Penerbit terkenal, A. Aida menyifatkan penglibatan anak gadisnya, Azeva Natassha dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebagai platform terbaik untuk menyerlahkan bakatnya sebagai anak seni.

Menurut A. Aida, dia sebenarnya sudah lama berhasrat membawa Azeva menceburi bidang seni, namun minat tersebut hanya muncul selepas anaknya itu menamatkan pengajian di Australia.

“Saya Dah Puju​k 10 Tahun!” -A. Aida Anggap TTMM2 Platform Terbaik, Sanggup Berkorban Demi Anak

Minat Seni Muncul Selepas Tamat Belajar

“Sejak Azeva berusia 17 tahun lagi, saya sudah paksa dia untuk buat album dan berlakon kerana saya tahu anak saya punyai suara dan tone yang unik.

“Saya memujuknya hampir 10 tahun tapi dia tidak mahu. Selepas balik daripada pengajian di Australia, dia terus ajak saya untuk buat album.

“Bila nak buat album semula, tiba-tiba dapat tawaran TTMM2. Pada saya, ini peluang keemasan untuk mencipta nama dalam industri ini.

“Ia sebenarnya bukan mudah. Ada yang sudah 10 tahun bergelar artis pun masih tidak dikenali. Pada saya, ini jalan mudah anak saya menuju ke ‘bintang’’,” katanya kepada Remaja.

Ads

A. Aida berkata demikian ketika ditemui pada sidang media TTMM2, baru-baru ini.

“Saya Dah Puju​k 10 Tahun!” -A. Aida Anggap TTMM2 Platform Terbaik, Sanggup Berkorban Demi Anak

Pengorbanan Seorang Ibu

Dalam kesibukan bersama rumah produksi A. Aida Production Sdn. Bhd, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui perlu berkorban masa demi berjuang bersama Azeva untuk bersaing di TTMM2.

“Itulah pengorbanan seorang ibu kepada anaknya. Bukan sahaja dari segi masa, malah, seluruh Malaysia juga sudah tahu keadaan saya. Selepas masuk ke ICU, keadaan lutut saya juga tidak seperti dahulu.

Ads

“Demi anak, saya gagahi juga. Kalau rasa sakit, saya terus ambil ubat tahan sakit. Segala cabaran akan kami redah dan renangi,” kongsinya lagi.

“Saya Dah Puju​k 10 Tahun!” -A. Aida Anggap TTMM2 Platform Terbaik, Sanggup Berkorban Demi Anak

Terbuka Bekerjasama Dengan Ameng Demi Anak

Dalam masa sama, A. Aida turut terbuka untuk bekerjasama dengan bapa Azeva iaitu penyanyi Ameng yang sebelum ini pernah menyertai TTMM musim pertama bersama anaknya, Ammar.

“Saya tak kisah pun. Perkara yang lepas, kita biarkan lepas. Saya juga ada beberapa kali berhubung dan berjumpa dengan Ameng. Ada perkara yang kami bincangkan bersama untuk membantu Azeva di TTMM2.

Ads

“Alhamdulillah, dia bagi kerjasama yang baik. Dia pun okay bila saya ajak datang ke pejabat. Lagipun Ameng ialah bapa Azeva. Kenalah sokong anak,” ujarnya.

Enggan Dibandingkan Dengan Cara Ameng

Bagaimanapun, A. Aida menegaskan dia tidak mahu cara pengurusannya dalam TTMM2 dibandingkan dengan Ameng.

“Ameng masuk pertandingan ini dengan anak dia sendiri. Azeva anak saya. Walaupun Ameng ialah ayahnya.

“Ketika dia masuk, itu dunia lain. Saya pula dengan dunia saya. Ia tiada kena mengena,” katanya lagi.

“Saya Dah Puju​k 10 Tahun!” -A. Aida Anggap TTMM2 Platform Terbaik, Sanggup Berkorban Demi Anak

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads