Pencarian Dewi Remaja kembali lagi secara rasmi semalam menerusi sidang media untuk mengumumkan 12 orang peserta akhir yang terpilih dari kalangan 20 peserta yang disenarai pendek sebelum ini.
Namun dalam pada semua peserta cuba melakukan yang terbaik, satu insiden tidak diingini dan tidak dirancang berlaku sebelum finalis Top 12 Dewi Remaja 2019 diumumkan oleh hos, Amelia Handerson.
Ia melibatkan salah seorang daripada mereka iaitu Farzana Zainul Abidin (Zaza), 22. Zaza yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pentadbiran daripada Universiti Malaya melangkah ke atas pentas runway sama seperti 19 orang finalis lain sewaktu namanya dipanggil.
Malangnya, dia mengalami insiden terjatuh sekerap tiga kali di atas pentas sekaligus mencetuskan kerisauan tetamu yang hadir semalam.
Di sebalik spekulasi yang bertebaran di media sosial sejak semalam, Zaza tampil mendedahkan punca sebenar yang menyebabkan dia terjatuh.
Jelasnya, kesan kecederaan yang dialami ketika kali pertama terjatuh menyebabkan dia terjatuh sebanyak 2 kali lagi selepas gagal menahan sakit.
Ads
Namun seperti yang ditonton oleh ramai pengikut pencarian Dewi Remaja 2019 semalam, Zaza tetap gigih meneruskan catwalk dengan senyuman dan semangat yang positif kerana menurutnya, dia enjoy dengan pengalaman yang diterimanya dan bangga dengan peluang yang hadir sekali seumur hidup itu.
“Bila dah bangun tu kaki sakit. Tapi saya gigih dan gagahkan juga berjalan. Kali pertama jatuh kali, kedua jatuh tapi itu tidak patahkan semangat Zaza untuk bangun dan senyum.
“Sebab bagi Zaza, berjalan dekat situ sudah cukup membuatkan Zaza enjoy dengan diri sendiri dan audience.
Ads
‘The Real’ Hero Remaja
Dalam pada itu, Farzana tetap tersenyum dan meneruskan langkahnya dengan yakin. Dia juga cuba dibantu oleh beberapa orang semasa insiden terjatuh itu dan salah seorang daripadanya ialah Harris Anuar yang juga merupakan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017.
“Saya tengok dia dah dua kali. Saya rasa bukan saya sorang sahaja yang tengok kejadian itu, jadi apabila jatuh kali ketiga dan terduduk sebelah pentas, saya tidak teragak-agak untuk menolong finalis Dewi Remaja tersebut itu,”ujar Harris.
Ads
Netizen Simpati & Bangga Dengan Tindakan Zaza
Dalam perkembangan lain, Zaza memberitahu bahawa dia tetap akan mencari peluang untuk menempatkan dirinya dalam industri seni tambahan pula dengan minat mendalamnya dalam bidang lakonan.
Sempat memberi kata-kata semangat buat finalis Top 12 yang terpilih, Zaza berharap rakan-rakan yang lain itu akan melakukan yang terbaik dan menjadi diri sendiri sepanjang pencarian ini.
REMAJA berbangga apabila kami mempunyai finalis Top 20 Dewi Remaja yang berani dan sentiasa positif. Kami berharap Zaza akan sembuh sepenuhnya dan berjaya dalam bidang yang diceburi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mula bergiat dalam bidang modeling seawal usia 10 tahun, minat Nyna dalam industri hiburan disokong sepenuhnya oleh ibu yang turut menjadi tulang belakangnya selama ini. Kejayaannya pada malam finale Dewi Remaja 2019 baru-baru ini dituju khas buat seluruh keluarga dan rakan-rakan dan tak lupa juga buat peminatnya yang selama ini memberi sokongan.
"Banyak pengalaman yang Nynaa belajar dalam Dewi Remaja, antaranya Nynaa dapat nasihat dan tunjuk ajar daripada selebriti hebat di Malaysia seperti ibu Fauziah Nawi yang banyak mengajar tentang seni persembahan, Mama Tini pula berkongsi tips macam mana nak pose di depan kamera dan ramai lagi individu hebat yang sempat kami bertemu dan mengorek pengalaman mereka.
Mungkin ramai yang sudah mengetahui Nynaa juga pernah berlakon dalam beberapa buah drama antaranya termasuklah Kekasih Paksa Rela, Hero Seorang Cinderella dan Isteri Untuk Disewa. Walau bagaimanapun, kerjayanya ini terbatas memandangkan dia sebelum ini bergelar seorang pelajar.
"Lakonan Nynaa sebelum ini semuanya hanya sebagai small role sahaja kerana Nynaa tidak berani nak mengambil watak penting disebabkan kekangan masa yang bertindih dengan jadual kelas,"
"Sebenarnya selepas sahaja tamat belajar, kebetulan ada casting Dewi Remaja dan Nynaa terus pergi. Kalau ikutkan nak masuk dari tahun lepas lagi tapi tak berani sebab Nynaa sedang belajar di tahun akhir jadi rasanya mungkin belum tiba masa untuk Nynaa menyertai Dewi Remaja," jelas graduan Bachelor in Accounting & Finance ini.
Pengalamannya dalam industri hiburan tanah air tidak membuatkan dirinya merasa 'hebat', sebaliknya Nynaa sendiri mengakui banyak lagi yang perlu dipelajarinya dan sudah tentu dia juga ingin meneruskan karier dengan lebih jauh.
Berjaya menempatkan diri di pada tempat ketiga di Dewi Remaja 2019, Nynaa mengakui bahawa banyak lagi yang perlu dia perbaiki di masa hadapan.
"Sebenarnya Nynaa tak sangka dapat tempat ketiga kerana Nynaa memang ada ketakutan di atas pentas dan mungkin Nynaa perlu perbaiki lagi cara berkomunikasi, insyaAllah di masa hadapan Nynaa akan menjadi individu yang lebih baik," jelasnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula sebagai salah seorang personaliti ‘OG’ di saluran TV3, beliau kemudiannya meninggalkan dunia penyiaran bagi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang usahawanita, pakar motivasi, perunding imej, penulis dan masih membabitkan diri sebagai pengacara di majlis-majlis korporatt.
Apabila melihat pelbagai ‘pintu’ telahpun berjaya dibuka olehnya, tentu ramai beranggapan Sharifah Shawati akan mula memperlahankan rentak dan menikmati kehidupan seadanya.
Tidak ya guys! Pemilik syarikat Adamaya Consultancy & Services ini memaklumkan bahawa beliau baru sahaja memiliki gelaran doktor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.
Kelayakan yang diterima oleh Sharifah Shawati pada 1 November lalu itu adalah menerusi institusi European-American University bagi kelas 2022.
Kata finalis pencarian Dewi Remaja 1987/88 ini, tiada ucapan atau catatan yang boleh menggambarkan perasaannya kecuali ungkapan, “Alhamdulillah”.
Kejayaan beliau ini juga telah meraih ucapan tahniah daripada rakan-rakan bekas penyampai TV3 seperti Zakiah Anas, Haliza Hashim Doyle serta rakan selebriti seperti Juliza Adzlizan dan Edika Yusof.
Tinjauan REMAJA ke laman sesawang universiti tersebut menunjukkan senarai graduan berdaftarnya termasuklah nama Sharifah Shawati yang menerima sijil ‘Doctorate of Business Administration’ atau DBA beliau dalam bidang Imej Peribadi dan Korporat bertarikh 1 November lalu.
Menurut laman sesawang European-American University lagi, institusi tersebut mempunyai kerjasama sistem akreditasi swasta secara sukarela dan perjanjian pengiktirafan dengan institusi lain seperti Yayasan Pendidikan MARA di Malaysia; walaupun ia tidak mempunyai akreditasi daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Sijil kelayakan Sharifah Shawati ini telah ditandatangani oleh cawangan Perancis universiti berkenaan yang menggunakan gelaran Ecole Supérieure Euro-Américaine. Ia merupakan sebutan biasa bagi Pertubuhan Pendidikan Tinggi Swasta di Perancis dan segala kursus yang ditawarkan hanyalah secara dalam talian.
Keinginan Sharifah Shawati untuk mencari ilmu dan memperkukuhkan kelayakan pendidikan beliau seharusnya dipuji.
Benarlah, pembelajaran tidak mengenal erti usia dan waktu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Episod separuh akhir pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun berlangsung semalam dan ada di kalangan finalis kegemaran ramai telahpun mara ke peringkat finale!
Menerusi siaran di Astro Ria dan Ria HD itu, 6 orang finalis telah diberikan cabaran berupa 2 penggambaran fesyen yang agak mencabar.
Adriana Ghafar & Shaza Bae
Selain itu, mereka juga terlibat dalam satu sesi Corporate Social Responsibility (CSR) dengan tujuan untuk kesedaran haiwan dan alam sekitar.
Bertempat di Kuala Gandah Elephant’s Sanctuary, Pahang, mereka berenam telah melibatkan diri dengan aktiviti bersama gajah yang dibantu dan dipelihara secara terkawal.
Ada di antara gajah yang ditempatkan di sana merupakan spesis yang terpisah dengan kumpulan gajah lain. Ada juga yang memerlukan bantuan kerana kecederaan di bahagian kaki hingga perlu memakai kaki palsu.
Shaza, Adriana , Dian, Nynaa, Syamira dan Amanda masing-masing mengakui tak kekok untuk melakukan aktiviti tersebut walaupun ada di antara mereka yang baru melakukannya buat kali pertama.
“Kandang tempat mereka menetap langsung tak berbau. Mungkin ia kerana diberikan makanan buah-buahan dan dan bahan semulajadi. Ia mengawal pencernaan gajah dan membantu pembesaran mereka,” kata Shaza.
Namun sebelum mereka melakukan aktiviti tersebut, kesemuanya sempat untuk menyapu rata krim perlindungan matahari Daily Defender daripada Nuvit Malaysia yang mempunyai perlindungan SPF 50+ daripada sinaran terik matahari.
*
Akhirnya momen penentuan siapa yang bakal bertarung di finale tiba juga. Satu-persatu nama dipanggil secara rawak, bermula dengan Shaza Bae, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda dan Adriana Ghafar.
Apabila tiba masa untuk mengumumkan finalis terakhir di antara Syamira Izzati dan Dian Fernandez, juri tetap Yusry Abdul Halim baru saja ingin mengumumkan nama kelima.
Dian Fernandez dan Syamira Izzati
Namun, korang hanya boleh mengetahuinya semasa rancangan MeleTOP yang akan bersiaran secara langsung pada hari Selasa ini jam 9.00 malam di Astro Ria & Ria HD.
So siapa yang bakal ke finale? Komen di bawah okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!