Kemelut rumah tangga pelakon, Puteri Sarah Liyana dan pengarah, Syamsul Yusof dilihat semakin menghampiri ke penghujungnya susulan kehadiran Puteri Sarah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pada pagi ini bagi memfailkan tuntutan cerai.
Sewaktu ditemui di perkarangan mahkamah oleh rakan pemberita, Puteri Sarah yang ditemani pasukan peguam Syarie dan adik-beradiknya berkata, dia lega semuanya akan terjawab dan selesai tidak lama lagi.
Sembilan tahun katanya bukan satu tempoh sekejap untuknya mendirikan rumah tangga dengan Syamsul. Tambahan pula, tarikh pembicaraan pada 7 Mac itu signifikan buat mereka berdua memandangkan 8 Mac merupakan tarikh ulang tahun kesembilan Puteri Sarah bergelar isteri kepada Syamsul.
“Poligami Itu Indah Kalau..”
Menjawab pertuduhan sesetengah warganet yang menganggap Puteri Sarah sebagai seorang wanita yang menolak poligami dan seorang isteri yang derhaka kerana meminta cerai daripada suaminya, ini respon beliau.
Ads
Puteri Sarah
“Sebenarnya, poligami itu indah kalau seorang suami itu berlaku adil dan meminta izin. Tapi sebab Sarah ditipu dan benda pun dah terjadi, jadi ini adalah jalan terbaik untuk Sarah. Alhamdulillah Sarah telah menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri secara baik. I did my best.
“Sarah sudah bincang dengan keluarga dan sudah bertemu Ustaz serta Ustazah juga untuk menyelesaikan masalah. Tapi sama juga,” kata Puteri Sarah.
Kongsinya lagi, doa beliau semasa mengerjakan ibadah Umrah tempoh hari telahpun terjawab apabila konflik yang mengancam rumah tangganya terdedah juga.
Ads
Selain itu, Puteri Sarah juga mengakui nombor telefonnya sudah tidak lagi dihalang (unblocked) oleh Syamsul dan ia sedikit sebanyak memudahkan mereka menyusun masa perjumpaan untuk berbincang.
Namun tegasnya, sebarang perbincangan selepas ini akan diiringi oleh kehadiran peguam mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi perkongsian sama, pasangan merpati dua sejoli itu tampil sama cantik dan sama padan mengenakan baju melayu dan kurung berona putih suci.
Selain itu, dia menzahirkan kesyukuran dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami, selain berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.
“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami.
“Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya menerusi ruangan kapsyen.
Sekadar informasi, Fizi pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri yang bernama Nurul Ameena Sofia pada tahun 2019.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tanpa angin mahupun ribut, model popular dan pelakon, Alicia Amin, 25 memilih tarikh 14 Februari 2021 untuk menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati yang dikenali sebagai Farzan.
Perkhabaran tersebut dilakukan oleh pasangan itu serta rakan-rakan industri kreatif menerusi Instagram. Peminat dan rakan seindustri Alicia menyambut baik akan berita ini termasuklah Ameera Khan, Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Nabila Razali, Alvin Chong, Elizabeth Tan dan ramai lagi yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan tersebut kekal bahagia sebagai pasangan suami isteri.
Turut tumpang gembira dengan perkhabaran ini ialah rakan peserta Asia’s Next Top Model seperti Maureen Wroblewitz dan Jach Manere.
Majlis pernikahan telah diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Saidina Umar Al Khattab dekat di Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Alicia menyarungkan gaun indah dengan perincian neckline tinggi rekaan Alia Bastamam Atelier lengkap dengan hijab yang distailkan oleh Nazrul Anas (@nazlivingastyle).
Sumber Foto: Bibo Aswan.
Sumber Foto: Bibo Aswan
Dia kekal memilih ‘glam squad’ yakni pereka fesyen yang sama bagi majlis keraian di kediaman keluarganya dan Khir Khalid serta CKay Liow selaku jurusolek dan jurudandan pilihan demi menaikkan lagi seri pengantin pada wajahnya.
Tahniah sekali lagi buat Alicia dan Farzan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah lebih setahun mengikat tali pertunangan akhirnya jaguh sukan olahraga negara, Datuk Abdul Latif bin Romly,25, telah menamatkan zaman bujangnya dengan Nabila Farhana binti Musaidi,25, hari ini.
Dalam satu hantaran video siaran langsung yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Latif berkongsi momen akad nikah yang berlangsung secara sederhana dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat.
Kredit foto: Tangkap layar sesi siaran langsung Instagram Abdul Latif Romly
Atlet pemegang rekod sukan paralimpik dalam acara lompat jatuh T20 ini tampil kacak dalam persalinan baju melayu rona putih sedondon dengan isterinya yang tampil anggun mengenakan busana berinspirasikan abaya disertakan dengan layah panjang. Kedua-dua busana ini merupakan hasil rekaan jenama fesyen popular, Seth and Luna.
Sah dengan sekali lafaz, pasangan tersebut dinikahkan berwalikan bapa pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM1312 tunai.
Kredit foto: Haikal Shuib
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Nabila merupakan seorang graduan dalam bidang pendidikan dan kini sudah pun berkhidmat sebagai guru di salah sebuah sekolah di Lembah Klang.
Sebelum ini pasangan yang sama-sama berasal dari Perlis ini mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021. Mereka berkenalan sewaktu sama-sama mengikuti pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, Kangar.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.