Niat asal sekadar nak healing. Angin laut, bunyi ombak yang memukul pantai, ditambah pula lagu Bernadya sebagai latar emosi.
Segalanya nampak sempurna untuk lepaskan tekanan dan tenangkan fikiran.
Namun siapa sangka, rancangan yang kononnya tenang itu berubah 180 darjah apabila seekor ikan besar tiba-tiba muncul di kawasan air cetek, betul-betul di depan mata.
Saat itulah, momen healing bertukar menjadi satu situasi yang mencuit hati dan penuh gelak ketawa.
Itulah yang berlaku dalam satu video tular di TikTok yang dimuat naik oleh seorang pengguna dengan nama akaun nkb1300.
Rakaman tersebut memaparkan sekumpulan gadis yang berkunjung ke Pantai Teluk Batik, Perak dengan niat ringkas mahu lari sekejap daripada kesibukan rutin harian.
Ikan Besar Muncul Di Air Cetek Secara Tiba-Tiba
Dalam video berkenaan, kelihatan seekor ikan bersaiz agak besar berenang dengan selamba di persisiran pantai, kawasan yang biasanya hanya dipenuhi ikan kecil atau sekadar air laut yang menghempas kaki pengunjung.
Kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik itu nyata mengejutkan kumpulan gadis tersebut.
Ada yang terus berundur ke belakang, ada yang kaku tidak bergerak, dan ada juga yang tidak mampu menahan gelak kerana terkejut bercampur rasa pelik.
Apa yang menarik, situasi panik itu tidak bertukar menjadi histeria. Sebaliknya, ia menjadi satu momen spontan yang lucu dan sangat ‘relatable’, terutama bagi sesiapa yang pernah melalui situasi tidak dijangka ketika sedang cuba menenangkan diri.
Reaksi Spontan Buat Ramai Terhibur


Rakaman ringkas itu pantas mencuri perhatian netizen dan menjadi tular di media sosial. Rata-rata yang menonton mengakui reaksi kumpulan gadis tersebut benar-benar mencerminkan reaksi kebanyakan orang jika berada dalam situasi yang sama.
Gelagat mereka yang terkejut, panik kecil-kecilan dan kemudian ketawa bersama membuatkan video itu ditonton berulang kali.
Bagi netizen, momen seperti ini lebih menghiburkan kerana ia berlaku secara semula jadi tanpa sebarang lakonan.
Kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik itu seolah-olah ‘mengganggu’ sesi healing, namun dalam masa yang sama mencipta kenangan yang sukar dilupakan.
Seperti kebiasaan, ruangan komen turut menjadi medan hiburan. Ramai netizen meninggalkan komen berseloroh yang menambahkan lagi nilai hiburan kepada video tersebut.
Antara komen yang mencuri perhatian termasuk:
“Dia takde joran pun boleh strike. Korang beli joran mahal-mahal pun kumpau 😂😂😂”
“Lepas ni nak mancing tak payah bawak joran, bawak akak ni je.”
Ada juga yang berseloroh mengatakan ikan talang Pantai Teluk Batik itu datang secara ‘volunteer’ semata-mata untuk menceriakan suasana dan mencabar konsep healing yang sedang dinikmati.
Bukan Ikan Biasa, Ini Sebenarnya Ikan Talang
Di sebalik gelak ketawa netizen, ramai juga tertanya-tanya tentang spesies ikan yang muncul secara tiba-tiba itu.
Berdasarkan bentuk badan dan pergerakannya, ikan tersebut dikenali sebagai ikan talang atau Queenfish.
Anda mungkin berminat dengan
Ikan talang merupakan spesies ikan laut yang biasa ditemui di perairan tropika termasuk di Malaysia. Ia terkenal dengan badan yang panjang, warna perak berkilat dan pergerakan yang agak agresif ketika memburu mangsa.
Walaupun kebiasaannya berada di laut terbuka, ikan talang Pantai Teluk Batik boleh menghampiri kawasan cetek, terutamanya apabila sedang mengejar anak ikan.
Sebab itu, kemunculannya di persisiran pantai sebenarnya bukan sesuatu yang mustahil, cuma jarang dapat dilihat dari jarak dekat.
Pantai Teluk Batik mungkin kelihatan sama seperti hari-hari lain. Namun bagi kumpulan gadis ini, pengalaman healing mereka akan sentiasa dikenang kerana kehadiran ikan talang Pantai Teluk Batik yang muncul tanpa jemputan.
Akhirnya, momen yang sepatutnya tenang bertukar menjadi cerita lawak yang bukan sahaja menghiburkan mereka, malah ribuan netizen di media sosial.
Sumber : Tiktok @nkb1300
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pelawak dan usahawan, Shuib berkongsi berita penuh bermakna dalam hidupnya apabila kelahiran anak perempuannya bersama isteri tercinta, Watie Hanifiah.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 42, meluahkan rasa syukur apabila isterinya selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada Isnin, 6 April 2026, tepat jam 3.47 petang.
Dalam perkongsian tersebut, Shuib tidak dapat menyembunyikan rasa terharu dan bangga terhadap isterinya yang disifatkan sebagai wanita luar biasa sepanjang melalui proses kelahiran itu.
“Alhamdulillah… lahirnya puteri Daddy dan Mummy. Terima kasih sayang, jadi seorang wanita yang sangat luar biasa. Semuanya dipermudahkan,” tulisnya, ringkas tetapi cukup menyentuh hati.
Kelahiran anak perempuan Shuib ini pastinya membawa sinar baharu dalam kehidupannya. Momen ini bukan sahaja menggembirakan, malah memberi makna yang mendalam selepas segala ujian dan perjalanan hidup yang telah dilaluinya sebelum ini.
Bagaimanapun, Shuib belum mendedahkan wajah serta nama anak kelimanya itu.
Untuk rekod, Shuib sebelum ini dikurniakan empat orang cahaya mata hasil perkahwinannya bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9 dan Ayash Affan, 5. Kehadiran bayi perempuan ini melengkapkan lagi keluarga besar Shuib dengan penuh kasih sayang.
Doa dan Sokongan Tidak Putus-putus
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah kepada pasangan ini atas kelahiran anak perempuan Shuib. Ucapan yang diberikan bukan sahaja sekadar tahniah, tetapi turut disertakan dengan doa-doa yang baik.
Ada yang mendoakan agar bayi perempuan tersebut membesar dengan sihat, menjadi anak solehah serta membawa kebahagiaan berpanjangan buat keluarga mereka. Reaksi ini jelas menunjukkan betapa ramai yang mengikuti perkembangan Shuib dan sentiasa menyokongnya.

Komen-komen yang ditinggalkan juga penuh dengan doa dan kata-kata positif, menggambarkan betapa ramai yang turut berkongsi kegembiraan bersama Shuib dan Watie. Malah, ada juga yang meluahkan rasa sebak melihat kebahagiaan yang dikecapi Shuib selepas melalui pelbagai fasa kehidupan sebelum ini.
Sokongan berterusan daripada peminat ini menjadi satu kekuatan tambahan buat Shuib dalam meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta.
Kehadiran cahaya mata ini bukan sahaja melengkapkan keluarga mereka, malah menjadi pengikat kasih sayang yang lebih erat antara Shuib dan Watie. Ia juga menjadi satu detik yang akan dikenang sepanjang hayat oleh mereka sekeluarga.
Dengan penuh rasa syukur, kelahiran anak perempuan Shuib ini dilihat sebagai satu anugerah yang tidak ternilai dan membawa kebahagiaan yang berpanjangan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Kedua-dua penyanyi ini sememangnya diramal merebut kejuaraan malam finale Big Stage 2019 yang berlangsung sebentar tadi.
Namun, penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul membuktikan dia mempunyai x-factor dengan kedua-dua persembahan bertenaga pada malam ini sekaligus memenangi hati para juri dan undian peminat di rumah.
Han Byul mencabar diri dan membawakan lagu Lose Yourself nyanyian asal Eminem dan menyanyikan single baru ciptaan Haqiem Rusli bertajuk Luka & Bahagia.
Han Byul akhirnya Berjaya menjarakkan diri daripada pemenang tempat kedua, Neeta Manisha dengan kutipan 2 mata. Lantas, dia merangkul hadiah wang tunai RM100,000, sebuah kereta Perodua Axia Style, sebuah telefon pintar VIV0 V17 dan trofi sumbangan Astro.
Pertembungan sengat di antara Han Byul dan Neeta sudah dapat dijangka sejak 2 konsert lalu apabila mereka berdua semakin konsisten dengan persembahan masing-masing dan berada pada kelas tersendiri.
Neeta membawakan lagu nyanyian Whitney Houston, I Wanna Dance With Somebody sebagai pembuka malam finale dan single baru berjudul Ruang Mimpi. Tempat ketiga pula jatuh kepada Adzrin, diikuti oleh Irfan Haris (keempat) dan Dinda Permata (kelima).
Dalam ucapannya, Han Byul bersyukur dengan kemenangan tersebut dan menganggap pertandingan Big Stage 2019 sebagai momen yang sukar untuk dilupakan olehnya.
“Saya berterima kasih kepada kesemua peminat, kru, peserta, juri dan Malaysia kerana telah menerima kehadiran saya di sini,” katanya.
*
Malam finale Big Stage musim kedua ini telah diadili oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan dan juri jemputan, Misha Omar.
Korang happy dengan result tersebut?
Jom tengok video highlights pesembahan dan kemenangan Han Byul di bawah.
∞
Musim-musim sejuk ni memang tekak asyik rasa nak makan je. Dapat Maggie panas-panas ni memang boleh terangkat beb.
Untuk student yang duduk hostel atau pun akak-akak yang di ofis tapi tak ada dapur, ni kami nak kongsi kan cara masak mi segera menggunakan rice cooker. Mudah lagi menjimatkan. Rasa masakannya pun boleh tahan sedap.
Tak tipu, korang boleh try sendiri. Hiks!
Bahan-bahan:
1. Seulas bawang putih
2. Satu biji bawang kecil
3. Tiga biji cili padi dihiris
4. Sebiji elur
5. Sosej/ayam (Ikut selera sendiri)
6. Mi segera (Perisa kari)
7. Mentega
8. Dua cawan kecil air putih

Cara memasak:
1. Panaskan rice cooker, kemudian masukkan satu sudu mentega.

2. Tumiskan bahan-bahan seperti cili, bawang putih dan bawang kecil.

3. Selepas naik bau, masukkan sosej dan gaul hingga rata. Tumis sehingga bahan-bahan menjadi kuning keemasan.

4. Kemudian, masukkan air putih.

5. Tutup sebentar dan didihkan.

6. Selepas itu, masukkan mi segera dan tutupkan semula.

7. Bila mi sudah sedikit kembang, masukkan perencah. Kacau hingga rata.

8. Masukkan telur dan tutup kan sekejap.

9. Siap. Dah boleh makan guys. Senang je kan?

So, lepas ni tak perlu susah-susah nak cari dapur gas bagai, bawa je rice cooker settle masalah. Perut pun kenyang, hati jadi senang.
Selamat mencuba!
Sumber: Norfazlin Moktar
∞