Sarah Hildebrand & Suami Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Share

Pelakon dan bekas personaliti TV, Sarah Hildebrand kini melangkah ke fasa baru dalam hidupnya apabila selamat menimang baby pertama bersama suami tercinta.  Berita gembira ini nyata mencuri perhatian ramai, termasuk peminat yang sudah lama mengikuti perjalanan hidupnya.

Sarah atau nama sebenarnya Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand memuat naik foto sweet di bilik bersalin, memperlihatkan dirinya bersama suami dan bayi comel mereka. Perkongsian itu terus mendapat ribuan tanda suka serta ucapan tahniah daripada rakan artis dan peminat yang teruja meraikan momen indah ini.

Kalau korang masih ingat, sekitar Ogos 2024 Sarah umumkan yang dia sudah pun mendirikan rumah tangga dengan jejaka asal Amerika Syarikat. Beberapa bulan kemudian, Februari lalu, Sarah kongsi berita kehamilan melalui sekeping foto alat ujian kehamilan yang positif. Fast forward ke hari ini, doa dan penantian itu akhirnya terjawab dengan kelahiran cahaya mata sulung mereka.

Bagi peminat drama, nama Sarah memang sinonim dengan lakonan dalam Pujaan Hati Kanda. Tapi pada 2022, dia buat keputusan mengejutkan untuk undur diri daripada dunia seni dan berhijrah ke Amerika Syarikat. Bukan itu je, Sarah juga join Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) satu langkah besar yang totally lain daripada dunia glamor yang pernah dia lalui.

Dan sekarang, perjalanan hidup Sarah berubah lagi dengan role paling besar bergelar seorang ibu. Kehadiran baby pertama ini bukan sekadar melengkapkan rumah tangga, tapi juga membuka lembaran baru penuh cabaran, pengorbanan dan kebahagiaan.

Tahniah Sarah Hildebrand & suami! Semoga baby comel mereka membesar sihat, bahagia dan menjadi penyeri keluarga kecil ini. Korang yang follow Sarah dari dulu mesti happy tengok perkembangan terbaru idol kesayangan ni, kan?

BACA LAGI : Atiq Azman Bakal Timang Anak Sulung, Layangkan Ucapan Ulang Tahun Kelahiran Paling Bermakna Buat Isteri!

Published by
Nana