Nama Alya Iman kian meniti di bibir peminat terutama penonton setia drama Layang-Layang Perkahwinan yang kini ditayangkan di Astro Ria dengan melakonkan watak Tsuraya.
Namun hangat baru-baru ini apabila pemilik nama lengkap Nur Alya Iman Azmil dikaitkan dengan babak ‘soft porn’ yang dilakonkannya bersama hero kesayangan ramai, Shukri Yahaya.
Alya berkata, dia terlebih dulu bertanya kepada pengarah Eyra Rahman untuk mendapatkan kepastian berkaitan babak berkenaan sebelum penggambaran.
“Memandangkan babak ini memang ada dalam skrip, jadi sebagai pelakon, saya hanya jalankan tanggungjawab mengikut skrip dan arahan diberi.
“Semua orang cakap babak itu ‘soft porn’, tapi dari segi apa yang membuatkan mereka beranggapan sedemikian?
“Lagipun, kami tahu apa yang berlaku di belakang kamera dan ia tidaklah seperti disangkakan. Kami tetap jaga semuanya,” katanya kepada sumber.
Mengulas tidakkah dirinya terfikir babak ‘soft porn’ ini bakal mengundang kemarahan netizen, Alya berkata, dia maklum berkaitan aspek tersebut namun harus bertindak profesional demi tuntutan kerja.
Ads
“Tak dinafikan, memang ada yang kecam dan komen yang diterima sangat kejam terutama dalam aplikasi X hingga saya takut nak buka aplikasi berkenaan.
“Saya sudah lali dengan apa yang orang nak cakap soal saya. Sebelum ini, ramai melabelkan saya dengan macam-macam gelaran.
“Orang sudah lama benci saya. Tapi, ia tidaklah begitu merisaukan kerana mereka yang rapat dengan saya seperti keluarga, pasukan kerja dan pengurusan termasuk produksi drama ini lebih mengetahui diri saya sebenar,” katanya.
Alya ialah anak bongsu kepada pelakon terkenal dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha
Bagaimanapun, katanya, dia bukanlah seorang yang kalis kecaman.
“Saya hanya manusia, masih ada hati dan perasaan. Ada kala saya terasa hati juga dengan kata-kata nista yang dilemparkan, tapi bergantung kepada kecaman.
Ads
“Jika ia berkaitan soal kerjaya, saya terima. Ini kerana ia bermakna saya berjaya membawa watak Tsuraya hingga penonton benci. Itu sesuatu yang positif buat saya,” katanya.
Akuinya, dia sudah melalui banyak pengalaman menyedihkan dalam hidup walaupun masih muda di usia 23 tahun.
“Tidak dinafikan, pengalaman hidup membentuk saya menjadi gadis tabah dan kalis kecaman.
“Kehilangan ibu dan ayah, membesar dalam keluarga berantakan dan berkerja pada usia muda demi menjaga arwah ayah membuatkan hati serta jiwa kental berdepan apa juga cabaran hidup.
Ads
“Justeru, bila ada kecaman netizen, ia langsung tidak memberi kesan. Saya tahu boleh hadapi semua ini dan bersedia dengan apa juga cabaran yang bakal mendatang,” katanya.
Terdahulu, adegan membabitkan Shukri dan Alya tersebar melalui klip video yang antara lain memaparkan sedutan babak berkenaan, yang dikongsi netizen dalam media sosial.
Antara lain, babak itu memaparkan watak Azim Asibullah lakonan Shukri, sedang mandi, didatangi Tsuraya Lin (Alya).
Babak berani itu menjadi bahan kecaman dalam media sosial kerana didakwa cuba menormalisasikan kandungan separuh lucah.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Alya Iman
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon popular, Shukri Yahaya baru-baru ini mengakui perubahan positif isterinya, Tya Adnan telah memberikan satu suasana baru dalam rumah tangga.
Menurut Shukri atau nama sebenar, Mohd. Shukri Yahaya (36), perubahan Tya bukan hanya terletak pada imej malah wanita kesayangannya itu turut menggandakan amalan harian termasuk membaca Al-Quran.
“Sejujurnya Tya membawa satu aura atau semangat yang sangat positif kepada diri saya sejak dulu sampai sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia berniqab”
Kredit: Shukri Yahaya
“Suasana dalam rumah tangga mungkin sama sahaja. Cuma selepas penampilannya berubah, amalan yang kami lakukan juga bertambah. Antaranya kami semakin kerap mengaji berdua,” katanya.
Pada masa yang sama, pelakon itu meluahkan rasa gembira dengan kebaikan yang dilakukan isterinya. Selain itu, beliau juga turut bersyukur dan mendoakan isterinya itu agar terus istiqamah.
“Tiada apa yang perlu dikatakan lagi mengenai pilihannya berniqab kerana saya sendiri gembira dan bersyukur isteri semakin menjaga aurat,” jelasnya ketika ditemu bual oleh salah satu portal berita tempatan lain.
Kredit: Shukri YahayaKredit: Shukri Yahaya
“Saya cuma titipkan nasihat supaya jangan mengalah kerana pilihan berniqab yang dilakukan sudah betul,” ujarnya lagi.
Sekadar info, isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya atau Siti Nurfatihah Adnan (32) meraih perhatian ramai apabila tampil berniqab selepas pulang dari mengerjakan umrah pada Februari lalu. Shukri dan Tya mendirikan rumah tangga pada 20 November 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aaira Ameena (8) dan Maleeq Miqayl yang kini berusia 4 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak kepada pelawak dan usahawan terkenal, Shuib, iaitu Dzahira Thalita Zahra atau lebih mesra disapa Thalita, berdepan detik cemas apabila terkena minyak panas dalam kejadian yang berlaku di dapur rumah mereka kelmarin.
Menurut ibu tirinya yang juga personaliti media sosial, Watie Hanifiah, insiden itu berlaku ketika Thalita sedang membantunya menggoreng kentang buatan sendiri (homemade).
“Kejadian berlaku ketika kami berada di dapur untuk menggoreng kentang buatan sendiri (homemade).
“Kemudian minyak sudah dipanaskan terlampau lama dan ketika mahu mula memasukkan kentang ke dalam kuali, mungkin ada terkena percikan air sebelum meletup,” jelasnya kepada pemberita.
Akibat kejadian tersebut, Thalita yang berusia 12 tahun mengalami luka melecur di bahagian muka dan tangan, sehingga menimbulkan suasana panik di rumah mereka.
“Selepas kena, memang meraunglah dan semua yang ada dalam rumah panik sehingga pening cara untuk berikan rawatan awal, cari ubat pun sudah tak jumpa,” kata Watie lagi.
Lebih menyentuh hati, Watie turut berkongsi bagaimana Thalita sempat mempersoalkan sama ada dirinya ada melakukan kesalahan sehingga ‘dihukum’ dengan kesakitan itu.
“Sambil dia meraung, sempat bertanya ‘Thalita ada buat salah atau sakitkan hati mummy dengan daddy atau individu lain ke?’
“Dia asyik berfikir tentang kejadian tersebut dan tertanya-tanya mengapa Allah SWT beri rasa sakit itu kepadanya.
“Bahkan dia juga bertanya dan risau sama ada kesan minyak panas pada mukanya akan membuatkan wajahnya hodoh,” ujar Watie.
Sebagai seorang ibu, Watie sudah tentu hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya.
“Doakan dia cepat sembuh dan kalau ada tips untuk pulihkan kesan melecur disebabkan minyak panas, tolong kongsi,” katanya.
Terdahulu, Watie turut memuat naik foto keadaan Thalita selepas kejadian tersebut menerusi hantaran Instagram. Ramai warganet tampil mendoakan kesembuhan anak kepada Allahyarham Siti Sarah itu, selain memberikan sokongan moral kepada keluarga mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik. SUMBER: Kosmo!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, pelakon Mira Filzah telah menjadi milik orang!
Busana nikah, selalunya lebih tertumpu kepada sepasang baju yang sopan, menutup aurat dan selesa. Dan malam tadi busana yang disarungkan oleh heroin drama Pujaan Hati Kanda, Mira Filzah dilihat klasik serta sopan dan sangat padan dengan Mira yang sememangnya cantik.
Majlis pernikahan, Mira Filzah dan pasangannya Wan Emir Astar yang telah mencuri perhatian banyak pihak. Boleh dianggap antara Wedding Of The Year kerana sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat.
.
Baju Kurung Pahang rekaan Rizman Ruzaini ini telah mendapat perhatian warganet yang tidak henti-henti memuji penampilannya semalam semasa majlis pernikahannya.
Rata-rata netizen memuji kecantikkan Mira Filzah berbaju kurung Pahang.
.
So, penulis nak compile la baju nikah artis Malaysia boleh dijadikan inspirasi dan idea untuk anda se. Mana tahu ada yang berkenan di hati? Bolehlah curi dan ubah serba sedikit mengikut citarasa anda.
Emma Maembong
Rekaan Ezuwan Ismail
.
Fazura
Rekaan Rizman Ruzaini
.
Elly Mazlein
Rekaan Jimmy Couture
.
Zahirah MacWilson
Rekaan Teh Firdaus
.
Izara Aishah
Rekaan Rizalman Ibrahim
.
Tasha Shilla
Rekaan Hatta Dolmat
.
Yuna
Rekaan Hatta Dolmat
Wah… tapi kalau orang dah cantik pakai apa pun cantikkan.
Sekali lagi, tahniah Remaja ucapkan kepada Mira Filzah dan Wan Emir Astar !
Selamat Beramal!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dr. Malik Yatam mencipta sejarah apabila menjadi bekas banduan yang menerima pengampunan penuh pertama dalam sejarah mendapat perkenan menghadap Sultan Selangor.