
Berita baik kami terima dari pelakon dan juga finalis Dewi Remaja 2019, Saidah Kamarudin.
Saidah menerusi hantaran video yang dimuat naik di Instagram miliknya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dua Finalis Tersingkir Dalam Episod 4 Dewi Remaja, Shalin & Saidah Tidak Patah Semangat

‘Hello tunang Muntazar Ghufran. #OneStepCloser.’
Difahamkan majlis pertunangan Saidah dan Ghufran berlangsung baru-baru ini dengan dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat.
Pada video yang dikongsikan, mereka kelihatan sama cantik sama padan mengenakan busana berona unggu muda.
Dalam hantaran sama, Saidah berkata dia tidak menyangka mereka akhirnya bertunang meskipun ada segelintir pihak yang tidak yakin dengan hubungan mereka memandangkan jarak usia yang agak jauh.
Menurut laporan, pasangan sama cantik sama padan ini juga merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Malah, menurut Munzatar juga dia sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawap sebagai seoarang suami dalam usia muda.

Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Sedikit info, Muntazar juga merupakan adik kepada pelakon kanak-kanak yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Firdaus Ghufran. Manakala, Saidah pernah membintangi drama Kerana Cinta Itu Ada, Tentang Hati Dia dan Rajuk Karina.
Diam-diam je eh Saidah, anyway tahniah Saidah.Kahwin nanti jangan lupa jemput kami ye!
BACA LAGI : 6 Port Membaca Sambil “OOTD”, Wajib Kunjungi Gedung Ilmu Dengan Dekorasi Unik Ni!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jungkook BTS Derma 1 Bilion Won Kepada Hospital Kanak-Kanak, Prihatin Nasib Keluarga Berpendapatan Rendah
Penyanyi K-Pop terkenal, Jungkook BTS baru-baru ini meraih perhatian peminat selepas dilaporkan membuat sumbangan sebanyak 1 bilion Korea Won (kira-kira RM3.03 juta) kepada Seoul National University Children’s Hospital.
Memetik laporan media antarabangsa, Jungkook atau pemilik nama penuh Jeon Jungkook (29) difahamkan menyalurkan sumbangan tersebut bagi menyokong projek ‘Integrated Care Center’ yang dijalankan oleh hospital berkenaan.
Menurut laporan, sumbangan itu dijangka akan memberi manfaat kepada pesakit kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah, khususnya dalam membantu mereka mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan tanpa terlalu terbeban dengan kos.

Lebih menarik, ini bukan kali pertama anggota pelantun lagu ‘Seven’ dan ‘Standing Next To You’ itu menunjukkan keprihatinannya terhadap golongan memerlukan menerusi hospital tersebut. Pada April 2023, Jungkook turut menyumbangkan 1 bilion Korea Won, dengan tujuan membantu pesakit daripada keluarga berpendapatan rendah menampung perbelanjaan rawatan.
Dalam pada itu, melalui sumbangan terbaharu itu, jumlah keseluruhan sumbangan Jungkook kepada Seoul National University Children’s Hospital kini mencecah 2 bilion Korea Won, bersamaan kira-kira RM6.07 juta.
Sementara itu, sikap pemurah Jungkook sememangnya mencuri perhatian memandangkan sumbangan tersebut dilakukan ketika dirinya bersama anggota BTS lain sedang menjalani jadual padat menerusi konsert jelajah dunia ‘ARIRANG’.

Dalam perkembangan lain, BTS sebelum ini telah menyelesaikan rangkaian persembahan di Amerika Utara yang melibatkan 31 pertunjukan dengan kehadiran hampir dua juta peminat secara keseluruhan, sekaligus membuktikan sambutan luar biasa terhadap jelajah dunia mereka.
BACA: Dilamar Peminat, Jungkook BTS Akui Belum Ada Perancangan Untuk Berkahwin
Selepas menamatkan jelajah Amerika Utara, BTS kini bersiap sedia untuk meneruskan konsert jelajah ‘ARIRANG’ ke Amerika Selatan yang dijadualkan bermula pada Oktober ini. Dalam kesibukan memenuhi komitmen sebagai artis bertaraf global, tindakan Jungkook menggunakan pengaruh dan rezekinya untuk membantu kanak-kanak yang memerlukan menjadi contoh bahawa kejayaan juga boleh dikongsi dengan mereka yang kurang bernasib baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Atiq Azman Bakal Timang Anak Sulung, Layangkan Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Paling Bermakna Buat Isteri!
Pelakon tampan, Atiq Azman berkongsi khabar paling bermakna dalam hidupnya apabila dia dan isteri tersayang, Alia Natasha, kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi.
Berita gembira itu dimaklumkan sendiri oleh Atiq, menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram sempena ulang tahun kelahiran isterinya.

Dalam ucapan penuh emosi tersebut, Atiq menyatakan rasa syukur dan cinta buat wanita yang kini bakal bergelar ibu.
“Happy birthday sayang, wanita terindah yang Allah hadirkan dalam hidup aku.
“Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang,” luahnya penuh makna.

Atiq juga mengambil peluang untuk mengucapkan terima kasih atas kesabaran dan kekuatan isterinya sepanjang fasa awal kehamilan.
“Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang. Ya Allah, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmatMu.
“Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, Atiq turut menitipkan doa agar Alia terus diberi kekuatan dan menjadi ibu terbaik buat anak mereka nanti.
“Semoga umurmu diberkati sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
“Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nanti. I love you,” kongsi pelakon berusia 24 tahun itu.

Sekadar info, pasangan ini selamat diijabkabulkan pada 21 Februari lalu selepas mengikat tali pertunangan selama empat bulan.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima hampir 10,000 tanda suka di Instagram dan dibanjiri ucapan tahniah serta doa daripada peminat dan rakan artis yang tumpang gembira dengan perkhabaran manis itu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Morco Coffee Hub Lepak Pelajar
Sudah menjadi adat, di mana adanya kolej atau universiti di situlah tercetusnya cawangan kafe dan restoran yang baru.

Sejak dibuka pada tahun lalu, Morco Coffee yang terletak berhadapan dengan bangunan kampus Sunway University di PJS 11 ini gamat dijadikan sebagai lokasi lepak mereka tidak kira pada waktu siang mahupun malam.
Bukan hanya cantik pada mata dengan dekorasi interior yang menyenangkan sesiapa saja yang berkunjung masuk, malah deria bauan juga pantas menangkap aroma kopi yang disediakan oleh baristanya.

Di Morco Coffee, minuman kopi sudah menjadi satu kemestian buat pelanggan kerana rasa keaslian kopi artisan yang dicipta sendiri oleh mereka.
REMAJA berpeluang untuk mencuba set hidangan perayaan Krismas yang disajikan oleh Morco Coffee baru-baru ini.

Haippp, sudah tentu mereka mengambil kira soal penyediaan menu Halal kerana lumrah masyarakat kita yang berasingan bangsa. Jadi kamu semua tidak perlu risau untuk memilih.
Bermula dengan hidangan starter iaitu sup kentang dan pomegranate bersama bun croissant yang cukup sempurna sebagai pembangkit selera.
Ia diikuti dengan menu entree utama ayam bakar juga dengan sos pomegranate. Memang menyelerakan walaupun ayam terasa sedikit kering ketika dicuba.

Hidangan terakhir datang dalam dua sajian iaitu pankek cokelat dan brownies. And they hit a home run with this one.
Keenakan pencuci mulut ini terletak pada keseimbangan yang ada – tidak terlalu manis dan tidak terlalu banyak / sedikit.

Just nice sebagai penutup hidangan pada malam itu.
Bagi kamu yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Morco Coffee, klik sini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

