masih bergelora.

Namun, disebabkan kasih ibu dan ayah, meraka sanggup membina pondok kecil berdekatan Sungai Kinabatangan demi usaha mencari adiknya itu. Hal ini kerana keluarga Albin menetap di Sandakan dan perjalanan ke pulau tersebut mengambil masa 3 jam.

Albin sempat berkongsi satu video sebelum adiknya dan rakan yang lain bertolak ke laut pada hari kejadian.

IKLAN

“Sebentarku Pulang” Abang Mangsa Bot Karam Sabah Kongsi Video Adik Nyanyi

Foto: Ihsan Albin Hassan

“Sebentarku Pulang” Abang Mangsa Bot Karam Sabah Kongsi Video Adik Nyanyi

Foto: Ihsan Albin Hassan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Albin Hassan (@albinhassan_)

IKLAN

“Gerak dulu guys, doakan jela kami selamat”

 

Dapat diperhatikan, mereka kelihatan begitu gembira dan teruja. Namun, tiada siapa menyangka itulah momen terakhir mereka menemui keluarga sendiri sebelum tragedi berlaku.

Setakat ini, usaha menyelamat dan mencari mangsa hilang masih giat dijalankan oleh ahli keluarga dan pegawai yang bertugas.

Marilah kita berdoa agar adik Azlan dan rakan-rakan lain dijumpai dengan selamat. Kami dari pihak REMAJA mendoakan urusan Albin sekeluarga dipermudahkan dan bertabah dengan dugaan yang menimpa ini.

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI