Terbaru, tokoh pendidikan negara, Tan Sri Dr. Asiah Abu Samah dilaporkan meninggal dunia pada usia 89 tahun di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, kira-kira jam 5 pagi, pada 4 November. Pemergian Allahyarhamah sekaligus meninggalkan kehilangan besar buat sektor pendidikan negara.

Difahamkan, khabar duka itu disampaikan oleh anak saudaranya, Shafinaz Shamsudin, yang turut memaklumkan bahawa urusan pengurusan jenazah dijadualkan berlangsung di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail. Jenazah kemudiannya akan disolatkan selepas solat Zuhur sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Untuk rekod, Allahyarhamah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia pada 27 November 1991. Pelantikan tersebut membuka ruang kepada lebih ramai wanita untuk memegang jawatan kepimpinan dalam sektor pendidikan negara.

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Asiah Abu Samah Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun
Book launch Tan Sri Asiah Abu Samah, A Woman Of Substance. — ART CHEN/The Star

Allahyarhamah dilahirkan pada 1 Mac 1937 di Parit, Perak, memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sejarah serta Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya di Singapura. Beliau kemudiannya memulakan kerjaya sebagai pendidik di Penang Free School, Pulau Pinang pada 1961.

Ads

Sepanjang perjalanan kerjayanya, Allahyarhamah pernah menggalas tanggungjawab sebagai pensyarah bahasa di Institut Bahasa, Lembah Pantai sebelum dilantik sebagai pengetua Kolej Tunku Kurshiah di Seremban. Beliau turut memegang beberapa jawatan penting di Kementerian Pendidikan, termasuk Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II dan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I.

Sumbangan Allahyarhamah dalam bidang pendidikan turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang menyifatkan pemergian tokoh berkenaan sebagai satu kehilangan besar buat negara. Menurut beliau, jasa dan dedikasi Allahyarhamah dalam membangunkan sistem pendidikan kebangsaan akan terus dikenang.

Ads

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Asiah Abu Samah Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

Tokoh Pendidikan Negara, Tan Sri Asiah Abu Samah Meninggal Dunia Pada Usia 89 Tahun

Ads

Menerusi perkongsian di Facebook, Datuk Seri Fadhlina turut menyifatkan Allahyarhamah sebagai individu yang telah membuka laluan kepada golongan wanita untuk menerajui kepimpinan dalam sektor pendidikan. Beliau juga mewakili Kementerian Pendidikan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Fadhlina mendoakan agar keluarga Allahyarham diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan tersebut. Beliau turut berharap agar segala dosa Allahyarhamah diampunkan, rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram, TikTok dan Threads rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads