Setiap kali tengok filem Inggeris, terutama melibatkan perkahwinan dalam tamannya, saat itulah bagi yang masih bujang memasang angan dan impian besar untuk berkahwin cara begitu.
Tak kisahlah kita kerja apa, gaji banyak mana tetapi semua orang selalu terfikir, berkahwin sekali saja kan. Jadi semuanya mesti nampak sempurna kerana itu impian setiap yang masih bujang.
Rasa teruja tu lebih bila penyanyi Yuna dan pasangannya Adam memilih tema taman sebagai majlis perkahwinan mereka yang berlatar belakangkan pelamin indah dengan bunga segar, pemandangan indah dan tampak serba sempurna.
Kalau tak sama pun, dapat iras-iras pun ok kata orang. Namun sebelum korang berniat berkahwin out door, fahami dulu, apa situasi yang perlu korang hadapi bila memilih perkahwinan out door. Apa lebih dan kurangnya berbanding melakukan perkahwinan in door atau dalam dewan yang sudah biasa dibuat ramai pengantin.
Dekorasi majlis kahwin Yuna dan Adam mendapat pujian ramaiOurdoor wedding memang menjadi impian ramai pengantin tapi cuaca di Malaysia menyukar pemilihan tarikh
REMAJA sempat menemuramah Pakar Bunga Negara, Azmi Mohd Azmy Osman dan bertanyakan apa perbezaan dari segi kos, suasana dan sebagainya.
Menurut Azmy, bakal pengantin yang berhajat memilih perkahwinan “out door”, tidak dinafikan ia sememangnya memberikan impak besar terutama dari segi dekorasi kerana kelainan ditonjolkan.
Ads
“Ada beberapa situasi yang kena faham. Pertamanya kos wedding out door agak tinggi kerana pereka perlu membina platform iaitu tapak wedding, persediaan dekorasi yang agak rumit, kerja lebih renyah tetapi masa yang sama perlukan kreativiti luar biasa berbanding mengadakan dalam dewan yang sudah siap sepenuhnya dan hanya perlu dirias sahaja.
“Masa yang sama, out door memang cantik tetapi keadaan cuaca dalam negara adalah aspek penting. Cuaca terlampau panas dan musim hujan bukan satu pilihan kerana ia boleh merosakkan “mood” dan juga dekorasi.
“Begitu juga budget. Permulaan kos untuk dekorasi sebuah pelamin yang simple bermula dari RM10,000 ke atas. Belum lagi kos jemputan tetamu, makanan, pengangkutan, punca air dan sebagainya. Sekurangnya, perlu ada RM70,000 duit dalam tangan kerana kos itu dikira sebagai anggran sahaja,”katanya memaklumkan, tema pakaian juga memainkan aspek penting seperti pemilihan baju yang agak nipis dan sesuai dengan cuaca.
Kain songket yang jadi kebanggaan tradisional agak panas kainnya. Pengantin boleh jadi tidak selesa kalau menggayakannya,” katanya.
Ads
Dalam pada itu, Azmy menjelaskan, kos jemputan tetamu dengan penyediaan makanan biasanya mengambil kos agak tinggi.
“Jika kita memilih katering terkemuka, satu kepala bermula dari RM70 ke atas. Kalau melibatkan tetamu kenamaan, selain protokol kos makan boleh cecah ratus bagi satu kepala. Kalau bagi penyediaan makanan yang baru hendak meningkat nama, mungkin boleh dapat dalam RM25 tapi biasanya jarang berlaku. Jadi kiralah kosnya yang perlu dikeluarkan jika kita menjemput ramai tetamu,”katanya yang tak menafikan, wedding dalam taman adalah impian kebanyakan orang kerana perkahwinan in door adalah biasa bagi dalam negara.
Bagaimana pun Azmy berkata, pemilihan dalam dewan, hotel dan sebagainya boleh dipertimbangkan bagi mereka yang tidak kisah dan mahu semuanya nampak sempurna.
Dekorasi dalam dewan yang penuh dengan kemewahan
Sementara itu bagi perkahwinan dalam dewan, selain ia biasa bagi kebanyakan masyarakat lakukan, kos akan meninggal tinggi jika menggunakan bunga segar, pelamin VVIP dan lain-lain faktor.
Ads
“Kalau dalam dewan, semuanya boleh dikontrol. Maksudnya dari aspek fotografi, video, penyediaan makanan, penyediaan dekorasi, jumlah tetamu dan banyak lagi tanpa sebarang masalah kerana asasnya sudah kukuh iaitu dewan yang sedia ada,” kata Azmy yang kini menjalin kerjasama dengan pengubah dekorasi terkenal dunia, Preston Bailey yang diiktiraf sebagai The Best Wedding Designer bagi ramai artis Hollywood.
“Malaysia amat bertuah kerana mempunyai pakar bunga negara yang begitu hebat. Jalinan hubungan bersama-sama pakar terbaik dunia membolehkan segala idea, pengalaman, teknologi dan dikongsi bersama-sama. Mungkin tidak ramai yang mampu untuk ke luar negara menimba ilmu dan mencari pengalaman di sana.
Azmi mendapatkan kerjasama dari The Best Wedding Designer, Preston Bailey untuk Kursus School Of Floral Design yang pertama di iktiraf oleh kerajaan dan peringkat dunia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekiranya pada minggu lalu, tumpuan terarah kepada pasangan Noor Neelofa dan Haris Ismail yang selamat diijab kabulkan dalam dewan yang dikelilingi 4 tan bunga-bungaan serba putih.
Minggu ini pula adalah minggu istimewa buat Syamel dan Ernie Zakri yang menyambut majlis resepsi mereka setelah lebih seminggu bergelar suami isteri.
Diraikan dalam majlis bertemakan Black Tie mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP), pasangan penyanyi berbakat itu menerima kunjungan kira-kira 250 orang tetamu. Menariknya, ia sarat dengan selebriti terkenal tanah air yang tidak mahu ketinggalan menjadi saksi momen cinta pasangan itu.
Sebut saja Black Tie, tentunya para jemputan tampil menawan dalam persalinan serba elegan.
Pengantin yang dirai, Ernie sendiri kelihatan berseri dalam persalinan ballgown rekaan AMAZÉ manakala sut rekaan Shanell Harun yang disarung oleh Syamel melengkapi Ernie.
Rupanya dah 24 tahun usia perkahwinan pasangan selebriti terkenal dunia ini. Walau dah lebih dua dekad Victoria Adams dan David Beckham bergelar suami isteri, namun kemesraan di antara mereka masih mekar seperti pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta!
Siapa sangka bekas Kapten England dan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham ini sudah berusia 48 tahun. Sekali imbas mungkin ramai yang mungkin tak percaya pemain bola sepak ini pernah menyarung jersi Manchester United, Real Madrid, PSG dan LA Galaxy ini juga mempunyai anak yang sudah berkahwin.
Sehingga kini Beckham masih dianggap sebagai ikon kacak yang masih mempunyai aura yang luar biasa hebat.
Seriously, tak ramai atlet mahupun selebriti yang mampu mengekalkan bentuk badan, penampilan dan wajah yang maintain kacak seperti Beckham. Sebagai suami kepada bekas bintang pop Spice Girls, Victoria Beckham mungkin banyak membantu penampilannya yang sentiasa kemas.
Pasangan David dan Victoria Beckham yang pernah menjadi pasangan paling glamor di United Kingdon suatu ketika dahulu
Nak tahu apa rahsianya?
Menurut Beckham dahulu dia sering mencuri-curi guna produk kecantikan isterinya. Lama-kelamaan dia menjadikan perkara itu sebagai rutin dan mengambil tahu setiap khasiat yang terdapat di dalam produk-produk yang digunakan Victoria. Malah dia juga mengakui tidak akan menggunakan pencuci muka selain produk yang digunakan isterinya.
Baginya, Victoria memiliki barisan produk kecantikan yang terbaik dan lebih mengetahui tentang selok-belok kecantikan. Sebagai seorang isteri pula Victoria tidak pernah melarang dan memarahi Beckham malah turut memberi dorongan kepada suaminya yang tercinta.
Sehingga kini, David Beckham masih dianggap sebagap ikon lelaki yang peka dengan penjagaan diri
Disebabkan minatnya yang tinggi terhadap penjagaan lelaki atau grooming, Beckham telah melancarkan jenamanya sendiri dikenali sebagai House 99. Jelas Beckham, barian produk yang ditawarkan oleh jenamanya merangkumi produk penjagaan wajah, bercukur dan rambut.
Selain itu, dalam sebuah dokumentari bertajuk ‘Beckham’ yang ditayangkan di Netflix; David juga mengakui bahawa dia sebenarnya mempunyai gangguan Obsesif Kompulsif (OCD), David Beckham ‘membuktikan’ masalah yang membelenggu dirinya itu menerusi episod terakhir dokumentarinya..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend novel di Malaysia yang diadaptasi untuk menjadi drama mahupun filem adalah perkara biasa yang dilakukan oleh produser. Namun jika dibandingkan dengan projek drama yang lain, ada sesuatu yang penulis rasakan berbeza tentang drama ‘Gantung The Series’ (Gantung) terbitan Red Communications.
Novel Gantung nukilan Nadia Khan yang diterbitkan oleh FIXI ini sememangnya merupakan antara naskah terbitan syarikat itu yang paling laris di pasaran. Menjadi naskah kedua yang dihantar oleh Nadia untuk diterbitkan, ia berkaitan rapat dengan geng Musketeer Code berusia 17 tahun yang terdiri daripada Gibbs, Ray, Khairy Jalaluddin (KJ) dan Troll.
Empat sekawan yang berperwatakan sosial di sekolah elit, Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang menjadi antara faktor yang menangkap perhatian pembaca untuk terus menghabiskan novel tersebut dalam waktu yang singkat (rekod penulis: 4 jam. Korang macam mana?).
Perwatakan mereka yang berlainan walaupun sama-sama ‘masuk air’ juga menjadikan Gantung mudah untuk diterima oleh pembaca remaja.
Tiada apa yang diminta oleh watak utama, Gibss dan Ray. Masing-masing inginkan kebahagian dalam hidup masing-masing. Walaupun mereka berdua sangat rapat sebagai sahabat (atau lebih daripada itu, eh!), namun minat dan citarasa mereka nyata berbeza dari banyak aspek.
Hanya Untuk Tontonan Di Indonesia?
Penulis tak nak cerita panjang lebar mengenai jalan cerita novel tersebut disini, takut ter-spoiler alert pula. Apa yang nak diceritakan ialah bagaimana Gantung The Series yang dijayakan oleh Randy Pangalila, Ikmal Amry, Hafreez Adam dan Brandon Salim itu sudah menemui peminat di Indonesia? Waima di Malaysia, it is still not available.
Drama siri 16 episod itu hanya boleh ditonton melalui aplikasi Tribe di Indonesia dan sebelum korang sempat tanya, jawapannya adalah: No, Tribe tidak boleh diakses atau dimuat naik di Malaysia. Bummer.
Gantung The Series baru saja memasuki episod keempat pada hari ini dan setiap episod berdurasi lebih kurang selama 20 minit. Kira ngam la tu, tak panjang sangat sehingga meleret dan tidak pendek sangat sehingga membuat penonton tidak puas hati.
Selepas hampir dua tahun menunggu, peminat novel Gantung di Malaysia akhirnya meraikan kehadiran siri itu di media sosial. Kebanyakan daripada mereka (termasuk penulis) tidak putus-putus me-retweet posting berkenaan dengan Gantung. Malah, penulisnya Nadia Khan juga kerap melayan peminat Gantung terutamanya di Twitter melalui perkongsian ‘Di Sebalik Tabir Pembikinan’-nya.
“Saya memang dari dulu suka menulis cerita tentang sebuah kolektif. Sekumpulan kawan-kawan yang berbeza personaliti tetapi akrab. The characters drew the readers in more than anything else, I think,” katanya mengenai inspirasi di sebalik novel laris ini.
Kalau dilihat pada thread Nadia Khan di Twitter, ramai yang mempersoalkan bilakah siri tersebut akan menemui penonton di Malaysia. Malah, ada juga yang mengatakan, “To postpone the series for Malaysian audience is a grave error.”
Haih, marah sangat tu abang.
Penulis percaya ramai yang akan setia menanti bila ia dipertontonkan di Malaysia. Bila ditanya bilakah tarikh sebenar kepada Nadia, she just tweeted back, “Hopefully very soon! Malaysia has not released a date yet. As soon as I know, will definitely share.”
Terpaksa tunggu je lah. Harap-harap tak banyaklah sangat adegan yang dipotong apabila masuk ke Malaysia. Tapi entahlah, tayangan di Indonesia pun sudah ada yang dipotong, kalau yang di Malaysia nanti..hhm. Fingers crossed!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!