Tarikan terbaru di Tanah Tinggi Cameron Highland ala Santorini telah di robohkan baru-baru ini.
Sebelum ini tempat yang terinspirasikan pulau Santorini ini menjadi tarikan pelancong dan anda akan berasa seperti berada di sana dimana elemen reka bentuk tarikan ini menyerupai seni bina di tempat ikonik tersebut.
Malangnya, menurut laporan Sinar Harian Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.
Ads
MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Menurutnya, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.
Ads
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan itu sebagai peringatan kepada semua pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan.
Malah, operasi itu juga berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Alasan klise semata-mata untuk merentas daerah mahupun negeri nampaknya sudah tidak ‘menjadi’ apabila kita bertemu dengan pegawai berkuasa di melakukan operasi.
Dua kisah berbeza, namun masing-masing mempunyai niat yang sama. Untuk merentas kawasan biarpun seluruh negara bakal diletakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok.
Di Kemaman Terengganu, 11 orang individu telah dikenakan kompaun sebanyak RM5000 setelah mereka didakwa menggunakan laluan tikus bagi menyeberang ke daerah berlainan.
Sumber Foto: AWANI.
Sewaktu ditahan dalam operasi polis di sempadan daerah Kemaman dan Cherating, kumpulan tersebut telah memberikan pelbagai alasan bagi mengelak daripada dikompaun. Ini termasuklah alasan mendapatkan juadah berbuah, membeli makanan bagi ikan peliharaan dan macam-macam lagilah!
Untuk pengetahuan, kira-kira tujuan laluan tikus wujud di antara daerah Kemaman dan Cherating, Pahang. Mungkin disebabkan itulah, penduduk di sana berani untuk merentas kerana sudah biasa menggunakannya.
Lain pula ceritanya di kawasan Sekatan Jalan Raya (SJR) yang dilakukan di Bentong, Pahang. Seperti biasa, kenderaan di sana diperiksa satu-persatu dan di situlah, pihak berkuasa memperolehi alasan yang pelbagai daripada pengguna jalan raya yang cuba menyembunyikan niat sebenar untuk pulang ke kampung halaman.
Kongsi Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman iaitu Datuk Seri Abd Rahim Jaafar kepada rakan media di Bernama, ramai pengguna jalan raya yang menggunakan pas-pas pekerjaan untuk melepasi SJR.
Keadaan lebuh raya sesak di sekitar lokasi Sekatan Jalan Raya (SJR) di Bentong. Sumber Foto: Bernama.
Sepanjang pemeriksaan tersebut dilakukan, sebanyak 1,333 buah kenderaan telah diarahkan berpatah balik setelah pihak berkuasa menerima alasan yang tidak munasabah.
Aduh, kan dah buang masa guys.
Ingat, bukan korang saja yang teringin nak pulang berhari raya tau. Seluruh Malaysia mempunyai keinginan yang sama setelah kita tidak dapat beraya pada tahun lalu.
Namun, fokus negara kini adalah untuk menyekat penularan jangkitan COVID-19. Jangan sampai keadaan bertambah buruk seperti yang sedang berlaku di negara India, baru kita hendak ikut SOP.
Sekumpulan remaja dari Ipoh yang berusia dari 10 hingga 20 tahun dilaporkan telah dikompaun sehingga nilai keseluruhan RM40,000 kerana berkumpul bagi meraikan sambutan hari kelahiran rakan mereka.
Menurut perkongsian Facebook Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, JAIPK dan memetik laporan akhbar tempatan, lapan orang remaja termasuk 2 orang remaja perempuan telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 2.15 pagi di sebuah rumah yang terletak di Taman Cempaka, Ipoh.
Ketika serbuan dilakukan, mereka telah menemui kumpulan tersebut sedang berkumpul untuk meraikan hari jadi salah seorang ahlinya.
Akhirnya, kesemuanya telah dikenakan kompaun sebanyak RM5,000 setiap seorang dan juga ditahan serta disiasat disiasat di bawah seksyen 54 EJSPk 1992 atas kesalahan berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, serbuan di rumah sewa itu dilakukan bersama agensi penguat kuasa lain setelah menerima maklumat daripada orang ramai.
Untuk info, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilanjutkan hingga 28 Jun ini, rakyat diwajibkan mematuhi arahan untuk tidak berkumpul atau mengadakan majlis keraian seperti kenduri, majlis perkahwinan, aktiviti keagamaan atau sebarang bentuk pengumpulan orang ramai.
Bagai menuangkan minyak tanah ke dalam api, begitulah perumpamaan yang boleh kita katakan terhadap segelintir masyarakat yang menimbulkan situasi atau sebarang provokasi yang mampu mengancam keselamatan dan ketenteraman awam melalui media sosial di tengah ketegangan kemelut politik di Malaysia.
Malah, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan pengerusi Pakatan Harapan (PH) terpanggil untuk memberi komen dan pandangannya melihat kepada situasi ini.
Menurut beliau melalui perkongsian di media sosial, usaha dan ikhtiar dalam menubuhkan kerajaan yang bertanggungjawab dan stabil tidak seharusnya berakhir dengan kekacauan kerana kaum Melayu, Cina, India, Orang Asli, suku kaum Sabah dan Sarawak adalah bersaudara sebagai manusia dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.
Malah, president Ph ini turut menyeru Ketua Polis Negara dan PDRM agar menjalankan tugas dengan segera agar tidak menggugat kemajmukan Malaysia.
PDRM Pantas Bertindak
Dari pemantauan kami, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani telah pun mengeluarkan amaran berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta pembentukan kerajaan.
“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam.
“Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Terdahulu, keputusan PRU15 menyaksikan Pakatan Harapan memperoleh 82 kerusi Parlimen diikuti Perikatan Nasional (73), Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (22), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.
Majoriti mudah untuk membentuk kerajaan ialah 112 kerusi namun ketika ini berlaku situasi Parlimen tergantung apabila tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Apa-apapun moga negara Malaysia tercinta ini terus maju dan harmoni.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Mommy, daddy balik kan esok? Sofia rindu daddy. Kenapa orang ramai dengan kita.”
Luahan seorang anak kecil itu pastinya cukup meruntun hati apabila dikongsikan oleh...