Setelah enam bulan pencarian dilaksanakan, kini tibalah masa untuk gelaran Dewi Remaja 2022 dikalungkan kepada juara dan penerus legasinya.
Bermula sejak peringkat uji bakat ke empat buat lokasi berbeza yakni di Johor Bahru, Kota Kinabalu, Pulau Pinang dan di Shah Alam, Selangor; perjalanan 16 orang peserta Dewi Remaja 2022 telah diwarnai dengan pengalaman sekali-seumur-hidup yang pastinya tidak akan dilupakan.
Mereka yang terpilih merupakan yang terbaik di antara gadis-gadis tempatan yang mempunyai misi serta keinginan tinggi untuk meningkatkan prestasi serta keupayaan diri demi mengejar kejayaan.
Masih berbekas di minda terhadap reaksi yang diterima sewaktu pengumuman 16 orang peserta ini dilakukan sekitar bulan Jun yang lalu. Rata-rata menyambut baik diversiti yang mengalir dalam kalangan peserta terpilih. Dewi Remaja 2022 membuka pintu serta peluang sama rata terhadap semua gadis remaja di Malaysia dan inklusiviti tersebut telah disemat sejak awal lagi.
Barisan peserta Top 10 Dewi Remaja 2022 (dari atas, kiri) Bee Aishah, Rasyiqah Johan, Zafira Yong, Hyeley, Janani Baskaran, Kimberly Chuah, Auni Yusri, Dina Allysha, Alyssa Azmi dan Tracie Sinidol.
Begitupun, Dewi Remaja 2022 hakikatnya masih merupakan sebuah program berbentuk pertandingan dan hanya seorang sahaja yang boleh dinobatkan sebagai juara. Tentunya, debaran terus dirasai kesemua peserta saban minggu apabila mereka diberikan peluang mendalami ilmu bagi setiap aspek pertandingan yang dipertaruhkan seperti aspek fesyen, lakonan, pengacaraan, karakter diri, seni etiquette, komunikasi dan pelbagai lagi aspek lain yang menjadikan seseorang itu selayaknya diangkat sebagai seorang Dewi.
Mereka bertuah kerana perjalanan mereka ini diserikan lagi dengan kehadiran penaja bersama, Kinohimitsu Malaysia yang memberikan tenaga serta aura wanita muda sejati dalam diri masing-masing.
Kinohimitsu menerusi duta jenamanya, Farisha Iris telah banyak menyokong pembabitan setiap peserta sepanjang Dewi Remaja 2022. Korang tentunya masih ingat dengan aktiviti Muay Thai lasak mereka pada episod dua. Ada yang menyerlah, ada yang tersungkur.
Ads
Namun yang pasti, masing-masing mengekalkan stamina pada tahap tertinggi dengan adanya Kinohimitsu Bird’s Nest dengan kandungan Kacip Fatimah dan Manjakani. Selain menggalakkan kulit kekal muda, berseri dan halus, minuman suplemen ini juga mempunyai kelebihan dari sudut kesihatan di mana fungsi imunisasi disokong baik dan sistem pernafasan juga lebih teratur.
Dan.. siapa dapat lupakan cabaran pengacaraan di episod empat di mana 15 peserta yang meneruskan cabaran perlu berdepan dengan orang ramai sebagai seorang public speaker.
Apabila tiba masa bagi setiap kumpulan mempersembahkan diri di hadapan orang ramai, mereka tidak lagi merasa tertekan dengan penampilan diri. Ini kerana Kinohimitsu Snow Activ mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi lalu mengekalkan keremajaan kulit. Terserlah terus aura glowing sebagai peserta Dewi Remaja 2022!
Kinohimitsu Malaysia terus mewarnai perjalanan pencarian ini menerusi acara pertunjukan fesyen, Dewi Remaja 2022 x Kinohimitsu Fashion Day Out yang baru-baru ini berlangsung di pusat membeli-belah, Central i-City Shah Alam.
Acara yang mendapat kerjasama daripada para pelajar dan pensyarah jurusan Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian dari Politeknik Ibrahim Sultan, Johor telah menerima sambutan meriah daripada para jemputan serta pengunjung yang menontonnya secara langsung.
Pada acara tersebut, Alyssa Azmi telah dipilih selaku penerima kategori Best Catwalk manakala pelajar yang membawa pulang kategori Best Design pula ialah Hamzah Johan yang rekaannya disarungkan oleh Malle Christian dan Fifi Filan Tisya.
Dengan berbaki hanya dua hari saja sebelum pentas akhir Dewi Remaja 2022, sepuluh orang finalis yang masih meneruskan langkah perjuangan mereka sudahpun bersedia untuk memberikan yang terbaik serta menyerlahkan aura diri masing-masing sebagai seorang juara berpotensi. Siapakah dewi pilihan anda?
Jangan lupa untuk menyaksikan pentas akhir pencarian Dewi Remaja 2022 yang bakal disiarkan secara langsung pada 3 September ini di saluran Astro Ria dan aplikasi Astro Go. Teruskan mengundi peserta kegemaran anda bagi kategori Dewi Favourite pada setiap hari di www.remaja.my/dewi sehingga malam finale.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penangan Blackpink memang bukan calang-calang. Buktinya, ramai peminat mereka yang ‘gila’ membuat cover nyanyian dan tarian daripada grup popular Korea Selatan ini.
Bukan hanya di Malaysia, nama Blackpink kini boleh dikatakan sudah dikenali di seluruh dunia. Dengan single terbaru mereka, Kill This Love yang menjadi trending di YouTube, Blackpink berjaya memecahkan rekod apabila mendapat 1 juta likes kurang daripada 30 minit selepas dilancarkan, secara tak langsung mengalahkan Ariana Grande, Thank You, Next!
Pergh, bukan biasa-biasa ni. Memang level-level international.
Dewi Favorite Arena Iman juga tak ketinggalan untuk membuat cover tarian Kill This Love di laman instagramnya dan rata-rata peminat memuji kehebatan Arena menari lagu hit ini, malah ada yang menggelarkannya ‘Blackpink Malaysia’.
Kecantikan itu adalah perihal yang amat subjektif. Yang cantik di luar tidak semestinya cantik di dalam dan sebaliknya.
Hantaran tular oleh Majalah Remaja berkaitan solekan 16 orang finalis pencarian Dewi Remaja 2022 pada minggu lalu di media sosial bertukar tular dalam tempoh seminggu dek banjiran komen warganet yang rata-rata menabur persepsi negatif terhadap foto yang dimaksudkan.
Lantas, ia hangat diperkatakan di ruangan portal serta media sosial sehinggakan beberapa personaliti terpanggil untuk memberi pendapat mereka berkenaan hal ‘face shaming’ ini termasuklah penyanyi rap serta usahawan, Caprice.
Menerusi hantaran video terbaru di akaun Instagram, Caprice menjelaskan mengapa perihal kecantikan tidak wajar diukur dari rupa luaran sahaja; apatah lagi dihukumi menerusi satu hantaran kompilasi foto di media sosial.
“Malaysia, kecantikan bukan dari segi rupa sahaja. Ia boleh diukur dari segi cara mereka bawa diri, cara mereka fikir. Cara mereka bekerja (dan) perangai. Semua ini boleh buat seseorang lebih cantik.
“Kena ingat, kecantikan dari rupa sahaja mana boleh bawa sampai tua tetapi akal, cara kita fikir (dan) cara kita bawa diri dan perangai semua boleh dibawa sampai kita mati. InsyaAllah,” ujarnya.
Tambah Caprice lagi secara sinis, warganet yang galak menabur komen-komen negatif sedemikian ibarat tidak mencerminkan diri sendiri terlebih dahulu.
“Kepada makcik-makcik yang kecam mereka semua, face shaming. Saya nak tanya sikit, saya bagi korang gosok gigi. Ada cermin ke tak?
“Kepada pakcik-pakcik yang kecam mereka semua, saya faham kenapa korang stres.
“Sebabnya hari-hari selepas korang balik kerja, korang kena jumpa bukan Jennifer Lopez tapi Jennifer Londeh. Saya faham korang stres. Sebab itu korang luahkan peraaan benci atau marah,” selorohnya.
As the saying goes, beauty is definitely in the eyes of the beholder.
Namun, kecantikan sejati yang tidak boleh diperkotak-katikkan atau dibuat ‘wayang’ adalah kecantikan jiwa dalaman serta akal fikiran.
Selain Caprice, pemenang tempat kelima Dewi Remaja 2019 Shatirah Amanda turut tampil memberikan pandangannya mengenai isu kecantikan menjadi bahan kecaman ini.
Sehingga kini, hantaran oleh Majalah Remaja itu telah menerima lebih 2500 komen dan lebih 2100 ‘share’ di Facebook.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kurang 7 jam saja sebelum bermulanya episod finale Dewi Remaja 2019!
Setelah 7 episod mengharungi pelbagai cabaran yang diberikan akhirnya malam kemuncak Dewi Remaja 2019 tiba.
5 orang finalis akan berentap bagi menentukan milik siapakah mahkota Dewi Remaja. Mereka ialah Adriana Ghafar, Nynaa Harizal, Shatirah Amanda, Shaza Bae dan Syamira Izzati.
Ramai pengikut dan peminat mereka telah menyatakan sokongan tak berbelah bahagi di media sosial. Namun bagaimana pula dengan 7 orang finalis dalam Top 12 Dewi Remaja 2019.
Siapakah yang mereka ramalkan bakal memberikan saingan sengit untuk Dewi Remaja 2019, malam ini?
Saidah Kamaruddin
Saya rasakan ia di antaran Shaza dan Adriana. Shaza mempunyai personaliti kuat dan yakin diri yang tinggi untuk menjadi seorang ikon kepada remaja. Seperti Shaza, Adriana juga selalu positif, pandai berkomunikasi dan bijak.
Azra
Saya ‘torn’ di antara Amanda, Shaza dan Nynaa. Masing-masing telah melakukan yang terbaik sepanjang musim ini. Shaza mempunyai karakter yang relaks dan approachable untuk remaja di luar sana. Nynaa mempunyai kelebihan pengalaman dan Amanda konsisten.
Myra Natasya
Pilihan saya adalah di antara Adriana dan Shaza. Ad pandai mengatur kata dan itu akan membantunya pada malam ini. Shaza juga sebegitu, dan dia mempunyai pakej yang lengkap.
Sharlina Gilbert
Untuk saya, persaingan sengit di antara Nynaa dan Shaza. Mereka berdua mempunyai personaliti yang kuat dan berjaya menyelesaikan tugasan yang berkaitan dengan industri seni dengan baik.
Nina Amin
Yang sedang leading buat masa ini bagi saya ialah Shaza dan Nynaa. Shaza sentiasa confident dan juri juga saya rasa dapat menyaksikan potensi yang ada padanyq. Nynaa pula mempunyai kelebihan dikenali dan berbakat. Mereka berdua pernah ada pengalaman dalam industri dan mungkin itu akan membantu pada malam ini.
Dian Fernandez
Well, saya nak pilih tiga orang! Syamira dan Adriana mempunyai kualiti yang seakan sama. Stamira petah bercakap manakala Ad bijak untuk handle situasi di atas pentas seperti ini.
Ash
Saya tak sabar untuk melihat persembahan di antara Adriana dan Shaza. Mereka berdua mungkin boleh lebih menyerlah pada malam ini. Apapun saya pasti kelima-lima akan melakukan yang terbaik.
*
Korang rasa tepat tak ramalan mereka?
Jom tengok ramalan daripada finalis Hero Remaja 2017 pula.