Pelari Kedah, Mohd Arman Rosli meluahkan rasa syukur apabila memenangi pingat emas pada penampilan pertamanya dalam acara 1,500 meter (m) pada Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Sarawak pada Isnin.
Lebih menakjubkan atlet Kedah itu mengaku beliau tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding dan hanya menjalani latihan sebanyak dua kali sebelum ke Bumi Kenyalang selepas dipilih untuk mewakili negeri pada saat akhir.
“Saya menang berkat tolong mak jual kuih di kampung. Pingat ini untuk mak, saya tak pernah lari, tiada pengalaman, berlatih dua kali sahaja sebelum datang sini. Mak kata boleh menang kalau ada rezeki sebab tolong mak, saya tak sangka boleh menang.”
Kredit: Berita Harian
Pelari yang kini berusia 27 tahun itu menyifatkan kemenangannya itu merupakan ‘berkat’ membantu ibu menjual kuih dan nasi lemak di kampungnya di Sik, Kedah kerana dia sebelum ini tidak pernah menyertai mana-mana kejohanan di dalam mahupun luar negara.
“Saya nak jadi pomen (mekanik) ada sijil belajar, tapi mak seorang jual sarapan pagi, ayah sudah dua tahun meninggal semasa pandemik Covid-19, jadi saya tolong mak jual kuih,” katanya sambil menahan sebak selepas tamat acara di sini hari ini.
Ads
Terdahulu, Mohd Arman Rosli yang beraksi acara larian jarak sederhana 1,500m kategori T36 (kecacatan fizikal) merangkul pingat emas dengan catatan 6:16.84 saat (s) meninggalkan atlet Perak, Mahfudz Mahzan (6:26.38s) dan pelari tuan rumah, Mohd Hishamudin Razali (7:02.37s).
Sementara itu, Kedah turut mendominasi acara 1,500m lelaki T20 (kecacatan fizikal) menerusi Muhamad Nurdin Ibrahim dengan catatan 4:21.26s sekali gus memecah rekod temasya yang dicipta Muhamad Haqeem Mustaqim dari Perlis pada edisi 2018 di Perak.
Ads
Pingat perak dan gangsa masing-masing menjadi milik Mohd Fakrul Azimi Mohd Sukimi dari Kelantan (6:26.58s) dan Ku Muhammad Danish Syazwan Ku Harmizan dari Selangor (7:33.57s).
Muhamad Nurdin yang merupakan pemenang gangsa di Sukan Para ASEAN di Kemboja tahun lalu berkata berzikir sepanjang larian merupakan rahsia kejayaannya memperoleh emas hari ini.
Ads
“Saya memang tidak berhenti berzikir semasa berlari, saya jaga solat sebab itu merupakan kekuatan kita sebagai seorang Muslim, tapi pelari Kelantan tadi memang hebat, jadi untuk pastikan saya menang saya pecut tadi, sebab itulah saya boleh pecah rekod,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekarang musim durian. Banyak post di media sosial juga bercerita mengenai keenakan raja buah ini. Ada macam-macam jenis malah asal viral mengatakan ada buah murah ramai la beratur membeli. Tapi korang tahu tak sebab apa durian ada yang murah ada yang mahal?
Apa kata kita kenali 7 jenis buah durian terbaik yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ini. Tip ini juga korang boleh gunakan untuk elak ditipu penjual buah durian yang tak bertanggungjawab.
Yelah harga buah durian sekarang boleh tahan ye!
1. MUSANG KING (D197)
Inilah durian idaman pencinta ‘raja buah’ iaitu Musang King.
Hati-hati, kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual jenis durian lain sebagai Musang King demi mengaut keuntungan. Durian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan berbiji kecil berbanding durian lain.
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit, buttery, aroma yang kuat
Tips: Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara (seperti gambar di bawah ini).
2. TEKKA (D160)
Berasal dari Banting, Selangor, durian Tekka pada asalnya mempunyai banyak nama panggilan (Buluh Bawah, Chok Kiok dan Green Bamboo) sebelum ia dijenamakan semula sebagai Musang Queen, menjadikannya pasangan kepada Musang King. Comel kan? Durian pun ada pasangan!
Isinya pula berulas besar, tebal, dan berwarna krim kekuningan dengan biji bersaiz sederhana besar. Saiz buah ini juga sederhana besar dengan lingkungan berat 1.5 – 3 kg setiap biji, dan kulitnya yang nipis membuatkan ia mudah dikupas.
Rasa: Manis dengan sedikit pahit, berlemak, tekstur berkrim
Tips: Saiz agak besar dan berbentuk lonjong (besar di atas, kuncup di bawah), menyerupai bentuk hati dengan lekuk pada pangsa.
3. UDANG MERAH (D175)
Berasal dari Balik Pulau, durian baka kahwin ini menghasilkan isi berulas halus, berwarna kuning jingga kemerahan dan setiap biji mempunyai lapisan krim yang sangat menyelerakan. Diberi nama tempatan Ang Hae, jenis durian ini yang berkualiti tinggi agak sukar ditemui, menyebabkan harganya kadangkala lebih mahal daripada Musang King.
Durian ini juga ditanam di negeri Pahang dan Johor, tetapi rasanya tidak sama seperti Udang Merah Pulau Pinang yang asli. Kebiasaannya berkulit coklat perang, durian ini berbentuk bujur, berduri pendek, dan agak susah dikupas kerana berkulit tebal dan keras.
Rasa: Berlemak manis, melekit, halus dan lembik, aroma yang menyelerakan
Tips: Kulit Udang Merah yang berwarna hijau keperangan dikatakan ditanam di luar Pulau Pinang. Untuk memilih Udang Merah yang terbaik, pastikan beratnya dalam 1 kg sebiji.
4. SULTAN (D24)
D24 atau durian Sultan mudah untuk dikenalpasti dan ditemui. Ia berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai. Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga.
Berwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Dengan harga berpatutan (dari RM19 per kg), ia juga selalu dihidang dalam bufet durian. D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih.
Rasa: Sangat berlemak, sederhana manis dan pahit, aroma sederhana kuat
Tips: Kulit durian Sultan D24 berwarna hijau muda, nipis dan mudah dikupas. Biasanya, satu pangsa beris dua atau tiga ulas.
5. DURI HITAM / BLACK THORN (D200)
Dikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang overrated, durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ini semakin menjadi buruan “hantu durian”. Bergantung kepada usia pokok tersebut, isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang.
Walaupun isi tidak setebal Musang King, keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang menyelerakan pasti membuat setiap penggemar durian termimpi-mimpi! Sekarang, harga Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg.
Rasa: Sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit, aroma kurang tajam
Tips: Juga digelar Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze, bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Kebiasaannya, ia berbentuk bulat, bertapak rata, bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari), dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri.
6. GOLDEN PHOENIX (D198)
Berasal dari Johor, durian klon berbentuk bulat dan kecil ini tumbuh dari pokok lama. Durian ini juga menjadi kegemaran ramai rakyat Singapura ini diberi nama kerana durinya yang nipis dan tajam dengan isi berwarna kuning pucat keputihan, menyerupai ciri-ciri burung lagenda Phoenix.
Juga dikenali dengan nama Kim Hong atau Jin Feng, raja buah ini sesuai untuk mereka yang sukakan rasa durian yang lebih pahit dari manis. Isinya tidak sepadat Musang King, berbiji kecil, dengan aroma yang tajam. Golden Phoenix banyak ditanam di Johor dan Pahang, dan agak sukar ditemui di negeri-negeri lain.
Rasa: Lebih pahit dari manis, sedikit berair dan berserat, aroma yang tajam
Tips: Di bawah buah ini mempunyai lima garisan seperti Musang King, tetapi kulitnya lebih nipis dan mudah dikupas. Di Durian Agro Hub Tangkak, anda boleh mencuba Golden Phoenix dengan rasa paling asli yang berbuah dari ibu pokoknya yang masih hidup sehingga hari ini.
7. DURIAN KAMPUNG (888)
Dalam lautan pelbagai jenis durian hibrid yang mencuri perhatian, masih ramai yang setia menikmati durian ini kerana ia paling mudah dijumpai dengan harga termurah.
Durian paling OG ini terhasil dari pokok tunggal yang berusia ratusan tahun. Walaupun isinya agak padat, rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali — ada yang pahit, ada yang manis. Senang cerita, ikut nasib.
Rasa: Manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, tidak konsisten dan berbeza
Tips: Durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji (RM15 – RM18 per kg), Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg), dan Gred C untuk membuat tempoyak (3 biji RM10).
Untuk info, lebih daripada 200 variasi durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia tau! Banyak gila kan…?
Tapi, awas ya… ambil dalam dua tiga ulas dah pun memadai sebab takut ketagih dan obses pula. Rakyat Malaysia selalu makan secara berlebihan. Sudah tentulah ia tidak baik untuk kesihatan korang. So rasa-rasa je ok? Jangan sampai melantak tak ingat dunia pula kalau dah sedap tu. Hiks!
Sumber: Traveloka
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tragedi Cinta Ditolak Di Sekolah Menengah Petaling Jaya
Cinta ditolak dipercayai menjadi punca seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun bertindak menikam pelajar perempuan Tingkatan 4 dalam kejadian tragis di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya.
Memetik laporan New Straits Times (NST), kejadian mengejutkan itu berlaku di tandas perempuan selepas suspek dikatakan berasa kecewa dan marah apabila luahan perasaannya kepada mangsa malam sebelumnya tidak dibalas.
Kronologi Kejadian Tragis
Seorang pelajar yang menyaksikan kejadian tersebut berkata, suspek membawa beberapa objek tajam dan mengekori mangsa ke tandas sebelum menahannya sebagai tebusan di dalam salah satu kubikel.
“Dia memegang pisau dan menahan mangsa dalam tandas. Lepas itu dia mula menikam mangsa berulang kali,” kata saksi terbabit.
Menurutnya lagi, rakan mangsa yang berada berhampiran terus berlari mendapatkan bantuan guru disiplin. Guru berkenaan cuba menendang pintu kubikel untuk menyelamatkan mangsa sebelum suspek bertindak melarikan diri sambil masih memegang senjata berdarah.
“Dia berlari ke arah beberapa kelas Tingkatan Satu sambil menjerit dan memegang pisau. Semua pelajar panik dan menjerit ketakutan. Bajunya penuh darah,” tambah saksi berkenaan.
Kekecohan hanya berakhir apabila abang suspek bersama beberapa guru berjaya menahan remaja tersebut dan merampas senjata berkenaan selepas berlaku sedikit pergelutan.
Siasatan Polis Tentang Cinta Ditolak
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan kini menjurus kepada motif serangan yang dipercayai berpunca daripada perasaan cinta ditolak.
“Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian. Saya akan maklumkan perkembangan lanjut apabila hasil siasatan diperoleh,” katanya.
Mangsa berusia 16 tahun dilaporkan parah dan dikejarkan ke hospital berhampiran, manakala suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut.
Pesanan Remaja: Kawal Emosi & Cinta Dengan Bijak
Tragedi cinta ditolak ini menjadi peringatan kepada semua — terutama remaja — bahawa perasaan cinta, kecewa atau marah perlu dikawal dengan bijak. Dalam fasa remaja, emosi memang sukar dijangka. Namun setiap tindakan ada akibatnya.
Jika berdepan penolakan atau tekanan emosi, jangan simpan seorang diri. Bercakaplah dengan guru kaunselor, ibu bapa, atau rakan yang dipercayai. Belajar menerima hakikat bahawa tidak semua perasaan akan dibalas. Cinta tidak seharusnya membawa kepada kekerasan atau dendam.
Jadikan pengalaman ini sebagai pengajaran bahawa kasih sayang sebenar lahir daripada rasa hormat dan empati, bukan paksaan atau kemarahan. Setiap remaja perlu sedar bahawa cinta ditolak bukan pengakhiran sebaliknya peluang untuk belajar menjadi insan lebih matang dan berjiwa besar.
Kejadian tragis di Petaling Jaya ini mengingatkan masyarakat tentang pentingnya pendidikan emosi sejak usia muda. Remaja perlu belajar menyalurkan perasaan dengan cara positif, bukan melalui kekerasan. Semoga mangsa segera pulih dan insiden berpunca daripada cinta ditolak seperti ini tidak berulang lagi.
Baru-baru ini, pemain bola sepak terkenal, Son Heung Min dilaporkan telah memfailkan satu aduan rasmi kepada pihak polis Korea Selatan dan mendakwa dirinya menjadi mangsa ugutan berkaitan tuduhan palsu kehamilan oleh seorang wanita.
Memetik laporan Yonhap News Agency dan The Korea Times, seorang wanita dalam lingkungan usia 20-an dan seorang lelaki berusia 40-an kini disiasat oleh pihak polis di Seoul atas tuduhan cubaan memeras ugut bintang bola sepak berusia 32 tahun itu.
Dalam pada itu, pihak peguam Son mendakwa wanita terbabit telah menyatakan dirinya hamil pada Jun tahun lalu dan meminta sejumlah wang yang dianggarkan mencecah ratusan juta Korea Won sebagai syarat untuk tidak mendedahkan ‘kehamilan’ tersebut kepada umum.
Seperti yang diketahui umum, kapten kepada pasukan Tottenham Hotspur itu sehingga kini belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Beliau juga dilaporkan telah mengambil langkah undang-undang pada minggu lalu dengan membuat aduan rasmi terhadap kedua-dua individu tersebut.
Insiden ini turut mencetuskan perhatian peminat tatkala Son dan kelabnya sedang membuat persiapan penting menjelang perlawanan akhir Liga Eropah menentang Manchester United yang bakal berlangsung pada 21 Mei ini.
Sementara itu, dalam satu temu bual terdahulu bersama The Guardian pada tahun 2019, Son pernah menyatakan hasrat untuk menangguhkan perkahwinan dan membina keluarga selepas bersara demi memberikan sepenuh tumpuan kepada bola sepak.
“Ayah saya selalu kata, bila sudah berkahwin, keluarga akan jadi nombor satu, isteri, anak-anak, baru bola. Saya setuju. Selagi saya masih bermain di tahap tertinggi, bola sepak perlu jadi nombor satu,” katanya.
“Kita tidak tahu berapa lama lagi saya boleh kekal bermain di tahap ini. Bila bersara, pada umur 33 atau 34 tahun nanti, masih ada masa panjang untuk bersama keluarga,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, sepanjang kerjayanya sebagai penyerang prolifik Korea Selatan, beliau pernah dikaitkan dengan beberapa selebriti seperti Bang Min-ah dan Yoo So-young. Walau bagaimanapun, fokus utama Son kini pastinya untuk kembali ke padang, memburu kejayaan serta membuktikan dirinya antara salah satu bintang Asia paling berpengaruh dalam dunia bola sepak.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!