Bukan mudah sebenarnya apabila seseorang itu bergelar anak kepada seorang selebriti tempatan. Apa saja gerak-geri, tingkah-laku, tutur kata malah cara pemakaian pasti akan ‘diteropong’ khalayak semudah memasuki akaun media sosial mereka.
Menginjak ke usia 21 tahun, mungkin itulah yang dialami oleh Kasih Leona Iris. Normal lah bagi remaja sebaya dengan anak kepada arkitek serta pelakon popular, Azhar Sulaiman ini untuk mengekplorasi setiap sudut kehidupan pada usia ini.
Terbaru, Leona menerusi laman Twitter miliknya, meluahkan rasa sakit hati apabila dia sering menjadi sasaran serangan netizen, sehingga pakaiannya pun dijadikan isu.
“Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua!
“Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya,” tulisnya di Twitter.
Ads
Barangkali sudah ‘penat’ dengan karenah anak perempuannya itu, Azhar Sulaiman tampil memuat naik status di Facebook meluahkan rasa bimbang.
Melihat dari status tersebut, Azhar memberitahu bahawa setiap orang ada hari ‘bodohnya’, namun buat Leona, dia bimbang jika anaknya sejenis ‘bodoh’ setiap masa kerana tidak henti membuat hal.”
“Ada orang, ada hari ‘bodoh’ dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang ‘bodoh’ setiap hari,” tulisnya.
Sebelum ini, Azhar pernah menitip beberapa nasihat buat Leona supaya lebih bijak berkongsi apa-apa jenis kandungan memandnagkan pengikut alam mayanya majoriti beragama Islam.
Bukan itu sahaja, dia turut mendedahkan gaya hidupnya sebagai rujukan untuk Leona supaya menjadi lebih berhati-hati kelak. Malah, Azhar sempat berseloroh kepada Leona supaya merahsiakan perkara tersebut daripada ibunya.
Terdahulu, Leona menjadi bualan hangat ramai di media sosial selepas tampil dengan berbikini putih malah, baru-baru ini juga hadir ke majlis universitinya dengan gaya mencolok mata.
Ads
Untuk pengetahuan, Azhar memiliki dua lagi cahaya mata yang kian dewasa. Kembar Kasih Leona iaitu Andika Rees Pahamin telahpun bekerja di sebuah syarikat guaman maritim dan turut aktif mewakili Malaysia dalam bidang sukan.
Manakala kakak Kasih Leona dan Rees iaitu Kasih Leia Ixora pula telahpun menamatkan pengajian dan kini bercita-cita ingin menjadi seorang ahli politik.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.
Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.
Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.
Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.
Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..
Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.
Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.
Apapun, REMAJA ucapkan selamat menyambut Pesta Ponggal kepada masyarakat India di seluruh negara!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Marvel sekali lagi akan melancarkan filem terbaharu tahun ini dan kali ini menampilkan watak Marvel Comics Morbius, the Living Vampire menerusi filem Morbius yang bakal ditayangkan pada 31 Mac 2022 di seluruh pawagam tanah air.
Sumber: Sony Pictures
Filem ini menceritakan tentang seorang saintis yang mempunyai penyakit gangguan darah yang jarang berlaku dan beliau bertekad untuk menyelamatkan orang lain daripada mengalami nasib yang sama. Walaupun pada mula usahanya itu seakan berjaya, namun percubaan tersebut tidak menjadi dan beliau secara tidak langsung menjangkiti dirinya dengan vampirisme.
Sumber: Sony Pictures
Morbius dibintangi oleh Jared Leto, Adria Arjona, Matt Smith, Jared Harris, Tyrese Gibson dan seperti biasa kami ingin memberi peluang kepada korang untuk menjadi yang pertama menonton filem ini di tayangan perdana dengan hanya menjawab soalan-soalan mudah dibawah.
Tarikh: 29 Mac 2022 Masa: 8.15 malam Lokasi: TGV 1 Utama
Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19. Pemenang bertuah akan diumumkan di DM instagram. Korang berpeluang memenangi 4 tiket tayangan perdana secara percuma dan pastikan akaun Instagram korang boleh diakses secara umum.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, kontroversi yang melibatkan rumah tangga pelakon dan pengacara popular, Fikry Ibrahim terus mencuri perhatian orang ramai apabila hubungan mereka dilihat mulai reda selepas sebuah perkongsian gambar mesra pasangan itu tular di media sosial.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Instagram isteri Fikry, Siti Khalizah Alihan, hubungan pasangan suami isteri itu dipercayai berada dalam keadaan baik sahaja apabila foto mereka bergandingan tangan mula meraih perhatian.
“Terima kasih kepada yang mendoakan kami @fikryibrahim,” tulis Khalizah.
Pada 19 Jun lalu, Khalizah dilaporkan telah hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding kes perceraian yang difailkan terhadap suami.
Walau bagaimanapun, kelibat aktor berusia 31 tahun itu dipercayai tidak kelihatan bagi sebutan pertama perceraian.
Sebelum ini, peguam mewakili Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq turut memaklumkan anak guamnya memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Mei lalu atas alasan tiada lagi persefahaman.
Sekadar info, khabar angin mengenai keretakan rumah tangga pasangan ini mula menjadi bualan apabila timbul spekulasi bahawa hubungan mereka dikatakan sudah mulai dingin.
Fikry Ibrahim dan Siti Khalizah telah berkahwin pada 12 Januari lalu dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Kedah, dan ini merupakan perkahwinan kedua buat Siti Khalizah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!