“Saya dah cuba pertahankan, namun Fify yang berkeras….”
Demikian luahan perasaan pelakon Malbatt: Misi Bakara, Nafiez Zaidi apabila angan-angannya untuk mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati Fify Azmi berkecai pada Aidilfitri lalu.
Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia berhasrat untuk melangsungkan perkahwinan pada Disember tahun depan, namun insan teristiwa itu sendiri yang meminta tarikh tersebut ditukar.
“Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran di Turkiye pada Oktober. Fify hubungi saya minta majlis ditangguhkan.
“Mulanya saya enggan, tetapi Fify desak dan akhirnya, saya terpaksa akur.
Ads
“Tetapi, Fify tidak maklumkan tarikh baharu, cuma kata pada tahun ini sehinggalah senyap sahaja. Secara kebetulan, kami sibuk, jadi hubungan makin renggang,” jelasnya.
Terdahulu, pada Jun tahun lalu, Nafiez sudah pun menghantar rombongan merisik.
Menurutnya, pengakhiran kisah cinta tersebut tiada sebarang kaitan dengan orang ketiga sebaliknya disebabkan mereka berdua tidak lagi sehaluan.
“Bukan sebab orang ketiga, tetapi adalah benda-benda kecil. Saya sudah cuba pertahankan, tetapi Fify berkeras dan buat hal sendiri. Demi kebaikan bersama, kami ambil keputusan berpisah kerana tidak sehaluan.
Ads
“Cuma, kami tak nak hebohkan hubungan sudah berakhir pada Aidilfitri lalu,” komennya.
Pelakon filem Ada Hantu itu juga mengekspreskan rasa kecewanya dengan perkara yang terjadi, dek kerana persiapan majlis sudah dilakukan oleh pihak keluarganya.
“Memang niat di hati saya hendak berumahtangga, tetapi apakan daya tiada jodoh.Saya tidak memusuhi Fify. Saya tiada masalah jika hendak duduk berbual dengan Fify kerana saya tak simpan dendam.
“Bagaimanapun, kami langsung tak berhubung selepas hubungan berakhir,” katanya.
Sekadar info, pasangan ini mula akrab sejak membintangi filem Ada Hantu 2. Hubungan romantik hanya diketahui umum apabila keluarga Nafiez menghantar rombongan merisik pada Jun 2022.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Instagram Nafiez Zaidi
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelik tapi benar. Mungkin satu dalam sejuta. Seorang remaja berusia 17 tahun, Muhammad Daniel Mohd Idham langsung tidak pernah makan nasi sejak lahir. Bukan saja nasi tetapi makanan lain seperti aiskrim dia juga tidak menyukainya.
Cubalah, letak makanan enak-enak. Ayam, udang atau sotong dengan pelbagai gaya masakan, remaja ini langsung tidak terliur untuk menjamahnya. Malah kalau dipaksa makan, reaksi mukanya seperti orang mahu termuntah.
Untuk keperluan tenaga, dia hanya minum 15 cawan air susu coklat atau lebih untuk memberinya tenaga tambahan. Disebabkan langsung tidak makan, berat Daniel hanya 45 kg.
Keganjilan dialami remaja yang kini bersekolah di SMK Ampang Pecah, Kuala Kubu Bahru (pendidikan khas) menjadikan dirinya popular di sekolah kerana kelainan dialaminya. Hasil pemeriksaan rapi doktor sejak kecil, keganjilan ini disebut sebagai “Eating Disorder” iaitu kegagalan menerima makanan.
Beginilah reaksi Daniel yang baru belajar makan bubur beberapa hari laluSekalipun kurus tetapi Daniel nampak sihatIni adiknya, Irfan Syariffudin yang baru berusia 12 tahun dengan berat 63 kg
Menurut ibunya, Suhaila Saidon, 43 tahun, dia mula menyedari kelainan anaknya dari lahir bila disuapkan bubur. “Memek mukanya seperti tidak dapat menerima makanan. Menangis bila dipaksa makan. Hari demi hari, bulan demi bulan, dari pelbagai pemeriksaan rapi di pelbagai pakar perubatan, akhirnya kami sekeluarga menerima hakikat yang Daniel langsung tidak berminat dengan makanan,” katanya yang berniaga gerai makanan di Kuala Kubu Bharu.
“Puas kami sekeluarga bawa ke pelbagai hospital. Buat macam-macam gimik untuknya supaya dia makan tapi Daniel langsung tak tertarik. Malah pada usianya 8 tahun, pernah pengacara nombor satu Malaysia, Datuk Aznil Nawawi menjemput Daniel ke Radio Era dan Pak Nil cuba suapkan dia airkrim. Memang dia tak boleh makan langsung.
“Malah dari kecil sehinggalah sekarang pada usianya 17 tahun, baru tahun ini dia cuba-cuba makan bubur cair. Itupun sekadar lalu ditekak sahaja kerana sebaik dia menyuap sesudu bubur, dia akan mengambil air lalu diminum bersama.
“Dalam erti kata lain, Daniel tak makan pun sebenarnya,” katanya yang telah mengisar kurma, badam dan kismis sehalus-halusnya untuk memberikan tenaga tambahan buat anaknya,” katanya memaklumkan makanan itu pun dimakan sesudu sejak setahun lalu. Dipaksa dan bukan dengan rela hati Daniel, jelas Sue.
Sudah puas berubat termasuk hospital dan pengamal perubatan tetapi Daniel masih tidak mahu makan – Sue
Dalam pada itu jelas Suhaila, sebelum ke sekolah, anaknya akan minum lebih kurang tiga cawan susu coklat berjenama ReeVo yang dibekalkan oleh syarikat Ryveera Chocolate (satu kempen dana telah ditububkan bagi membantu Daniel) yang bersimpati dengan nasib remaja ini. Malah dalam tempoh empat hari, anaknya itu memerlukan sekurang-kurangnya 2 kg ReeVo untuk keperluan pemakanannya.
“Saya sekeluarga sangat bersyukur kepada Executive Directornya, Tuan Haji Sharil yang memberikan bantuan susu coklat ReeVo ini. Sejak meminumnya tubuh Daniel nampak lebih sihat dan jarang sakit. Ia membantu perkembangan fizikalnya malah kelihatan cergas, sama seperti remaja seusianya.
“Dulu saya akui penat dan puas menangis. Kerana bila tahu Daniel tidak boleh makan tanpa sebab yang kukuh. Puas berubat ke sana ke mari termasuk berjumpa pengamal perubatan. Tapi tetap Daniel tak mahu makan. Malah pemeriksaan doktor turut mengesahkan bahawa Daniel mengidap mild disleksia, mild ADHD dan mild autism.
“Alhamdulillah, bila berubah remaja, penyakit ADHDnya sudah berkurangan. Masalah disleksinya juga semakin tiada kecuali autism. Namun Daniel mampu menguruskan dirinya sendiri,” katanya yang mempunyai seorang anak lagi iaitu Muhammad Irfan Sharifuffin, 12 tahun dengan berat 63 kg.
Daniel bersama Executive Director ReeVo, Tuan Haji Sharil
Tambah Sue lagi, disebabkan keunikan ini, anaknya kerap menerima jemputan untuk berkongsi kisah kehidupannya. Jika semasa kecil Daniel agak ragu-ragu dan menyorok tetapi perkenalan dengan Bob AF banyak mengubah pendirian remaja ini untuk tampil berani.
“Baru-baru ini kami ke UIA. Pakar yang pernah merawatnya kagum dengan keberanian Daniel bercerita di hadapan khalayak ramai. Sebagai ibu, saya begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya. Mungkin kata orang, inilah doa-doa yang sering ditadahkan kepada Allah. Pantang orang ke Makkah, pasti saya kirimkan doa buat Daniel untuk dia merasai nikmat makan ini,” katanya menceritakan anaknya itu pernah kritikal akibat gastrik keterlaluan hingga perlu ditahan wad semasa kecil.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dubai sinonim dengan penduduknya yang kaya sehingga mampu membela seekor harimau dan menghias kenderaan mewah di ruang tamu kediaman penthouse mereka. UAE atau Emiriah Arab Bersatu sangat popular dengan putera mahkotanya Putera Sheikh Hamdan Mohammed Al Maktoum yang bukan saja femes di tempat kelahirannya, malah dia merupakan Raja Instagram yang mempunyai lebih daripada 7.2 Million pengikut.
Memetik dari laman web Elanthemag.com, Putera Mahkota yang lebih mesra dengan panggilan Fazza ini disenaraikan sebagai lelaki terkaya di dunia. Wow! Baru berusia 36 tahun, dah memiliki macam-macam jenis kekayaan. Ini antara 5 yang disenarai pendekkan.
01
Unta dan kuda paling mahal
Memiliki unta yang bernilai RM 11.3 juta dan pernah menang dalam pertandingan unta tercantik di dunia ketika bersaing dengan dengan 17, 000 unta yang lain. Difahamkan, ketika menang dalam pertandingan tersebut, Fazza dan untanya menang besar dengan wang tunai bernilai RM 2.51
Fazza memiliki seekor unta bernilai RM 11.3 juta dan pernah memenangi pertandingan unta tercantik di dunia. Ketika itu unta miliknya dipertandingkan dengan lebih daripada 17,000 unta lain. Fazza juga memiliki seekor kuda yang bernilai 12.44 juta yang dihadiahkan oleh yahandanya.
Namakan saja kenderaan mahal dalam dunia ni, dalam istananya saja, ada 6 buah jenis The Pyhton, keluaran WaterCar. Kenderaan jenis ini mempunyai 129 km/sejam di atas darat manakala 72 km/sejam di dalam air. Harga dia jangan terkejut pula, sebuah saja sudah mencecah RM 628,000 jadi bayangkan 6 unit The Python? Haruslah berjumlah RM 3.76 juta!
Ini baru tahap kaya namateyyy! Ok tak, gurau je.. Selain daripada kenderaan mewah, Putera Dubai ini juga memiliki 40 buah pesawat Boeing 787-10 Dreamliner. Ke semua pesawat ini bukan dibeli untuk tujuan peribadi saja, malah ia dijadikan untuk sector perniagaan pesawat di Dubai. Berhati mulia tau, Putera Raja hidung terletak ni. Harga sebuah pesawat ini bermula dari RM 1.28 billion, menjadikan keseluruhan harga sehingga mencecah 66.77 billion.
04
Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse
Kalau tadi, beliau memiliki 5 biji kereta Amfibia, kali ni, dia sapu juga kereta paling laju di dunia iaitu Bugatti Veyron. Kereta model Grand Sport Vitesse dengan lebih 1,001 kuasa kuda ini boleh memecut sehingga 408.8 km sejam itu bernilai RM 7.11 juta seunit.
Kebanyakkan keluarga berada akan memiliki kediaman mewah di luar negara. Pada tahun 2013, keluarga diraja Dubai membeli 3 kondominium penthouse Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver di Kanada bernilai 230 juta. Eh, penatlah cerita pasal kaya orang ni. haha
Setahu kami, Prince Dubai ni masih single lagi, cubalah DM mana tahu jodoh korang. Hiks.
Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kesembilan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan tiada penyingkiran yang berlaku dan menjadikan kelapan-lapan peserta layak ke peringkat suku akhir.
Menerusi tema Mendonia, Ning Baizura meraih markah 73.17 peratus dengan membawakan lagu First Love nyanyian asal Hikaru Utada dan juga duet bersama Zehra Zambri menyanyikan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang oleh Alyah mendapat pujian para juri.
“Ning banyak improve dan very less error. Dia juga sangat istimewa, sebab bakat dia tu kalau dia tak ada benda ‘special’ tu, tiada syarikat rakaman akan ambil dia dan dia patut maintain level yang dia ada tu,” kata Datuk Ramli M.S ketika ditemui pihak media selepas konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada Ahad.
Dalam pada itu, persembahan unik dari Fairuz Selamat membawakan lagu Mirai E nyanyian Kiroro No Mori bagaimanapun kurang berjaya memikat hati para juri apabila mendapat markah tercorot iaitu sebanyak 55.54 peratus.
“Bila saya sudah berada di tempat terbawah, ada banyak lagi benda perlu saya belajar dan belum gali lagi. Ini semua rezeki,” komen Fairuz ketika ditanya pihak media selepas konsert #GV11.
Sementara itu, Liza Aziz (73.16%) menerusi lagu Mas Que Nada nyanyian Jorge Ben Jor berada di tempat kedua dan Zehra Zambri (71.04%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu berbahasa Arab penyanyi asal Pascale Machaalani berjudul Nour El Chams.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!