Penyanyi, Onew SHINee baru-baru ini menyuarakan tentang alasan keputusannya untuk berpisah dengan SM Entertainment selepas 17 tahun bernaung di bawah agensi K-Pop terkenal itu.
Onew atau nama sebenar Lee Jin Ki (35) mengungkapkan bahawa dia telah lama berjuang melawan tekanan untuk tampil di hadapan penonton tetapi perubahan perspektif mendorongnya untuk mencari peluang baru.
Ketua kumpulan SHINee itu juga meluahkan keinginannya untuk berhubung dengan lebih ramai orang dan mahu menggunakan pengaruhnya sebagai pemyanyi idola K-Pop untuk memberi lebih banyak impak positif sama ada dalam hal besar mahupun kecil.
Beliau yang juga mengakui ketidak sempurnaan dalam dirinya juga menyatakan bahawa dia mahu fokus untuk memberikan yang terbaik dalam aktiviti solo pada masa akan datang.
Ads
“Saya mengubah pola pemikiran dan mula berfikir untuk berjumpa dengan lebih ramai orang, mahu berbahagi suara, dan memberikan impak positif meskipun hanya sedikit. Walaupun saya tidaklah sempurna mana, tapi saya mahu tampil dan berikan yang terbaik dalam banyak hal”
Selepas meninggalkan SM Entertainment, Onew menandatangani kontrak eksklusif bersama agensi yang baru dibangunkan, Griffin Entertainment.
Ads
Dalam pada itu, mengenai alasan penyanyi itu keluar dari agensi lamanya, Onew mengatakan disebabkan dia berada di SM terlalu lama, hal itu membuatkan dirinya merasa ‘terlalu selesa’.
Ads
“Setelah berada di bawah agensi hebat terlalu lama, sejujurnya saya mula rasa terlalu nyaman. Jadi sebab itu saya memutuskan untuk mencabar diri sendiri dan mahu lihat apa lagi yang boleh saya lakukan. Jadi sekarang ada dalam tiga hingga empat bulan sejak saya keluar SM,” katanya.
Sementara itu, Onew juga menyakinkan para peminat bahawa dia bersama SHINee akan kekal sebagai satu kumpulan walaupun buat sementara waktu dia aktif secara solo.
Dalam perkembangan terkini, Onew akan kembali dengan album baru berjudul ‘Flow’ yang akan dilancarkan pada 3 September ini. Terbaru dia turut memuat naik foto konsep album iaitu ‘Thursday-Urban Interlude, Saturday-Behind Closed Doors’ dan ‘Sunday-Serene Repose, Lights Out’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Showcase Jiwa Kacau 2024 mencipta sejarah tersendiri apabila menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) selepas menjadi acara pertama yang berjaya menghimpunkan seramai 15,000 penonton di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, pada Sabtu lalu.
Selepas berjaya mengumpulkan hampir 8,000 peminat pada Showcase Jiwa Kacau 2023, MND Sport & Event Sdn Bhd tidak mahu keterujaan peminat ‘mati’ begitu sahaja dan kali ini Jiwa Kacau menampilkan barisan penghibur yang lebih menarik dari tahun yang sebelumnya.
Selaku penganjur, MND Sport & Event Sdn Bhd membawa kembali barisan kugiran sama iaitu Hujan, Masdo, Bunkface dan Insomniacks yang telah mencetuskan fenomena dalam Showcase Jiwa Kacau 2023 pada Showcase Jiwa Kacau 2024.
Showcase ini menjadi lebih hangat dan meninggalkan momen tersendiri apabila turut disertai oleh sebuah kugiran dari Indonesia iaitu Nidji selain penampilan khas iaitu Luqman Podolski.
Untuk makluman, Showcase Jiwa Kacau 2024 turut menzahirkan solidariti buat penduduk Palestin yang kini berdepan kekejaman rejim Zionis menerusi beberapa slot paparan video khas bagi memperingati kesengsaraan dialami mereka.
Malah, persembahan mereka turut diserikan lagi dengan persembahan bunga api yang disediakan pihak penganjur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas berjaya menayangkan filem konsert Eras Tour ke skrin besar di Amerika Syarikat dan Kanada pada Khamis lalu, sehari lebih awal daripada yang dirancang dek kerana permintaan hangat, bintang pop sensasi Taylor Swift akhirnya mengambil alih panggung wayang di seluruh dunia bermula hari ini!
Namun usah khawatir para Swifties sekalian, Malaysia tidak lagi ‘dianaktirikan’ kerana filem ikonik ini akan ditayangkan pada 3 November seperti yang disahkan oleh Golden Screen Cinemas di laman Facebook dan Instagramnya.
Untuk makluman, tiket filem Eras Tour di Malaysia boleh dibeli mulai 18 Oktober dan akan dijual dengan harga RM65 untuk semua lokasi GSC. Manakala bagi pawagam Aurum, harga tiket akan boleh didapati pada harga RM155.
Tayangan filem tersebut bakal ditayangkan selama 2 jam 45 minit, maka pastikan jiwa dan mental anda sudah bersedia sepenuhnya okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO/ARTIKEL: Getty Images, Instagram GSC
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah bertahun-tahun mengumpul pengalaman sebagai model hijabi, beliau kini tampil menghiasi skrin televisyen.
Namun tular baru-baru ini di media sosial apabila pelakon dan model terkenal, Qasrina Karim dikritik teruk oleh warganet. Lebih mengejutkan lagi apabila beliau dikritik bukan kerana kualiti lakonannya, tapi dek kerana bentuk dahinya yang dikatakan ‘besar’.
Insiden itu bermula apabila video klip temu ramahnya berkenaan dengan desas desus yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelakon Mierul Aiman di program Astro baru-baru ini menjadi sasaran kutukan warganet.
Menjadi makin tular lagi apabila ada pengguna Twitter yang menangkap layar komen-komen berbentuk penghinaan itu dan berkongsi di laman akaunnya dengan menyalahkan jurukamera yang merakam temu ramah itu dengan ‘angle yang salah’.
Perkongsiantersebut meraih lebih daripada 2,000 jumlah perkongsian dalam masa yang singkat sehinggakan pelakon Imam Instant Ustazah Scammer itu sendiri tampil memberi kenyataan.
Warganet juga tampil memberi sokongan terhadap duta Tudung Alhumaira itu dengan memberi kata-kata semangat dan menasihatkannya untuk cekal dan menghiraukan kritikan-kritikan berbaur ‘bodyshaming’ tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Darjah kebesaran Johor dikurniakan kepada beberapa kerabat diraja termasuk Che’ Puan Mahkota Khaleeda dan Raja Muda Johor sempena Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2026.