
Jika tahun-tahun sebelum ini, sebaik pengumuman puasa dilakukan dan dimaklum esok bermulanya puasa, sebahagian besar dari kita akan bersiap sedia menuju ke masjid untuk bersolat tarawih.
Berbanding bulan Islam lain, hanya di bulan Ramadan ini sahaja umat Islam berpeluang menunaikan solat sunat tarawih yang sangat dituntut dilakukan (sunat muakkad). Masjid yang sebelum ini mungkin kurang makmur dengan kehadiran ribuan orang untuk bersolat akan penuh malah adakalanya melimpah sehingga ke luar kerana orang ramai berpusu-pusu menuju ke masjid.

Suasana begini biasanya dapat dilihat pada awal-awal Ramadan dan mula berkurangan pada 10 malam terakhir kerana orang ramai sudah sibuk membuat persiapan hari raya.
Namun sejak semalam, suasana jauh berbeza. Terasa sayu di hati kerana ruang masjid yang besar kosong. Ini kerana orang ramai bersolat tarawih di rumah berikutan perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan memasuki fasa ke 4 yang akan bersambung sehingga 12 Mei akan datang.
Gambar-gambar dari MalaysiaGazette yang memaparkan hanya empat orang makmum mengikut imam solat tarawih malam tadi di Masjid Negara benar-benar membuatkan hati terasa sayu.


Dari gambar yang dimuatkan naik di page, hanya kelihatan Imam Jemputan Masjid Negara, Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani mengimamkan solat tarawih berjemaah bersama warga kerja masjid berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 3 susulan penularan wabak Covid-19 di Masjid Negara malam semalam.

Ya Allah, engkau angkat wabak ini sesegera mungkin semoga masjid kembali makmur.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ ، إيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: “Barangsiapa yang mendirikan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan redha daripada Allah SWT, akan diampuni dosanya yang telah lalu”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 36].
Semoga Ramadan ini semua amal ibadah kita diterima Allah SWT.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Perlu Beratur Lagi Keluar Duit ASB, Boleh Buat Pengeluaran Secara Online Sahaja

Berita ini mungkin bukan baru bagi sesetengah orang. Tapi mungkin ramai yang belum mengetahuinya juga terutama di kalangan anak remaja yang tidak berapa care mengenainya.
Jika sebelum ini, untuk membuat pengeluaran melibatkan Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Nasional, Amanah Saham Wawasan dan lain, kita perlu beratur di pejabat pos, kios ASNB, bank dan sebagainya untuk mengeluarkan duit. Malah ada ketika, kita mengambil masa agak panjang beratur khususnya di pejabat pos kerana pelanggan membuat urus niaga lain seperti membayar bil dan sebagainya.
Namun mulai 27 April 2020, pihak Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memudahkan orang ramai ramai membuat pengeluaran secara online di mana kita hanya perlu masuk ke laman web rasmi www.myasnb.com.my.

Tapi sebelum kita bersorak gembira sebab tak perlu beratur, ada maklumat lain korang kena tahu dan ia mungkin sedikit mengecewakan (bagi sesetengah orang laa).
Berita sedikit mengecewakan ialah had maksimum pengeluaran hanya RM500 sahaja sebulan. Ya sebulan ya. Bukan sehari, hikz.
Lebih pada itu, sekali pengeluaran secara online hanya RM100 bagi satu transaksi (aduh, kalau nak pakai duit banyak acaner?)
Pengeluaran hanya boleh dibuat tiga kali sahaja dalam sebulan.
Lebih perlu tahu masa pengeluaran. Kalau korang rasa nak buat tengah malam ke atau senggang-senggang yang korang rasa sesuai, maaf ya sebab ASNB memberi masa transaksi dibuat.
Masa dibenarkan membuat pengeluaran ialah pada :
• Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang, Isnin – Ahad*
• Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang, Isnin- hingga Ahad*
(*kecuali cuti umum)
Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya ke akaun korang seperti Maybank, CIMB, Hong Leong dan sebagainya. Bukan pada hari yang sama ya.
Kalau rasa urgent, boleh beratur di bank, pejabat pos dan kios ASNB ya.
Tapi kalau korang rasa pengeluaran secara online nie lagi ok, ikut step step diajar oleh ASNB ini.
Berikut adalah langkahnya :-
- Klik laman web rasmi www.myasnb.com.my
- Boleh buat pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English
- Pilih BM iaitu Bahasa Melayu
- Klik Log Masuk di bahagian kanan atas
- Di bahagian Log Masuk Pengguna, masukkan ID Pengguna
- Klik Teruskan
- Akan keluar satu frasa keselamatan
- Jika ia bukan frasa keselamatan yang korang pilih, klik Tidak.
- Jika ini frasa keselamatan yang korang pilih, klik Ya.
- Masukkan Kata Laluan
- Klik menu Portfolio
- Kemudian akan terpapar No Ahli dan senarai Jenis Unit Amanah yang korang langgan
- Di hujung sebelah kanan unit amanah, iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), ada butang Transaksi
- Klik butang Transaksi
- Pilih Jualan Balik
- Kini korang berada di bahagian 1, iaitu Pengisytiharan
- Sila baca elok-elok ya sebelum meneruskan transaksi.
- Kemudian tandakan Tick di bahagian Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan kenyataan Terma & Syarat, Penafian Pelaburan, Kriteria Minimum untuk Urus Niaga, termasuk semua notis dalam semua perkara di atas.
- Selepas langkah itu, korang akan berada di bahagian 2, iaitu Jualan Balik
- Maklumat akan terpapar secara automatik:
- Sila masukkan amaun duit ASB yang ingin dikeluarkan
- Tick di bahagian Saya mengesahkan maklumat di atas yang diberikan adalah tepat
- Akan keluar satu popup yang menyatakan Jualan balik korang akan di kreditkan ke dalam akaun bank korang yang didaftarkan dengan ASNB dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
- Jika bersetuju, klik Teruskan
- Kini anda berada di bahagian 3, iaitu Pengesahan
- Klik Permintaan TAC
- Masukkan nombor TAC yang diterima dalam bentuk SMS pada nombor telefon yang didaftarkan
- Klik Seterusnya
- Transaksi untuk keluarkan duit ASB secara online kini sudah berjaya
- Sila semak akaun bank anda untuk mengesahkan duit ASB sudah masuk



Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa Ustaz Glamor Penunggang Agama, Perguna Agama Untuk Cubaan Rogol Pelajar?

Di saat dunia semakin jelas menunjukkan tanda-tanda akhir kiamat semakin menghampiri termasuk Sungai Eufrat yang mulai mengering, bagi hamba Allah yang dicampakkan hati-hati mereka tentang kesedaran membawa bekalan ke alam fana, sudah tentunya kita menyakini golongan yang berautoriti dengan ilmu agamanya.
Tidak hairanlah golongan agama ini dipandang mulia dan cukup tinggi dalam kita mencari bekalan yang dicari. Namun di sebalik “kepercayaan” yang diletakkan, masih ada segelintir yang cuba mengambil kesempatan menjadi penunggang agama atas nama nafsu.
Perkongsian dari seorang mangsa ini sejak semalam di facebook miliknya telah mendapat perkongsian lebih 6.1 K di mana dirinya berkongsi pengalaman hampir dirogol Ustaz.
Semoga Allah melindungi diri kita dan keturunan kita dari asbab menjerumus kepada perkara jahat sebegini. Baca perkongsian dari Sarah Adriana Binti Abdul Rahman dan semoga kisahnya menjadi iktibar buat diri kita.

ALLAH ALLAH ALLAH…
Menitik air mata saya malam ni bila Allah makbulkan doa hambaNya yang hina ini… Allah.
Nangis-nangis saya minta kat Allah semoga Allah tunjukkan kebenaran kepada semua anak-anak murid seorang ustaz dan kurniakanlah kefahaman agama yang benar kepada anak-anak muridnya. Allah tak pernah diam, Allah tak pernah tidur tapi sampai masanya Allah sendiri yang akan tunjuk kuasaNya.
ALHAMDULILLAH, SEBANYAK 7 LAPORAN POLIS TELAH DIBUAT KE ATAS USTAZ BERKENAAN. Insya’Allah akan ada pertambahan report lagi selepas ini.
Selepas kejadian cubaan rogol oleh ustaz tersebut, Ustaz itu merayu agar saya tidak buat laporan polis terhadap perbuatannya kerana Ustaz bimbang mak dan ayahnya di kampung tahu akan perbuatan cubaan rogol anaknya ini.
Ustaz merayu agar saya tidak buat laporan polis kerana bimbang mak dan ayahnya jatuh sakit. Saya masih kasihan dengan rayuan Ustaz tersebut tapi laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi mangsa cabul Ustaz tersebut sebelum Ustaz itu cuba merogol saya. Maknanya sebelum saya pun Ustaz tersebut telah ada kes cabul terhadap wanita lain.
Paling sadis, lepas kejadian cabul dan cubaan merogol tersebut, Ustaz itu telah mengajak salah seorang pelajar perempuannya yang merupakan ISTERI ORANG untuk keluar bersama di kala SI SUAMI sedang mengerjakan UMRAH di Mekah.
Bukan perempuan belum kahwin je dia kacau tapi juga BINI ORANG. Laporan polis telah di buat oleh suami mangsa berkenaan aktiviti kesesatan ustaz itu di mana ustaz itu ajar : “SEORANG GURU TIDAK AKAN MELAKUKAN KESALAHAN / KESILAPAN.”
Mak aiihhh… dah macam nabi dia punya maksum.

Malam pada 10 Julai 2017, satu majlis musyawarah telah diadakan berkenaan isu ini. Ustaz berkenaan telah dipanggil. Pengakuan salah telah dibuat oleh ustaz tersebut dan paling memeranjatkan PENGAKUAN DARI BEKAS PELAJAR-PELAJAR PEREMPUAN ustaz berkenaan mengatakan :
“Syaikh mengajar kami dengan mengatakan kedudukan SEORANG GURU LEBIH TINGGI dari kedudukan suami. Sebab tu anak-anak murid perempuan kena patuh dan taat pada guru.”
Guru yang dimaksudkan itu adalah diri ustaz berkenaan dan ustaz tersebut telah akuinya sendiri.
Tahun 2017, Ustaz tersebut kata dia dah bertaubat tapi dalam masa yang sama dia melanggar perjanjian dengan membuka khanqah (rumah zikir untuk sufi tarekat) dan telah menggunakan anak-anak muridnya mengumpul dana atas kepentingan dirinya. Ini pun orang ramai tak nampak lagi berkenaan minta duit ni. Allah…
Kumpul duit untuk diri sendiri?
Apa yang dikatakan mengumpul dana untuk kepentingan dirinya?
Pada awalnya Ustaz ini meminta sumbangan dari anak-anak muridnya dengan alasan untuk beli tanah untuk tubuhkan khanqah. Bila duit dah ada, dia gunakan duit itu untuk LANGSAIKAN HUTANG YANG DIPERTANGGUNGJAWABKAN KE ATAS NAMA USTAZ berkenaan sebanyak 100K dengan alasan dia serabut.
Lalu dia gunakan duit itu dengan bangganya dia tulis dalam FB nya bahawa Allah bantu dia lunaskan hutangnya 100k walhal duit itu dari kerahan anak-anak muridnya yang percaya ustaz tersebut mahu membina khanqah dan rumah untuk gadis yang rosak akhlak. Ini pengakuan bekas anak muridnya yang sudah bertaubat yang telah banyak melihat putar belit yang dilakukan oleh ‘guru’nya depan matanya sendiri!
Kisah Ustaz mengerah dana mengutip duit dari anak-anak murid ustaz tidak berhenti di sini, malah jika jumlah sumbangan dari anak-anak murid ustaz tak banyak, ustaz tersebut akan LEFT GROUP WHATSAPP anak-anak muridnya dengan mengatakan :
“RM 299 je? (duit yang terkumpul). Kalau dah cukup untuk bayaran bulan ini, contact saya semula. Selagi tak cukup, jangan sapa pun ganggu saya.”
Lepas cakap macam tu, Ustaz tersebut terus left group WhatsApp. Adakah perbuatan ustaz begini pun kita masih tak nampak dan tak boleh fikir?
Minta sumbangan orang ramai untuk sambung belajar agama?
Ustaz tersebut juga pernah meminta sumbangan pada orang ramai dengan ayat dia nak sambung belajar agama. Bila orang ramai dengar dia nak sambung belajar agama, maka ramailah orang akan memberi sumbangan tapi viral bulan lepas dia bangga travel ke Eropah termasuklah 40 negara lain. Jadi, berhentilah meminta sumbangan jika diri ustaz sudah mampu.
Kami berharap Ustaz bukan saja TAUBAT NASUHA dari perbuatan mencabul dan cubaan merogol wanita tapi kami berharap ustaz berhentilah dari menggunakan nama guru-guru mursyid bagi menarik perhatian orang ramai, berhenti berbohong, berhenti dari PUTAR BELIT. Depan anak-anak murid ustaz cakap lain, depan maulana ustaz cakap lain, depan mangsa-mangsa ustaz cakap lain.
Satu lagi pembongkaran PENIPUAN ustaz kepada semua followersnya adalah ustaz bangga tayang SIJIL KURSUS NUTRISI (Pemakanan) kononnya dia belajar bersungguh-sungguh supaya terlepas dari tipudaya DAJJAL bab makanan walhal EXAM NUTRISI berkenaan BUKAN USTAZ YANG JAWAB tapi ustaz suruh anak muridnya yang jawab!
Nauzubillahminzalik…
Ya Allah ustaz… ustaz kata ustaz dah TAUBAT NASUHA tapi bila saya nak simpan rahsia ustaz ni. Saya rasa berdosa sangattt. Mana taubat nasuha yang ustaz canangkan pada anak-anak murid ustaz tu? Mana ustaz? Mana??? Apa ni Ustaz? Apa ni???? Ustaz MENIPU ORANG tau.
Demi Allah tulisan ini untuk menyedarkan ummah berhati-hati dari memilih guru agama. Semak amalan guru agama kalian, semak bacaan zikirnya, semak sanad yang dikatakan dari guru mursyidnya adakah benar dari ajaran gurunya dan BUKAN TERIMA DAN TELAN BULAT-BULAT AJARANNYA yang diijazahkan oleh guru tersebut.
Seorang guru yang mursyid, guru yang benar TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MEMINTA DUIT dari sesiapa dengan alasan MENJUAL IJAZAH. Tidak! Sebenar-benar ijazah bersanad sangat tinggi nilainya dan tidak ternilai oleh wang ringgit, apatah lagi tidak menjual ijazah bersanad dengan WANG RINGGIT. Berapa ramai antara kalian yang dah kena ‘kencing’?
Sangat mudah untuk kita faham tapi berapa ramai orang kena tipu?
Kasihan pada orang awam yang tak tahu apa-apa. Berapa ramai orang awam yang naif dan dhoif nak cari ilmu agama, nak berguru dalam agama tapi tertipu? Saya tak salahkan orang yang ditipu sebab mereka adalah mangsa sepertimana saya pernah jadi mangsa pujukannya satu ketika dahulu.
Cukuplah dengan linangan air mata ini, Ya Allah. Kau selamatkanlah orang lain juga Ya Allah. Kasihanilah kami, Ya Allah. Kau tunjukkanlah pada kami kebenarannya, Ya Allah. Kau kurniakan kami pengetahuan dan kebenarannya, Ya Allah. Sesungguhnya inilah rayuanku sebenar-benar rayuan padaMu, Ya Allah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Malik, Ya Quddus, Ya Salaam, Ya Mu’min, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar.
(Sarah Adriana Binti Abdul Rahman)
Maafkan saya sebab belum cukup kuat 😭
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Kuala Pilah Yang Berjaya Di Bumi Jepun, Sangat Berinspirasi!

Dari Kuala Pilah ke bumi matahari terbit, itulah kisah penulis dan usahawan bertaraf antarabangsa, Zunita Ramli yang kini menetap di Jepun.
Namanya pasti tidak asing lagi di kalangan warga maya, manakan tidak beliau sangat popular dengan penulisannya dalam ‘Catatan Zunita Di Jepun’ yang mengumpulkan pelbagai kisah dan fakta menarik berkaitan Jepun sangat memberi inspirasi.

Tinggalkan Kerjaya Sebagai Jurutera
Siapa sangka, Zunita tekad meninggalkan kerjayanya sebagai jurutera sebaik menamatkan pengajian di University of Melbourne, Australia demi meneruskan empayar perniagaannya, Tokyo Organic HQ yang kian berkembag.
Kebetulan ketika itu, permintaan tehadap produk kosmetik menerima sambutan luar biasa secara dalam talian.

Pada mulanya wanita kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang berusia 35 tahun ini memulakan langkahnya dalam perniagaan dengan menjadi pengedar sah produk kosmetik Meiko Cosmetics bagi pasaran Malaysia.

Zunita kemudiannya mengorak langah mewujudkan label sendiri iaitu Tokyo Organic HQ. Selain bergelar pengasas, Zunita juga merupakan Pengarah UIrusan Zaineeta Global PLT.
Zunita turut menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat di Jepun termasuk pertubuhan masyarakat serta sering tampil di pelbagai media.
Ternyata, bekas pelajar Sekolah Tun Fatimah serta graduan University of Melbourne ini berjaya membuktikan bahawa kejayaan memerlukan usaha dan keberanian yang tinggi.

Memetik perkongsian Zunita di Instagram peribadinya: –
“I dont know where to start, but 2022 definitely gave me a lot. Saya diterima masuk ke salah sebuah universiti di Jepun untuk sambung Master (MBA) dengan full scholarship dari Jepun.
“Kenapa sambung Master? Sebab saya ada misi sendiri dengan Tokyo Organic HQ. I need to learn proper and professional way to do it. Banyak sebenarnya episod jatuh bangun saya dengan Tokyo Organic ni but for the time being, let just keep that to myself.”

Zunita turut berkongsi momen terindah apabila disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi.
“Tahun 2022 juga saya disenaraikan sebagai salah seorang dari 10 wanita ASEAN yang memberi inspirasi mengejar cita-cita di Jepun oleh Asean-Japan Center dan saya juga banyak terima projek kolaborasi dengan syarikat dan juga agensi kerajaan Jepun alhamdulillah.

“Buku sulung tulisan saya, Catatan Zunita Di Jepun juga diterbitkan tahun ni. Buku ni adalah kompilasi artikel tulisan saya sepanjang beberapa tahun menulis di media sosial.”
Tak ketinggalan, Zunita turut berpesan agar percaya kepada diri sendiri sepenuhnya dan berwaspada dengan sesiapa saja yang kita percayai.
“trust only yourself 100%”. Tak semua orang betul-betul gembira dengan kejayaan kita dan tak semua orang betul-betul sedih dengan kegagalan kita.
“Be careful of who you trust. Be very careful. I said this twice, cuz I really meant this.
“Saya akan terus menulis, biar pun suatu hari nanti hanya saya saja yang membaca tulisan saya.. Biarlah tulisan ini berbicara dan memberi manfaat sebanyaknya walaupun saya dah tak ada di sini nanti.

“health is wealth. Sebanyak mana pun duit kita dalam dunia ni takkan bernilai kalau kita sakit. Jaga kesihatan sebaiknya, sebab itu amanah Allah.
“Bila sihat, lebih mudah kita beribadah, kan? Sebab ironinya, mati itu pasti. What made you think you will live forever?
“Apa pun, saya sangat berterima kasih pada semua yang menyokong saya dari dulu sampai sekarang.”

Ini pesan Zunita di akhir posting: –
“Nonetheless, live life to the fullest. Life is too short to worry about stupid things. Work hard, play harder.”
Artikel ini diolah dari Hijabista.
Kredit Foto: Instagram Zunita Ramli
BACA LAGI : Cukuplah! Ini Cara-Cara Putuskan Persahabatan Dengan Rakan Toksik
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Olahan artikel dari Nona.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

