Ucapan sulung Perdana Menteri Interim Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammad pada petang tadi telah diikuti rapat oleh seluruh rakyat Malaysia.
Ini merupakan perucapan pertama beliau setelah kesemua parti politik utama di Malaysia mengadakan sidang media sepanjang 2 hari yang lepas.
Dalam ucapan Tun M tersebut, beliau menjelaskan mengapa beliau meletakkan jawatan kelmarin, beliau menolok UMNO sebagai parti memerintah dan permohonan maaf oleh beliau sebanyak 2 kali kepada semua rakyat Malaysia.
01
Ingin Mohon Maaf
‘Pertama sekali, izinkan saya untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana keadaan politik yang kucar-kacir ini menimbulkan keresahan di kalangan tuan-tuan dan puan-puan.”
02
Gila Kuasa
“Terdapat juga tuduhan yang berkata saya tidak berniat untuk melepas jawatan. Jadi saya meletak jawatan kerana saya tidak melihat jawatan itu adalah matlamat saya.”
03
Fungsi Kuasa
Ads
“Bagi saya, kuasa dan kedudukan adalah satu alat untuk mencapai objektif untuk kebaikan negara.
“Kerana itu saya meletak jawatan kerana saya lihat (sekarang) bagi orang politik, yang penting (bagi mereka) adalah parti mana yang memerintah. Sebenarnya saya telah meletak jawatan untuk memberi peluang kepada Dewan Rakyat untuk menentukan siapakah yang akan menggantikan saya.”
04
Tetapi Akan Kembali
“Jika benar saya masih disokong, saya akan kembali.
“Jika tidak (disokong) saya akan terima siapa saja yang dipilih. Pertukaran kepimpinan itu memang ada. Hanya saya berpendapat apabila saya disokong oleh kedua-dua pihak, saya melihat masa untuk saya letak jawatan belum tiba.”
05
Jika UMNO Jadi Kerajaan..
“Parti saya BERSATU putuskan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. Ahli komponen lain juga keluar (dari Pakatan Harapan). Perlakuan ini memaksa kerajaan sekarang gugur.
Ads
“Jika BERSATU menyokong PAS dan UMNO, UMNO yang akan menjadi majoriti kerajaan kerana ia parti terbesar.”
06
Okay Jika Ahli UMNO Masuk Parti Lain, Bukannya..
“Saya sanggup terima ahli UMNO yang keluar dan sertai parti lain. Tetapi jika UMNO sertai kerajaan baru ini sebagai parti UMNO, saya terpaksa letak jawatan (kerana tidak bersetuju).”
07
Sekali Lagi Mohon Maaf
“Sebagai manusia biasa, saya tidak sunyi daripada melakukan kesilapan. Saya pohon maaf jika perletakan jawatan saya adalah salah.
“Saya sedar apa juga yang dilakukan oleh saya sekarang akan ditentang dan disokong. Saya tidak cari untuk disukai ramai. Saya hanya lakukan sesuatu untuk kebaikan negara.”
Ads
08
Tidak Memihak Sesiapa
“Jika dibenarkan, saya ingin adakan pemerintahan yang tidak memihak pada mana-mana parti. Hanya kepentingan negara saja yang akan diutamakan. Saya berdoa saya diberi petunjuk dalam usaha ini.”
REMAJA pasti ramai yang sedang musykil dan gusar dengan keadaan politik negara sekarang. Tambahan pula apabila keadaan sedang dalam keadaan yang tidak stabil dari segi kewangan, kesihatan dan ekonomi.
Apapun, kita doakan agar kemelut ini dapat diselesaikan DEMI KEBAIKAN NEGARA DAN RAKYAT. Bukan hanya untuk menjaga kepentingan POLITIK dan AGENDA PERIBADI PEMIMPIN.
Nampaknya bukan saja anak gadis dan mak-mak terpengaruh dengan lakonan mantap pelakon drama 7 Hari Mencintaiku 2 tapi ia juga turut memberi kesan ke atas anak-anak yang masih di sekolah tadika.
Dalam satu video yang tular di media sosial, gelagat seorang kanak-kanak yang memberikan nasihat kepada papanya ketika dalam kereta agar jangan pukul dan cakap baik-baik dengan anak isteri,
nampak cute sangat! Mana tidaknya, mungkin terpengaruh dengan jalan cerita 7 Hari Mencintaiku 2 di mana ada adengan Syakila (lakonan Faye Kusairi ) dan suaminya Jali memukul Kenit yang dilakonkan oleh Puteri Rafasya kerana Kenit sering tidak mengikut apa disuruhnya.
Mungkin terpengaruh dengan adegan yang ditonton setiap hari dengan Mamanya, malah Papanya juga agak selamba bertanya, anak yang dipercayai sekolah tadika ini selamba menasihati papanya.
“Papa jangan jadi macam tu Papa. Jangan kasar macam tu. Papa jangan pukul, papa kena cakap elok-elok dengan anak-anak, dengan bini.
Hahaha, padu bak hang bila anak kecil bagi nasihat pada papanyakan. Inilah penangan drama 7 Hari Mencintaiku 2.
Walau identiti kanak-kanak itu tidak diketahui buat masa ini tapi serius nampak cute sangat.
Mungkin jalan cerita drama ditambah lakonan mantap pelakonnya, memberikan pengaruh besar ke atas dirinya dan peminat-peminat drama jam 7 ni. Fuhh memang hebat sungguh drama niekan, bukan saja budak kecil tapi ramai wanita yang emosi bila Kuzairi kahwin lain. Haha.
Apa pun papa, kena dengar elok-elok tau..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahun 2025 mencatatkan satu pencapaian bersejarah buat Universiti Malaya (UM). UM telah melonjak ke tangga ke-58 dunia, peningkatan tujuh anak tangga daripada #65 tahun 2024 dan sepuluh anak tangga daripada #70 tiga tahun lalu dalam QS World University Rankings 2026.
Berita gembira ini dikongsi sendiri oleh Universiti Malaya menerusi laman Facebook rasmi milik mereka, yang mengumumkan pencapaian cemerlang UM apabila berjaya melonjak ke tangga ke-58 dunia dalam QS World University Rankings 2026.
Itu merupakan kedudukan tertinggi pernah dicapai dalam sejarah penubuhan universiti tersebut. Pengumuman itu turut disertai dengan ucapan penghargaan kepada seluruh warga universiti yang telah bersama-sama menyumbang kepada kejayaan gemilang ini.
“Pertama kali dalam sejarahnya, Universiti Malaya (UM) dengan penuh bangga menduduki tempat ke-58 dunia, menandakan satu pencapaian bersejarah dalam QS World University Rankings 2026, kedudukan tertinggi yang pernah diraih oleh UM.
“Pencapaian ini bukan sekadar angka semata-mata, tetapi merupakan hasil daripada komitmen tanpa henti, reformasi strategik, serta usaha kolektif seluruh komuniti UM, ahli akademik, penyelidik, pelajar dan staf. Bersama-sama, kita membina masa depan yang berasaskan kecemerlangan, integriti dan impak global.
RANKING UNIVERSITI MALAYA
“UM kini mendahului negara dalam 5 daripada 9 indikator utama QS iaitu: Reputasi Akademik dan Majikan, Hasil Pekerjaan, Rangkaian Penyelidikan Antarabangsa, serta Kelestarian.
“Naib Canselor, Prof. Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, mendedikasikan kejayaan ini kepada semua yang menjayakannya, sambil menegaskan kembali misi UM untuk memacu perubahan positif demi negara dan kemanusiaan. Ini baru permulaan dan belum sampai kemuncak,” jelasnya.
Ranking Universiti Malaya ini menjadi lambang pencapaian anak bangsa dan bukti bahawa institusi tempatan mampu mencapai taraf antarabangsa.
Bila sebut sambal belacan pasti terbayang keenakan rasanya. Sambal belacan sering kali menjadi penyedap rasa kepada makanan kita ambil malah tanpa sambal belacan, rasa masakan tidak sedap. Rupanya sambal belacan bukan sekadar penyedap rasa, ia baik untuk usus kerana ada probiotik. Perkongsian dari Dr Norman Norawi ini pasti buat penggemar belacan tersenyum gembira. Baca perkongsiannya.
BELACAN DAN PROBIOTIK
Belacan adalah makanan yang tidak asing dalam masyarakat Melayu. Ia adalah sebahagian daripada bahan yang digunakan secara meluas dalam masakan masyarakat Melayu dan Baba Nyonya. Ia di letakkan dalam sambal untuk menambahkan perisa dan aromanya. Ia juga di buat sambal dengan mencampurkannya dengan cili api yang di tumbuk atau di kisar dan di perah asam limau.
Ia di buat daripada udang geragau atau udang kecil yang ditumbuk halus dengan garam dan dibiarkan untuk di peram atau proses fermentasi sebelum di gunakan. Ia juga di bakar sedikit sebelum di gunakan untuk menaikkan aromanya dalam masakan atau sambal.
Kajian , menunjukkan belacan juga mengandungi kuman baik probiotik daripada jenis asid laktik bacilli (LAB). Kajian menunjukkan terdapat 219 jenis bakteria yang berjaya dikenali daripada 27 sampel belacan yang di uji dan 166 adalah jenis LAB dan 13 adalah jenis bakteria baik probiotik yang tahan asid perut dan boleh sampai ke usus contohnya lactobacillus casei.
Pengambilan belacan asli adalah baik untuk kesihatan usus kerana kandungan probiotiknya boleh tahan proses penghadaman dan akan sampai ke dalam usus besar.
Tetapi pengguna harus berhati-hati dengan belacan yang diletakkan dengan bahan perwarna Rhodamine B yang boleh menyebabkan kanser . Selalunya belacan yang diletakkan bahan ini mempunyai warna kemerahan yang cantik dan sekata.
Belacan juga boleh menyebabkan masalah allergy dan alahan, oleh itu pengguna yang ada masalah allergi kepada udang dan belacan mesti mengelakkan pengambilannya.
Dr Norman Mohd Norawi
MBBS,MSc(UCSI),MNM(ACNEM), FAGE
Rujukan: 1. Mohd Adnan, A.F. & I.K.P. Tan. 2007. “Isolation of Lactic Acid Bacteria from Malaysian Foods Assessment of the Isolates for Industrial Potential”. Bioresour Technol. Vol. 98. p. 1380-138 2. Tesfaye, A., T. Mehari & M. Ashenafi. 2011. “Evaluation of The In VitroProbiotics Qualities of Lactic Acid Bacteria (LAB) Recovered From Locally Fermented Product”. Int J Probiotics Prebiotics. Vol. 6. p. 101-108. 3. Haitham Ar, Zaiton H, Norrakiah As, Huda-Faujan N. Assessment Of Potential Probiotic Properties Lactic Acid Bacteria From Shrimp Paste Or Belacan. Proceedings of 52ndThe IRES International Conference, Kuala Lumpur, Malaysia,5th-6thNovember 2016, ISBN: 978-93-86291-27-1. 4. [http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=322969 Larangan Penggunaan Bahan Pewarna Rhodamine B Dalam Belacan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.