Selama ini, ramai mengenali Dewi Remaja 2014/2015, Raysha Rizrose menerusi lakonannya dalam drama-drama tempatan. Namun, tidak ramai menyedari bakat nyanyian yang ada pada pelakon jelita ini.
Video persembahan cover 12 buah lagu yang bakal bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-35 baru-baru ini telah menarik perhatian ramai warganet dek kerana kemunculan Raysha sebagai salah seorang daripada ahli kuartet tersebut.
Berdampingan dengan penyanyi yang lebih berpengalaman seperti Hannah Delisha, Azmi Saat (Caliph Buskers) dan Dean Eiman, ramai yang terkejut apabila mendengar nyanyiannya.
Raysha yang dihubungi oleh REMAJA berkongsi bahawa idea asal Hannah Delisha itu adalah untuk mengetengahkan beberapa orang bakat yang tidak bergelar penyanyi.
Lantas, Raysha bersetuju untuk terlibat sama memandangkan ia adalah sesuatu yang baharu untuknya dan kedengaran menyeronokkan.
“Ia adalah peluang yang jarang-jarang saya perolehi. Untuk menyanyi di samping abang Azmi yang terkenal dengan kekuatan vokalnya, dan bersama Hannah serta Dean pula – semua orang saling membantu sepanjang proses persediaan di studio selama kira-kira dua minggu.
Ads
“Mereka membuatkan saya tidak merasa tertekan langsung biarpun saya masih ‘hijau’ berbanding mereka.”
“Sebagai persediaan ekstra, saya juga sertai beberapa sesi kelas vokal,” katanya yang menyampaikan tiga buah lagu finalis iaitu Semalam (nyanyian Aina Abdul), Gundah (nyanyian Ernie Zakri) dan Belenggu Rindu (nyanyian Wany Hasrita & Dato’ Jamal Abdillah).
Bukan calang-calang ya lagu yang diperolehi Raysha, semuanya nyanyian vokalis mantap! Tidakkah dirinya merasa cemas untuk membawakan lagu-lagu tersebut?
“Niat penglibatan saya ini adalah untuk memberi sokongan kepada finalis AJL ke-35.
Ads
“Saya cuba jadikan lagu-lagu tersebut sebagai lagu versi saya. Caranya, saya akan mendengar versi minus one dan saya aturkan key lagu mengikut vokal saya. Kalau nak ikut key penyanyi asal, saya masih belum sampai lagi ke tahap itu. (tergelak)
“Selepas video itu dimuat naik, kak Aina Abdul ada menghantarkan mesej dengan berkata ‘good job’,” tambahnya yang pernah menghasilkan beberapa klip video cover untuk lagu Cinta Sejati dan Cinta Luar Biasa.
Raysha tampak natural saja dalam video medley tersebut disebabkan pengalamannya merakamkan klip video sendiri sebelum ini. Rata-rata penonton memberikan galakan dan pujian di atas usaha dan bakat nyanyian yang dia miliki.
Melihat kepada respon tersebut, mungkinkah Raysha merancang untuk satu hari nanti merekodkan lagu nyanyian sendiri?
“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi, it has been a passion of mine.
Ads
“Tentulah jika berpeluang saya ingin menyanyikan lagu sendiri. Cuma, bukan mudah untuk mendapat lagu yang ‘kena’ dengan diri kita. Saya pun enggan tergesa-gesa. Mana tahu satu hari nanti, ia akan menjadi kenyataan.”
“Buat masa ini, saya akan fokus pada dunia lakonan dahulu. Tambahan pula, saya sedang menantikan tarikh tayangan untuk tiga buah filem yang melibatkan saya pada tahun ini.
“Ia termasuklah filem Seandainya Kau Ada (Astro First), Roxana (Netflix) dan sebuah lagi filem terbitan Astro Shaw yang masih belum diberikan judul. Ketiga-tiganya merupakan projek istimewa bagi saya dan saya tidak sabar untuk berkongsi dengan semua penonton,” tambahnya lagi.
Kemeriahan malam Finale Pencarian Dewi Remaja dimeriahkan lagi dengan kehadiran barisan selebriti popular tempatan yang kebanyakkannya adalah dari kelahiran program Dewi dan Hero Remaja sendiri.
Antara yang hadir memberi sokongan adalah Norman Hakim, Izara Aishah, Datin Rabecca Al Islam, Pushpa Narayan, Didie Alias dan batch Hero Remaja 2017.
Dengan tema prom night, para tetamu yang hadir cukup cantik dan kacak berpakaian mengikut tema.
Jom kita lihat antara OOTD selebriti yang hadir pada malam semalam..
Datin Rabecca Al Islam & Suami
Izara Aishah
Norman Hakim
Didie Alias
Pushpa Narayan
Hero Remaja 2017
Terima kasih kami ucapkan kepada barisan selebriti yang sudi hadir untuk memberi sokongan buat kesemua finalis Pencarian Dewi Remaja 2018/19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbulan penantian, ratusan anak muda ditapis, kini penantian kemuncak perjalanan 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 bermula apabila mereka diasak dengan cabaran fizikal bersama Veteran TUDM (Bersara) & Jurulatih Kecergasan, Kapten Raeiz Hamed.
Episod satu yang baru sahaja ditayangkan sebentar tadi menyaksikan 8 finalis Hero Remaja dan 8 finalis Dewi Remaja diuji mental dan fizikal mereka menerusi cabaran penuh lasak.
Adrenalin memuncak, semangat membara! Tapi cukupkah itu saja untuk menjadi juara?
Episod sulung sebentar tadi dimulakan dengan ujian kecergasan dan stamina, bertujuan untuk melihat stamina setiap finalis. Herdikan dan nasihat ‘keras’ yang dilontarkan daripada jurulatih kecergasan, Kapten Raiez Hamed ternyata memberi tekanan padu kepada para finalis.
Kapten Raeiz Hamed TUDM, juri jemputan dan mentor HDR2023 minggu pertama.
Adegan kemudian beralih mempamerkan setiap peserta di Pulau Pinang bersedia untuk menempuh Viper Challenge. Get ready guys, it’s about to be tough!
Di sinilah pertumpahan peluh keringat dan air mata bermula, apabila setiap cabaran yang dilontarkan mula mencabar ketahanan fizikal dan mental masing-masing.
Malangnya tidak semua cabaran mampu diselesaikan sepenuhnya bagi sesetengah peserta. Punyalah ekstrem sehinggakan pihak perubatan terpaksa masuk campur bagi memastikan keselamatan dan kesihatan finalis tidak tergugat. Uish….
Bukan itu sahaja, setelah fizikal dan mental mereka diperah habis-habisan, finalis Hero Dewi Remaja wajib menyelesaikan tugasan terakhir iaitu Photoshoot Challenge kerana hasil gabungan kedua-dua cabaran bakal menentukan nasib mereka di dalam pertandingan ini.
Di penghujung episod, penonton menyaksikan Razin dan Myra berada di kedudukan tercorot setelah gagal mengalahkan finalis lain. Manakala, Jaysong dan Azqa berjaya menduduki tempat pertama menerusi jumlah markah yang cukup membanggakan.
Mesti kalian yang menonton di rumah turut merasakan debaran detik-detik penyingkiran kan? Saspens habis!
Mujur tiada penyingkiran dilaksanakan pada minggu pertama. Kedua-dua finalis terselamat dan secara tidak langsung memberi tamparan wake-up call kepada mereka untuk memberi yang terbaik sepenuhnya di cabaran akan datang.
Tapi sabar dulu guys…. Ini baru episod pertama!
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 akan ditayangkan menerusi lapan (8) episod bermula 10 November, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apabila seseorang itu menghadapi musibah ataupun berita menyedihkan, seharusnya sebagai seorang kenalan harus untuk kita menyampaikan takziah dah mengirimkan doa Al-Fatihah.
Hari ini,Noor Neelofa sekeluarga berdepan dengan berita pemergian datuknya, Haji Noor Mohamed. Dengan rendah diri, dia dan adik beradik yang lain seperti Ameera Khan dan Athisha Khan menyampaikan berita tersebut melalui akaun media sosial masing-masing.
Arwah telahpun sempurna disembahyangkan di Masjid Besar Pasir Mas, Kelantan dan dikebumikan di tanah perkuburan Lemal setelah solat Zohor.
“Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua atas doa yang dipanjatkan kepada arwah datuk saya. Semoga datuk diberikan Jannah tertinggi oleh Allah SWT, insyaAllah.
“Allah menjemput beliau sama dengan hari wafatnya Rasullulah, kekasih Allah Nabi Muhammad,” catitnya di ruangan Insta Story pagi tadi.
Berikut pula adalah sedikit-sebanyak ucapan takziah para selebriti Malaysia buat Neelofa sekeluarga. Al-Fatihah.
Nora Danish
Sarimah Ibrahim
Vivy Yusof
Dato Seri Vida
Mizz Nina
Linda Rafar
Fauziah Latif
Elvina Mohamad
Alif Hadi
Elizad Sharifuddin
Tengku Putri Iman Afzan
Kavita Sidhu
Awal Ashaari
Nurul Zulkifli (Mimpi Kita)
Dato Ziela Jalil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.