“Saya Mohon Maaf…” – Netizen Puji Tindakan ‘Gentleman’ Ajai Selepas Sidang Media 4U2C

Share

Susulan sidang media tergempar Datuk AC Mizal petang tadi berhubung isu hak cipta dan pemilikan lagu kumpulan 4U2C yang ingin dipersembahkan dalam sebuah konsert September kelak, komposer Ajai mengambil jalan matang untuk meredakan kemelut yang disebut dalam sidang media berkenaan.

Datuk AC ketika ditemui pemberita meluahkan rasa kecewa beliau terhadap Ajai yang juga merupakan rakan industrinya selepas komposer itu didakwa seolah-olah bersetuju bahawa kumpulan 4U2C tidak layak untuk mementaskan sebuah konsert.

Kenyataan Ajai pada Ahad lalu itu bagi Datuk AC umpama satu percubaan untuk menutup pintu rezeki ahli kumpulan 4U2C yang sedang dalam siri promosi bagi konsert berkenaan.

“Ajai sudah lama dalam industri muzik, tetapi suka beri komen. Dia tak betul-betul tahu undang-undang muzik di Malaysia. Jadi macam mana boleh komen mengenai muzik dan konsert kami?” ulasnya.

Selang beberapa jam selepas sidang media itu, Ajai menerusi media sosialnya bertindak untuk membuat kenyataan terbuka bagi menjelaskan kenyataan yang dibuatnya Ahad lalu.

Ajai.

“Sekiranya kenyataan saya telah disalah tafsir atau menyinggung mana-mana pihak, saya mohon maaf. Ia bukan bertujuan untuk menghalang mana-mana pihak daripada berkarya.

“Saya menyokong usaha mana-mana artis untuk terus berkarya, dan berharap segala perkara dapat diselesaikan secara baik dan berhemah. Terima kasih,” catatnya.

Tindakan segera Ajai bagi memadamkan ketidakpuasan hati yang mungkin dirasai oleh kumpulan 4U2C sekaligus menerima pujian netizen yang merasakan perkara itu tidak seharusnya dijadikan isu besar.

Antara yang memuji cara Ajai mengendalikan situasi tersebut termasuklah pelakon/pengarah,Pekin dan penyanyi/penyampai radio, Dina Nadzir.

“Salute!! Ini punca saya amat menghormati anda, abang.”

“Betul lah kan abang, malas nak panjang-panjang cerita. Baik buat kenyataan begini. Banyak lagi benda boleh fikir.”

“Abang Ajai memang gentle dan matang.”

“Tak jatuh maruah seseorang dengan memohon maaf. Lambang hati yang kuat dan jiwa yang mulia. Salute!”

Dalam pada itu, Ajai kini menggalas tugas sebagai juri tetap program realiti nyanyian, Raise The Star yang bersiaran di saluran Astro Ria.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ