Kalau anda ingin mengatasi panas badan, apa kata cuba dengan minuman-minuman yang berkhasiat ini.
Menariknya lagi minuman ini semuanya berusur dari bahan semula jadi.
1. Kundur
Kebanyakan pasti akan menyangka yang buah kundur ini adalah mentimun tapi sebenarnya bukan. Kundur merupakan keluarga Cucurbitaceae yang dikenali sebagai Winter Melon dalam bahasa Inggeris. Masyarakat Cina mempercayai air buah kundur dapat memastikan keseimbangan dan menstabilkan suhu badan. Jus kundur juga dapat membantu menghidrasikan badan dengan lebih cepat berbanding air dan menyahkan toksin.
2. Teh Krisantimum
Teh krisantimum adalah antara minuman popular di kalangan masyarakat Cina. Ia amat baik untuk simptom seperti gusi sakit dan berdenyut, sakit gigi biasa, sakit kepala, sakit mata, suhu badan menurun dan mencegah serangan panas. Cara menyediakannya mudah sahaja. Anda hanya perlu mendapatkan bunga krisantimum dan letakkan di dalam air panas bersama gula batu. Ia juga terdapat dalam minuman tin.
3. Cincau
Anda sudah tentu kenal dengan cincau. Ia boleh didapati dalam minuman ABC, sirap bandung cincau dan air cincau sendiri. Cincau terhasil daripada adunan campuran daripada tumbuhan mesona chinesis, ditambah dengan kanji yang disejukkan sehingga kepekatannya jadi seperti agar-agar. Cincau adalah penyejuk semula jadi yang membantu mencegah serangan panas dan demam serta mencegah ruam dan kulit kering.
4. Sengkuang Cina
Sengkuang Cina bukan sahaja boleh menyejukkan badan yang sedang panas, bahkan ia juga dapat menyahkan toksin yang tersumbat di dalam badan. Mereka yang menghidap cystitis dan jangkitan saluran kencing boleh diberikan Sup Sengkuang Cina bagi mencegah daripada menjadi lebih teruk. Jus yang diekstrak juga boleh mencegah rasa senak dan loya.
5. Air Kelapa Muda
Alangkah indahnya kalau di tengah cuaca panas dapat menikmati air kelapa muda. Memang sungguh menyegarkan! Air kelapa muda memang dikenali sebagai penyejuk badan semula jadi dan digunakan dalam perubatan tradisional untuk demam dan menghilangkan panas dalam. Syaratnya, perlu minum begitu sahaja tanpa ais dan gula.
6. Kembang Semangkuk
Kembang semangkuk juga amat sinonim dengan minuman yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia seperti ais kacang atau lee che kang. Selain sedap untuk dimakan, kembang semangkuk juga mempunyai pelbagai khasiat ubatan. Untuk menyejukkan badan, anda hanya perlu rendam biji kembang semangkuk, getah anggur, gula batu dan air selama sejam, lalu diminum.
ARTIKEL INI OLAHAN DARI MASKULIN.
Sumber: lelakisihat.com
BACA LAGI: Angkara Obses Dengan Jimin BTS, Pelakon Kanada Meninggal Dunia Selepas Jalani 12 Pembedahan
KREDIT FOTO/ ARTIKEL: KOSMO, TRPBM
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.