Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dilaporkan meninggal dunia pada petang tadi selepas sebelum ini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Berita pemergian tokoh sastera tersohor negara itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Helmy Samad menerusi satu hantaran di media sosial sebentar tadi.

Sasterawan Negara, A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Menerusi perkongsian tersebut, Helmy memaklumkan berita duka berkenaan dengan ringkas.

“6.10 (petang). Innalillahi wainnailaihi rojiun.

“Bapa baru meninggal,” katanya.

Ads

Tokoh Sastera Negara Yang Banyak Menyumbang Kepada Kesusasteraan Melayu

A Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said, meninggal dunia pada usia 91 tahun.

Allahyarham merupakan Sasterawan Negara keempat yang menerima pengiktirafan berprestij tersebut pada tahun 1985 atas sumbangannya dalam dunia kesusasteraan tanah air.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang penulisan, Allahyarham telah menghasilkan pelbagai karya merangkumi novel, puisi, drama dan esei yang meninggalkan kesan besar terhadap perkembangan kesusasteraan Melayu moden.

Sasterawan Negara, A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Ads

Hasilkan Karya Agung Yang Terus Dikenang

Antara karya terkenal yang dihasilkan beliau termasuk novel Salina (1961), Sungai Mengalir Lesu (1967), Langit Petang (1980), Daerah Zeni (1985) dan Hujan Pagi (1987).

Selain itu, kumpulan puisinya berjudul Liar di Api turut menjadi antara hasil penulisan yang memperlihatkan sumbangan besar Allahyarham dalam dunia sastera.

Sasterawan Negara, A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Pernah Berkhidmat Sebagai Wartawan

Sebelum memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penulisan kreatif, Allahyarham turut mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewartawanan.

Ads

Beliau pernah berkhidmat sebagai wartawan dan pengarang di beberapa syarikat akhbar utama negara termasuk Utusan Melayu, Berita Harian dan The New Straits Times.

Pemergian Allahyarham pastinya meninggalkan kehilangan besar buat dunia kesusasteraan tanah air, namun segala sumbangan dan karya yang dihasilkan akan terus menjadi warisan berharga untuk generasi akan datang.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

Sasterawan Negara, A Samad Said Meninggal Dunia Pada Usia 91 Tahun

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads