Akhirnya penantian rakyat Malaysia bagi menyaksikan siapakah wajah senarai barisan kabinet kerajaan perpaduan telah pun terjawab selepas Perdana Menteri ke-10 yang juga menyandang portfolio Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan perkara tersebut pada Jumaat lepas.
Sedia maklum, tiada mana-mana gabungan parti politik memperoleh majoriti mudah atau menang 111 daripada 220 kerusi parlimen, pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.
Maka, baru-baru ini Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) telah capai kata sepakat untuk membentuk Kerajaan Campuran. GPS dan GRS juga turut memberi sokongan kepada pembentukan Kerajaan Campuran ini.
Bagaimanapun, pastinya masih ada segelintir rakyat di luar sana masih tertanya-tanya dan tidak memahami apakah keperluan PH untuk bekerjasama dengan parti lain bagi membentuk sebuab kerajaan perpaduan.
Buat pengetahuan pembaca REMAJA, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli, akhrinya membuka mulut mengenai kerjasama PH dan BN setelah lebih seminggu kerajaan perpaduan dibentuk.
“Keputusan PRU15 adalah unik. Seperti yang saya jangkakan, tidak ada gabungan yang akan mendapat majoriti membentuk kerajaan sendiri. Tetapi PH akan menjadi blok yang terbesar.
Ads
“Lebih unik lagi, keputusan ini telah menyebabkan bahawa Perikatan Nasional (PN) atau PH pun tidak boleh membentuk kerajaan sendiri tanpa penyertaan BN. Mana-mana gambungan memerlukan penyertaan BN untuk membentuk kerajaan.
“Walaupun PN berjaya mengumpul sokongan daripada semua parti-parti lain selain daripada PH atau BN, PN tidak boleh membentuk kerajaan. Saya pasti perkara ini disedari oleh semua pihak,” katanya.
Tambah Menteri Ekonomi itu lagi, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menitahkan agar kesemua gabungan politik membentuk kerajaan perpaduan. Hal ini ekoran daripada situasi PN yang sejak awal lagi menolak sebarang kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.
Ads
“Pada tiga hari terawal selepas PRU15, BN sebenarnya membuat keputusan untuk berkecuali. Mereka mahu kekal sebagai pembangkang dan tidak akan menyokong PH mahupun PN untuk menjadi sebuah kerajaan.
“Secara logik perkara ini boleh berlaku, tetapi kerajaan minoriti yang terbentuk itu adalah sangat tidak stabil dan ia boleh jatuh pada bila-bila masa sahaja. Pada masa sama, PN yang sejak awal lagi menolak sebarang kerjasama dengan PH untuk membentuk kerajaan.
“Oleh kerana itu keadaan menjadi buntu. Tidak ada gabungan yang boleh membentuk kerajaan. Kebuntuan itu hanya ada jalan keluar apabila Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung menitahkan agar gabungan-gabungan politik membentuk satu kerajaan perpaduan,” tambahmya lagi.
Dalam pada itu, Rafizi turut menyifatkan PRU15 pada kali ini mempunyai hikmah bagi mendesak semua pihak yang bersengketa sebelum ini ‘duduk semeja’ bagi mengutamakan rakyat.
Ads
“Sebenarnya PRU15 ada hikmahnya, ia mendesak semua pihak yang bersengketa dalam politik sebelum ini duduk semeja dan mengutamakan rakyat. Nasihat saya kepada semua adalah mengutamakan rakyat.
“Yang menjadi kerajaan seperti saya, rakyat akan menilai setiap gerak geri kita. Ini masa untuk bekerja siang dan malam untuk melaksanakan semua idea yang kita pernah ada sebelum ini,” ujarnya panjang.
Terdahulu, PH dan PN adalah dua blok parti politik yang mendapat jumlah kerusi Dewan Rakyat tertinggi, masing-masing 82 dan 73 kerusi, namun tidak cukup majoriti mudah bagi membentuk kerajaan.
Kedua-dua blok parti itu memerlukan sokongan Ahli Parlimen mewakili gabungan parti lain, termasuk BN yang menang 30 kerusi bagi mendapat sokongan sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum masyarakat Malaysia ‘menggilai’ k-drama, drama Hong Kong pernah mendapat tempat di hati penonton negara kita. Kecantikan dan kekacakan pelakonnya sering kali mendapat perhatian. Malah, jalan cerita dengan episod yang agak panjang membuatkan peminat sering ternanti-nanti.
Kalau korang pecinta filem Hong Kong, mesti korang mengenali pelakon dan pelawak, Richard Ng.
Namun, satu berita sedih diterima apabila, Richard Ng dilaporkan meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat kegagalan jantung, lapor CNA.
Mendiang Richard dilaporkan menghidap pelbagai penyakit termasuk penyakit buah pinggang dan tahap pendengarannya semakin merosot. Pada 2019, dia mendedahkan bahawa hanya 10 peratus buah pinggangnya yang masih berfungsi dan terpaksa menjalani dialisis empat kali sehari. Dia juga turut menjalani pembedahan pada jantungnya.
Menurut laporan Dim Sum Daily, kematian mendiang disahkan oleh ahli keluarganya selepas dimaklumkan oleh doktor. Mereka telah diminta hadir ke hospital bagi mengucapkan selamat tinggal.
Mendiang meninggalkan seorang balu, Susan dan empat anak, Alex Ng, Zoe Ng, Louise Ng dan Carl Ng.
Tercalon Dua Kali Anugerah Filem Hong Kong
Untuk info, Richard Ng atau Richard Woo terkenal dalam industri televisyen tempatan suatu ketika dahulu. Namanya semakin dikenali ramai dalam siri komedi francais Lucky Stars.
Menurut media tempatan HK01 dan South China Morning Post (SCMP), figura itu popular dalam drama Hong Kong sewaktu era 1980-an dan 90-an.
Beliau pernah tercalon sebanyak dua kali dalam Anugerah Filem Hong Kong bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Winners and Sinners and Beyond the Sunset.
Antara nama-nama pelakon yang pernah bergandingan bersamanya termasuklah Jackie Chan, Michelle Yeoh, Andy Lau, dan Jet Li.
Richard juga merupakan seorang anak seni yang terpelajar apabila menyambung pelajaran di London, England dan kembali semula ke Hong Kong pada tahun 1997.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bukan kita sahaja yang terpaksa dikuarantinkan di rumah, malah selebriti antarabangsa juga kerap berkongsi pengalaman mereka termasuklah Selena Gomez.
Penularan Covid-19 nyata telah mengehadkan aktiviti Selena yang sedang bersiap sedia untuk melancarakn jenama kosmetiknya, Rare Beauty tak lama lagi.
2 minggu lalu, Rare Beauty telahpun melancarkan kempen #WeAreRare dan meminta orang ramai untuuk menghantar kisah peribadi meraka. Itu adalah peluang bagi peminat Selena dipilih untuk menyertai penggambaran ataupun photo shoot untuk kempen pertama mereka.
Itu dua minggu lalu. Kini kempen tersebut telahpun dilapor dibatalkan.
.
Menerusi paparan di Instagram Story, Rare Beauty berteriima kasih kepada peminat Selena yang menghantarkan entri kepada mereka. Ia bermaksud ramai yang menyokong tagline Rare Beauty yang meminta agar semua orang berfikiran positif.
Namun dengan merebaknya wabak Covid-19 di seluruh dunia, mereka memutuskan untuk menangguh penggambaran tersebut ke satu tarikh yang akan diumumkan.
*
Menerusi sesi Live di Instagram sebentar tadi pula, Selena turut mengajak peminatnya agar bersabar dengan pelancaran Rare Beauty dan duduk di rumah buat masa ini.
“Pada setiap hari, saya dan team akan menggunakan facetime untuk membincangkan pelancaran produk Rare Beauty. Seperti yang kamu dapat lihat, ada juga stok yang disimpan di rumah saya. Saya turut gementar untuk menantikan tarikh yang sesuai untuk melancarkannya,” katanya yang jarang sekali muncul menerusi Instagram Live.
.
Meskipun Rare Beauty belum lagi dilancarkan di stor Sephora bermula musim panas 2020, ramai orang yang tidak sabar untuk menantikan kehadirannya. “Ia lebih daripada sekadar jenama kecantikan. Saya mahu kita semua untuk berhenti membandingkan diri masing-masing dan mula menyintai keunikan sendiri,” katanya lagi.
Selena dalam pada itu turut menyertai trend #SafeHandsChallenge dengan memuat naik video cara membasuh tangan yang betul bagi mengelakkan diri daripada penularan wabak.
Sebentar tadi diadakan sidang media khas oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri mengenai situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Beberapa perubahan pada prosedur operasi standard (SOP) semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pentadbiran (PKPP).
1. Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya
Sumber Gambar : Majlis Keselamatan Negara
Ini bermakna tiada lagi SJR oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.
Sumber Gambar : Majlis Keselamatan Negara
Malah had penumpang termasuk pemandu dalam satu kenderaan juga dibatalkan.
Maklumat lanjut boleh anda dapati di laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN)
2. PKPB Dilanjutkan di Kuala Lumpur dan Selangor
PKPB yang sepatutnya tamat pada 6 Disember 2020 di Kuala Lumpur dan Selangor dilanjutkan sehingga 20 Disember 2020.
3. Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya
Ini bermakna tiada lagi SJR oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kawasan PKPB dan PKPP. Orang ramai juga bebas bergerak dalam kawasan bukan PKPD tanpa memerlukan surat kebenaran daripada pihak PDRM.
Walaupun masih ramai warganet yang keliru dengan pengumuman sebentar tadi tapi masih ada yang bersyukur dapat pulang melawat keluarga dan ibu bapa di kampung.
Sumber Gambar : Facebook MKN
Bagaimana pun, dalam kegembiraan kita dapat pulang ke kampung halaman tetapi penting dan wajib mengikut segalam SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan wabak ini tidak terus merebak.
Sumber : Majlis Keselamatan Negara
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
BIGBANG Coachella mencetuskan fenomena global apabila kumpulan legenda K-Pop itu tampil memukau di Coachella dengan persembahan epik, isu wawancara dan sorakan peminat dunia.