Seorang pramugari syarikat penerbangan tambang murah dari India, IndiGo dirakam menengking seorang penumpang ketika penerbangan selepas individu berkenaan dikatakan memarahi rakan sejawatnya hingga membuatkan wanita itu menangis.
Berdasarkan klip video yang tular di media sosial, pramugari tersebut didengari berkata, “Jangan menuding jari ke arah saya dan menengking saya. Kru saya menangis disebabkan anda.”
Pertengkaran itu dikatakan bermula apabila penumpang lelaki tersebut meminta sandwic. Dia kemudian diberitahu seorang pramugari akan memeriksa sekiranya terdapat menu seperti diminta sebelum mula menengking kru penerbangan tersebut.
“Cuba faham situasi kami. Terdapat troli (makanan) dan makanan yang sudah tersedia (di dalam pesawat). Kami hanya boleh menghidangkan apa yang ada (dalam pesawat),” kata pramugari tersebut.
Ads
Penumpang tersebut kemudian didengar berkata, “Mengapa anda menengking?”
“Kerana anda menengking kami. Saya minta maaf tetapi anda tidak boleh bercakap dengan kru begitu. Saya mendengar kata-kata anda dengan tenang dan dengan penuh hormat, jadi anda perlu menghormati kami juga,” jawab pramugari tersebut.
Penumpang berkenaan kemudian menengking pramugari tersebut dan mengarahkannya agar diam.
Ads
“Anda yang perlu diam. Maafkan saya tetapi anda tidak boleh bercakap begitu. Saya seorang kakitangan dan bukannya orang gaji anda,” kata pramugari tersebut.
Pertengkaran itu berakhir apabila pramugari berkenaan memakai pelitup muka dan berlalu dari tempat duduk penumpang terbabit.
Ads
Sementara itu, seorang jurucakap IndiGo berkata, isu tersebut berlaku dek kerana menu yang dipesan penumpang itu menerusi jaringan perkongsian kod.
“Kami menyedari insiden yang berlaku dalam penerbangan 6E 12 dari Istanbul ke New Delhi pada 16 Disember 2022. Kami sedang menyiasat insiden itu akan sentiasa memastikan bahawa keselesaan penumpang adalah keutamaan kami.” katanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Wabak pandemik Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia termasuklah di negara kita, telah menjejaskan pelbagai aktiviti harian termasuklah untuk kita ke rumah ibadat di Malaysia.
Esok, bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) iaitu bertarikh 10 Jun hingga 30 Ogos. Sebentar tadi, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa pembukaan surau di pusat membeli-belah dan kawasan rehat dan rawat dibenarkan bermula esok.
SURAU DIBUKA SEMULA
Ini adalah hasil dari rintihan orang ramai yang menyatakan bahawa agak sukar untuk menunaikan solat apabila berada di luar rumah. Jadi, buat anda yang ke pusat membeli-belah tidak perlu risau lagi kerana surau akan dibuka mengikut SOP yang telah ditetapkan.
PERJALANAN RENTAS NEGERI BERMULA ESOK!
Seiring dengan pengumuman Perdana Menteri bahawa pergerakan rentas negeri telah dibenarkan, maka pembukaan surau dan gerai makanan di kawasan RnR juga adalah dibenarkan. Aktiviti keagaamaan ini juga termaktub dibawah perintah SOP yang telah ditetapkan.
Alhamdulillah, ini merupakan khabar gembira untuk umat Islam di negara kita, dah balik kampung tu jangan buat pula lupa singgah solat di RnR yang korang berenti tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“The Queen’s Gambit” menerima pujian dan pilihan penonton Netflix untuk streaming terutamanya di Malaysia.
Tampil dengan jalan cerita kanak-kanak perempuan yatim piatu genius dalam permainan catur. Latar masa tahun 60-an ke awal 70-an, The Queen’s Gambit membawa perjalanan bagaimana Beth Harmon berubah dari seorang budak sekolah berusia 13 tahun yang suram menjadi remaja perempuan yang glamor memasuki arena catur.
Siri ini tidak hanya menampilkan jalan cerita penuh kukuh, cinematografi memukau tapi membuatkan kita teringin menjadi pemain catur seperti gadis ini.
Tapi korang tahu tak, siri Netflix ini banyak memberi kesan positif kepada penontonnya kerana selepas sahaja siri ini di tayangkan, ini 4 kesan yang berlaku di seluruh dunia.
Permintaan set catur meningkat sehingga 250 peratus di eBay.
Carian Google mencatatkan “How To Play Chess” adalah carian paling tinggi sepanjang zaman sejak 9 tahun lalu.
Novel The Queens Gambit sekarang menjadi jualan terlaris di New York Times selepas 37 tahun novel itu diterbitkan.
Angka pemain baharu di chess.com meningkat sebanyak 5 kali ganda.
The Queens Gambit ini juga diadaptasi dari sebuah novel yang diterbitkan 37 tahun yang lalu. Sehingga kini, siri ini telah ditonton oleh lebih 62 juta pengguna Netflix di seluruh dunia.
Tapi penulis rasa bagus juga kan, dari remaja kini asyik leka dengan gadget baik main catur ni…berjalan juga otak korang tu…
Video ini adalah bertujuan untuk mendidik dan memberi kesedaran tentang kesihatan seksual dan reproduktif.
Video ini tidak bertujuan menggalakkan perbuatan yang bercanggah di sisi undang-undang negara atau kepercayaan mana-mana pihak.
Watak-watak di dalam video ini melakukan penggambaran secaar sukarela dan tiada unsur paksaan.
Inilah disclaimer yang dikeluarkan di awal-awal pernyataan video Kakak Kondom yang mula menjadi perhatian masyarakat kerana ada dakwaan wujudnya video ini untuk mengajar masyarakat muda mengamalkan seks bebas.
Menurut Yayasan AIDS Malaysia, sebelum video program ini dimuat naik, pihak mereka telah memperhalusi skrip beberapa kali agar tidak wujud kontroversi.
Masa yang sama, tujuan video ini dibuat adalah untuk mendidik masyarakat dan tiada niat untuk menimbulkan kontroversi atau mengajak masyarakat mengamalkan seks terbuka.
“Ia bergantung kepada siapa penontonnya, sama ada sudah berkahwin atau masih bujang. Kalau berkahwin, mungkin tiada masalah dan semua itu bergantung kepada penerimaan mengenai isu ini,” katanya lagi.
Tambahnya mereka lagi, program Kakak Kondom adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan AIDS Malaysia (MAF) untuk mendidik masyarakat tentang pencegahan HIV melalui transmisi seksual. Isu ini tidak boleh dipandang remeh, kerana pada masa ini, 95 % daripada kes jangkitan baru HIV adalah berpunca dari amalan seks tidak selamat.
"Naratif yang cuba diketengahkan melalui platform Kakak Kondom tertumpu secara khusus kepada penggunaan kondom sebagai langkah mencegah jangkitan HIV dan STD. Dengan menggunakan pendekatan secara bersahaja, yang dipadankan dengan lenggok bahasa pertuturan harian yang tidak mengandungi istilah perubatan yang bersifat elitis, kami berharap mesej yang cuba kami sampaikan ini akan dapat difahami dengan mudah oleh segenap lapisan masyarakat.
"Niat kami hanyalah untuk menggalakkan golongan belia menimba ilmu tentang pencegahan HIV/AIDS, dalam persekitaran dalam talian yang selamat, terbuka dan tanpa prejudis. Pendekatan kami mungkin telah menimbulkan kontroversi dan keresahan di kalangan sesetengah pihak. MAF memahami komplikasi yang telah timbul, dan mengucapkan terima kasih diatas teguran membina yang telah kami terima melalui media sosial. Di masa hadapan, kami komited untuk memperbaiki dan memperhalusi lagi naratif serta kaedah penyampaian maklumat kami agar lebih selari dengan norma masyarakat tempatan"jelas mereka dalam satu pernyataan media.
#MAF #EndingAIDS2030 #SexEducation #SafeSex
Tambah Yayasan AIDS Malaysia, video bagi episod Pilot Projek mengetengahkan topik 3 mitos mengenai kondom.
“Pertamanya kondom boleh bocor, kena letak minyak untuk pelincir dan kena pakai dua lapis kondom untuk lebih selamat. Jadi dalam episod berkenaa, kita mendidik masyarakat bahawa itu semua tidak tepat,” kata Yayasan AIDS Malaysia yang menjelaskan pengacara program ini, Azryn Arshad yang juga dikenali sebagai Kakak Kondom telah meneriima latihan dari Federation Of Reproductive Health Associations (FRHAM) unntuk mengajar mengenai pendidikan seksual dan reproductive. Sementara seorang lagi pengacara ialah Najwa A’liah Fairuz yang dikenali sebagai Adik Kondom.
Jelas mereka lagi, cara penyampaian Azryn Arshad yang bersahaja dan banyak berdepan pelajar universiti di mana mereka menyukai caranya adalah antara mengapa dirinya terpilih sebagai pengacara. “Seperti kita katakan di awal-awal tadi, video ini bertujuan untuk mendidik dan memberi pendidikan kerana gejala buang anak semakin meningkat pada hari ini. Kita tak mahu masyarakat curi-curi melakukan dan kemudian buang bayi dengan cara yang salah. Bukan juga kita mahu menggalakkan tapi isu gejala pembuangan bayi di kalangan remaja menunjukkan angka menakutkan,” kata mereka lagi.
Bukan semua episod tampil kontroversi
Dalam pada itu, Yayasan AIDS Malaysia turut memaklumkan, pada episod satu program Kakak Kondom selepas Pilot Projek, mereka mengutarakan kuiz mengenai masalah kelamin.
“Tapi tak ada orang bercakap mengenai kebaikan yang kita buat mengenai isu ini sebaliknya hanya melihat isu kondom yang dikatakan tabu dalam masyarakat,”katanya yang mahu masyarakat Malaysia melihat isu program ini secara lebih menyeluruh. Malah bagi Yayasan AIDS Malaysia,pihak mereka tiada langsung untuk menimbulkan perasaan kurang masyarakat dengan program tersebut. Hanya untuk pendidikan dan memberi kesedaran mengenainya sahaja.
Bagi REMAJA, apa pun penerimaan kita mengenai program Kakak Kondom ini terpulang kepada penerimaan masing-masing. Sama ada kita memang terbuka hati untuk menerima semua ini secara terbuka atau kita masih tabu mengenainya. Gambar pengacara : Malay Mail
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang lelaki ditahan selepas didakwa membocorkan klip filem animasi yang dinanti-nantikan, Avatar: The Last Airbender, sekali gus mencetuskan perhatian ramai dalam kalangan peminat francais...