Jika korang pelik mengapa keadaan trafik di Brickfields Kuala Lumpur agak sesak bermula Isnin lalu hinggalah hari ini, korang tak keseorangan.
Ini kerana hari ini menandakan perayaan bulan ke-sepuluh dalam kalendar Tamil, yang lebih popular dengan gelaran Pesta Ponggal.
Masyarakat India menyambutnya kerana tarikh ini dianggap membawa tuah. Lalu mereka akan menyediakan nasi manis (Ponggal) dan memuja Dewa Matahari, Bumi dan Lembu.
Ads
Pesta Ponggal sebenarnya telah bermula sejak semalam dengan sambutan Bhogi.
Ia adalah amalan membakar barang lama dan lusuh yang mereka miliki. Rumah juga turut dibersihkan sebagai simbol permulaan baru kepada bulan mulia mereka..
Ads
Pada hari ini pula, pengunjung berbangsa India memenuhi ‘lokasi wajib’ seperti Little India di Klang dan Brickfields di Kuala Lumpur yang ingin membeli periuk tanah, tebu, susu dan daun kunyit untuk membuat persediaan saat-saat terakhir bagi meraikan pesta Ponggal.
Ads
Disebabkan itulah, keadaan trafik pada hari ini di dua lokasi itu agak sesak. Malah jika korang melihat di kiri-kanan simpang jalan, masyarakat India juga dilihat menyarungkan pakaian tradisional untuk merayakannya.
Boleh dikatakan ayam goreng mamak merupakan antara menu favorite rakyat Malaysia yang confirm oleh buat orang ketagih.
Kalau nak beli di restoran mamak, harganya mungkin boleh mencapai sehingga RM4.50 untuk seketul ayam.
Berita baik untuk peminat ayam goreng, lepas ni korang dah boleh try sendiri buat menu ini berdasarkan resipi resipi viral yang dikongsi di laman Facebook.
Bahan-bahan:
– 1 ekor ayam
– 6 sudu besar tepung jagung
– 6 sudu besar tepung beras
– 3 tangkai daun kari
Bahan-bahan untuk dikisar:
– 6 ulas bawang putih
– 2 inci halia
– 5 tangkai cili kering
– 2 sudu besar rempah kari
– 1 biji telur
– Garam secukup rasa
– 1 sudu besar serbuk lada sulah
Cara memasak:
1. Perap ayam dengan bahan kisar, tepung jagung, tepung beras dan daun kari selama 1 jam. Lagi lama perap, lagi sedap
2. Panaskan minyak dan goreng hingga masak
Rupa-rupanya tak ada la susah sangat pun. Boleh la cuba sendiri lepas ni kan?
Selamat mencuba!
Resipi: Qhamcyahh Hidayat via Resipi Masakan Ayam
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin kita jarang sekali mendengar nama Lyia Meta dalam industri muzik tempatan atau di kaca televisyen.
Lyia Meta merupakan contoh yang baik jika disinonimkan dengan peribahasa ‘diam-diam ubi berisi’ apabila beliau berjaya mengukuhkan kedudukan di pentas antarabangsa apabila vokalnya dalam album nyanyiannya disenaraikan sebagai calon Anugerah Grammy.
Menerusi “Delta Shine” bersama pemuzik Latin-Amerika, Antonio Vergara, penyanyi itu menerima pencalonan dalam kategori Album Blues Kontemporari Terbaik.
Bagi Meta, pencalonan ini membawa makna lebih daripada kejayaan peribadi iaitu menonjolkan potensi artis Malaysia untuk bersaing dan cemerlang di pentas dunia.
“Bagi artis bebas, menjadi sebahagian daripada album yang dicalonkan untuk Grammy membawa makna lebih daripada penghormatan itu sendiri.
“Tanpa sokongan label besar, ia adalah pengesahan terhadap dedikasi seseorang untuk mencipta sesuatu yang bermakna, seperti memutar emas dari jerami di tengah-tengah hingar-bingar,” kata Meta memetic laporan portal Free Malaysia Today, pada Isnin.
Untuk yang baru saja mengenalinya, Lyia Meta ialah seorang penyanyi dan penulis lirik berbakat berkelahiran Melaka. Beliau telah mengeluarkan beberapa single sebelum ini termasuklah Without Walls, You Need To Think Again dan Deserving of Love.
Menarik tentang Lyia, beliau bukan saja berbakat dalam bidang nyanyian malah dalam bidang seni lukis juga.
Walaupun Meta adalah penyanyi Malaysia pertama yang terlibat dalam pencalonan Grammy, komposer kelahiran Malaysia, Zuraini Khalid Zonneveld sebelum ini, telah memenangi Grammy untuk album blues.
Penyanyi terkenal K-Pop, Jimin BTS baru-baru ini mencuri perhatian para peminat selepas memberikan kejutan istimewa kepada seorang kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan kanser ketika menghadiri konsert jelajah dunia kumpulan berkenaan di Texas, Amerika Syarikat.
Menerusi sebuah perkongsian video yang tular di media sosial, Jimin atau nama sebenarnya Park Jimin (31), dilihat menghampiri barisan penonton sebelum menyapa seorang peminat cilik dikenali sebagai Olivya. Momen tersebut menjadi lebih menyentuh hati apabila penyanyi berkenaan memeluk Olivya dan memberikan kucupan lembut di pipinya.
Tidak dapat menyembunyikan rasa teruja, Olivya spontan menjerit, “Saya dapat ciuman!” selepas menerima kejutan daripada anggota BTS tersebut. Reaksi gembira kanak-kanak itu turut mengundang perhatian peminat yang menyaksikan momen berkenaan.
Momen istimewa tersebut dikongsikan oleh ‘Heroes for Children’ iaitu sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan di Amerika Syarikat yang membantu kanak-kanak menghidap kanser serta keluarga mereka. Organisasi itu sebelum ini mengatur peluang buat Olivya dan beberapa kanak-kanak lain untuk menghadiri konsert BTS di Arlington, Texas.
Menurut organisasi berkenaan, pertemuan tersebut memberikan satu kenangan bermakna buat Olivya yang telah melalui pelbagai detik sukar sepanjang berdepan dengan penyakitnya.
“Bagi seorang kanak-kanak yang telah melalui detik-detik yang amat sukar, Jimin telah memberikan Olivya satu momen yang dipenuhi kegembiraan, kasih sayang dan kebahagiaan yang tulus,” katanya.
Heroes for Children turut menyifatkan momen berkenaan sebagai satu kenangan yang akan terus dikenang oleh Olivya dan keluarganya. Kisah tersebut kemudian mendapat perhatian ramai, khususnya dalam kalangan ARMY yang tersentuh dengan tindakan spontan Jimin terhadap peminat cilik berkenaan.
Dalam pada itu, organisasi tersebut turut melancarkan kempen kutipan dana sebanyak AS$50,000 (sekitar RM203,175) bagi membantu kanak-kanak dan keluarga yang berdepan kanser kanak-kanak di Texas. Sokongan daripada ARMY menyaksikan jumlah sumbangan meningkat melebihi sasaran apabila sebanyak AS$50,923.87 (sekitar RM206,929) berjaya dikumpulkan dalam tempoh kurang daripada sehari.
Tindakan Jimin itu sekali lagi memperlihatkan bagaimana satu interaksi ringkas bersama peminat mampu meninggalkan kesan yang cukup besar, terutama buat mereka yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan. Bagi Olivya, pengalaman bertemu Jimin secara dekat itu pastinya menjadi antara memori paling manis yang akan dikenangnya untuk sekian lama.
Untuk info, BTS kini sedang sibuk meneruskan jelajah dunia ‘ARIRANG’ yang membawa mereka bertemu peminat di beberapa lokasi antarabangsa. Lebih menarik, kumpulan popular itu dijadualkan singgah di Kuala Lumpur pada Disember ini bagi meneruskan siri konsert berkenaan, pastinya menjadi antara momen yang paling dinantikan ARMY di Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!