Personaliti media sosial, Mekyun berkongsi kisah inspirasinya yang enggan menjadikan sebarang kekurangan diri sebagai alasan untuk tidak memberikan yang terbaik dalam pelajaran.
Menurut gadis yang berasal dari Kelantan itu, prinsip utamanya dalam mencapai kejayaan adalah disiplin selain mengelak daripada terlalu banyak mengeluh dalam kehidupan seharian. Baginya, fokus dan usaha lebih penting berbanding alasan.
“Tiada Alasan, Buat Saja!”
Mekyun menegaskan bahawa dia sentiasa berpegang kepada prinsip untuk tidak memberi alasan walau dalam apa jua situasi sekalipun.
“Saya enggan memberi alasan. Meja rosak? Saya bina meja sendiri semata-mata supaya saya boleh belajar.
“Tiada keluhan, tiada drama, buat saja dan satu perkara yang saya selalu pegang dari dulu ‘study smart not study hard’.
“Ini bukan tentang berapa lama anda duduk tetapi sejauh mana anda faham,” katanya dalam InstaStory.
Ads
Pendekatan ‘study smart’ yang diamalkannya jelas menunjukkan bahawa kualiti pembelajaran lebih penting daripada kuantiti masa yang diluangkan.
Ujian Patah Hati Bukan Penghalang
Mendedahkan detik paling mencabar dalam hidupnya, Mekyun yang kini berusia 29 tahun itu mengakui pernah melalui fasa patah hati yang cukup berat, lebih-lebih lagi ketika menghampiri peperiksaan penting.
“Yang paling gila? Seminggu sebelum tahun akhir, saya melalui fasa patah hati yang paling teruk.
Ads
“Saya benar-benar hancur. Tetapi tahu tak? Saya tetap teruskan.
“4 flat (Purata Nilai Gred Kumulatif — PNGK ), Anugerah Dekan, Anugerah Naib Canselor, Graduan Kelas Pertama dan saya terpilih menjadi Ikon Pelajar universiti saya,” kongsinya.
Walaupun berdepan emosi yang tidak stabil, dia tetap memilih untuk bangkit dan meneruskan perjuangan sehingga berjaya meraih pencapaian membanggakan.
Kisah Mekyun ini secara tidak langsung memberi mesej bahawa kejayaan bukan datang daripada keadaan yang sempurna, tetapi daripada sikap dan disiplin seseorang individu itu sendiri.
Tanpa drama dan tanpa alasan, dia membuktikan bahawa kekuatan mental serta fokus mampu mengatasi pelbagai cabaran, termasuk hal peribadi.
Untuk rekod, Mekyun menerima pendidikan pengajian tinggi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Diploma Kejuruteraan Elektrik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Data yang dikeluarkan juga menunjukkan bahawa George Town berada di tempat ke-73 dalam senarai bandar paling sesak di dunia.
Selain itu, Kota Bharu, Kelantan, menduduki tempat kedua sebagai bandar paling sesak di Malaysia dengan purata masa perjalanan 23 minit bagi setiap 10 kilometer.
Ipoh, Perak pula berada di tempat ketiga dengan purata masa perjalanan 22 minit bagi setiap 10 kilometer.
Menurut laporan tersebut, data yang dikumpul merangkumi masa perjalanan, tahap kesesakan dan kelajuan yang diperoleh daripada perjalanan pemandu di kawasan bandar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah menjadi kebiasaan kita menggunakan minyak masak berulang kali kerana menganggap ia masih selamat digunakan, selain dapat menjimatkan wang. Kadang kala, minyak masak untuk digoreng akan digunakan sehingga hitam, barulah kita menukar dengan minyak masak yang baru.
Tambah pula, dengan kenaikan harga minyak masak yang melampau hari ini, pastinya ramai yang cuba sehabis baik untuk berjimat dengan menggunakan minyak masak berulang kali.
Namun begitu, penggunaan semula minyak masak adalah tidak baik sama sekali. Semasa menggoreng, minyak masak melepaskan sisa toksik dipanggil aldehydes yang tertinggal di dalam minyak. Makanan yang digoreng menggunakan minyak yang diguna semula akan menyerap sisa toksik aldehydes tersebut. Ini merupakan bahan bahaya penyebab kanser.
Radikal bebas yang dihasilkan akan menyebabkan radang dalam tubuh. Keradangan ini menyebabkan penyakit jantung, stroke, masalah kegemukan dan kencing manis. Malah, kalau korang perasan selepas makan makanan bergoreng (yang menggunakan minyak masak berulang, tekak akan berasa perit dan pedih. Ini adalah kerana keadaan berasid minyak masak terpakai.
Oleh itu, jika boleh elakkan penggunaan minyak masak lebih daripada tiga kali. Antara risiko-risiko menggunakan minyak masak berulang kali adalah seperti berikut:
Hasilkan radikal bebas yang menyebabkan radang
Penyakit jantung
Kolesterol meningkat
Risiko kanser
Pembentukan lemak-trans
Salur darah tersumbat (atherosclerosis)
Penyakit alzheimer, parkinson
Untuk info, Minyak terpakai boleh di jual atau di proses untuk menjadi lilin, sabun atau bahan bahan lain. Jadi, gunakan dengan sebaik mungkin okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seiring arus kemodenan, ramai diantara beralih daripada membawa wang tunai kepada perbankan internet dan e-dompet.
Namun, anak muda dan remaja masa kini harus tahu bahawa wang kertas pertama negara adalah asas utama dalam sejarah pembentukan Malaysia, menyatukan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Seorang pengguna Twitter bernama @ellmart88 ada berkongsikan dengan lebih lanjut berkenaan perkara itu. Untuk mengetahui, ikuti bebenang yang dikongsikannya seperti berikut:
Peristiwa Hari Ini
Ringgit Diperkenalkan.
12 Jun 1967 – Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia. pic.twitter.com/Ok99PQEADu
12 Jun 1967 – Matawang baharu Ringgit, mula digunakan sebagai nilai tukaran antarabangsa bagi menggantikan Dollar Malaya dan British Borneo di Malaysia. pic.twitter.com/Ok99PQEADu
Ketika itu, wang kertas yang bernilai RM 1, RM 5, RM 10 dan RM 100 tertera gambar wajah DYMM Yang di-Pertuan Agong Pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad.
Mulai tahun 1967 juga, wang baru ini mula diedar dan digunakan di seluruh negara. pic.twitter.com/j2OZoFFOua
Di sini, Remaja kongsikan juga beberapa fakta yang mungkin hanya segelintir rakyat Malaysia yang mengetahui perkataan ‘ringgit’ yang kini digunakan sebagai mata wang rasmi negara.
1. Sebutan ringgit sudah diguna pakai masyarakat Melayu dalam urusan jual beli kira-kira 500 tahun dulu iaitu ketika Tanah Melayu didatangi pedagang Sepanyol dan Portugis.
2. Perkataan ringgit terhasil daripada satu perkataan Melayu asli yang disebut ‘bergerigi’. Bergerigi itu pula merujuk pada sisi bergerigi yang terdapat pada syiling perak dolar Sepanyol, yang digunakan secara meluas pada era penjajahan Portugis di Melaka sekitar abad ke-16 dan ke-17.
3. Mata wang yang datang dari Sepanyol dinamakan Realle. Realle ketika itu dibuat daripada perak yang ditimbang mengikut sukatan sama namun teknologi ketika itu membuatkan bentuk syiling yang terhasil tidak sekata.
4. Sistem syiling lama yang digelarkan penduduk tempatan sebagai ‘realle batu’, bertukar menjadi ‘realle ringgit’ ekoran wujudnya gerigi-gerigi di bahagian rim syiling.
5. Perkataan ringgit pernah digunakan pada beberapa jenis mata wang lain. Terma ‘ringgit’ telah dicetakkan pada wang kertas 5 dolar keluaran Oriental Banking Corporation of Singapore pada tahun 1849.
6. Mata wang ringgit Malaysia dikeluarkan oleh bank pusat yang baharu, iaitu Bank Negara Malaysia, secara rasminya pada 12 Jun 1967, bagi menggantikan ringgit Malaya dan Borneo British ketika itu.
7. Pada 1992, lambang ‘$’ dalam wang kertas dikeluarkan dan diganti dengan ‘RM’ atau Ringgit Malaysia, manakala di peringkat antarabangsa pula, penggunaan ‘MYR’ diperluaskan sebagai simbol kod mata wang negara Malaysia.