Pengurus kepada pelakon popular Fattah Amin, iaitu Sakirin Shak baru-baru ini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pandangan mengenai hubungan mesra antara penyanyi Amira Othman dan anak sulung kepada Fattah, Nur Fatima Aisya.
Menerusi sebuah video temu bual yang tular di TikTok, Sakirin atau lebih mesra disapa sebagai Acha dilihat sebak ketika menitipkan pesanan istimewa buat pasangan itu. Malah, beliau turut meyakini bahawa Amira mampu menggalas peranan sebagai ibu tiri yang baik buat Fatima.
“InsyaAllah, suatu hari nanti awak akan ada anak sendiri dan jangan lupa pula dekat Fatima. Saya yakin Amira akan jadi ibu tiri yang sangat baik kepada Fatima sebab Fattah juga merupakan seorang bapa yang sangat penyayang,” katanya penuh emosi.
Ads
Pada masa yang sama, Acha sempat menitipkan doa agar rumah tangga yang bakal dibina pasangan ini berkekalan dan dipenuhi keberkatan. Selain itu, beliau menzahirkan harapan agar kebahagiaan yang dikecapi kedua-duanya mampu bertahan hingga ke akhir hayat.
“Saya harap perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat dan dipertemukan semula di syurga,” ujarnya lagi.
Ads
Terdahulu, pada Isnin, Fattah mengumumkan secara terbuka bahawa majlis ijab kabul bersama Amira akan berlangsung pada Ahad ini, 14 September 2025. Pengumuman itu sekaligus menjawab persoalan peminat mengenai status hubungan mereka yang sebelum ini menjadi tanda tanya.
Ads
Untuk rekod, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon terkenal Nur Fazura. Namun, selepas tujuh tahun berkongsi hidup, pasangan ini mengambil keputusan untuk berpisah pada 7 Oktober 2024 dengan talak satu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Pendedahan mengenai tarikh perkahwinan mereka telah mendapat pelbagai reaksi daripada peminat yang rata-rata mendoakan kebahagiaan buat Fattah dan Amira. Malah, ramai yang memuji keakraban Amira bersama Fatima yang dianggap sebagai tanda positif buat masa depan mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menerusi keterangan gambar yang mengiringi entrinya itu, Remy begitu teruja memperkenalkan putera sulungnya itu dan mengharapkan doa yang baik-baik buat mereka sekeluarga.
“Terima kasih makcik, pakcik dan semua yang sudi menonton episod pertama Oh Baby Remy.
‘Kenalkan anakanda kami, Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik untuk keluarga kecil kami,” tulisnya.
Hantaran itu menyaksikan Remy dan isteri, Ezza Yusof sedang mendukung cahaya mata mereka itu.
Ogos lalu iaitu selepas tiga minggu bergelar bapa, Remy mengumumkan nama putera sulungnya melalui hantaran di IG yang memaparkan klip program Oh Baby Remy.
Dalam hantaran itu, Remy memberitahu, dia dan isteri bersetuju menamakan anak mereka, Tuah Alam kerana dia mahu nama anak mempunyai unsur Melayu.
Pada 27 Julai lalu, Ezza selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada jam 11.17 pagi di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
Buat makluman,Remy dan Ezza yang juga ahli perniagaan, mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas lapan tahun berkenalan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Remy Ishak
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak ketiga kepada bintang bola terkenal David Beckham dan penyanyi Victoria iaitu Cruz dikatakan menjadi kontroversi panas kini selepas bergambar muka depan majalah i-D tanpa berbaju.
Penampilannya yang tidak berbaju dianggap tidak sopan kerana masih di bawah umur. Dalam beberapa kemunculan dalam penggambaran itu, remaja yang baru mencecah 17 tahun itu tidak berbaju. Dalam salah satu gambarnya, dia hanya memakai seluar boxer putih dan menayang dadanya yang bidang .
Cruz Beckham Foto: via. i-D
Sementara itu, satu lagi gambar, beliau dengan gaya rambut merah jambu, memakai seluar bersaiz besar. Dalam foto itu, anak ketiga daripada empat beradik itu turut kelihatan berbaring, malah si ibu Victoria turut berkongsi gambar di Instagram miliknya.
Penampilannya itu mendapat kritikan ramai netizen kerana dianggap menimbulkan kontroversi dan tidak sensitif. Seperti yang dipetik oleh Daily Mail, gambar-gambar itu dinilai sebagai bersifat seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur.
“Cruz Beckham separuh bogel di muka depan majalah pada usia 17 adalah double standard. Bayangkan kemarahannya jika gadis berusia 17 tahun,” tulis netizen di Twitter.
Sebelum ini ketika diusia 13 tahun, Cruz pernah mencuba nasib dalam uji bakat yang diadakan oleh pengurusan Stardium bagi mencari bakat baharu untuk menjadi idola KPop.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.
Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.
“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.
“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.
“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.
Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!