Kisah seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, Muhammad Umar Mukminin, menyentuh hati ramai apabila memikul tanggungjawab besar membantu ibunya yang merupakan ibu tunggal serta menjaga datuknya yang sedang uzur.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Threads dan TikTok, amoibajumerah, yang menceritakan bagaimana Umar menunjukkan sikap matang meskipun usianya masih muda.
Menurut ibunya, Umar bukan sahaja mampu menguruskan pakaian sendiri, malah turut membantu menyuap makanan kepada datuknya yang terlantar sakit.
Ads
Lebih menyentuh hati, Umar sering memberikan kata-kata semangat kepada ibunya setiap kali melihat wanita itu keletihan.
“Ibu jangan penat tau, adik boleh buat,” katanya.
Ungkapan ringkas itu nyata menjadi penguat semangat buat si ibu dalam mengharungi kehidupan seharian.
Ads
Perkongsian berkenaan turut meraih perhatian ramai warganet yang memuji sikap bertanggungjawab dan sifat penyayang yang ditunjukkan Umar pada usia yang masih muda.
Semoga kisah Umar menjadi inspirasi kepada masyarakat tentang pentingnya nilai kasih sayang, tanggungjawab dan pengorbanan dalam institusi kekeluargaan.
Ramai juga mendoakan agar Umar terus membesar menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berlumba-lumba syarikat penerbangan membuat promosi harga tiket ‘gila-gila’ semenjak virus COVID-19 ni.Terbaru syarikat penerbangan terkemuka, Malaysia Airlines membuat tawaran tiket murah untuk ke Sabah dan Sarawak.
Jika korang mahu melawat Sabah dan Sarawak, inilah masa paling sesuai!
Syarikat penerbangan MAS difahamkan sedang mengadakan promosi tambang murah bagi penerbangan – penerbangan ke destinasi yang ada di Sabah dan Sarawak.
Promosi ini hanya untuk Kuala Lumpur ke Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri, tiket hanya dijual pada RM86.20 dan difahamkan ianya ‘laku keras’ dan tidak banyak tempat duduk yang tinggal.
Tapi tak salah mencuba, mungkin nasib korang baik. Tapi kena rajin sikit la cari tarikh lain pula. Tapi, cakap awal – awal, harga berkenaan hanya untuk bagasi atas kabin 7kg tanpa check-in, tiada refund dan tarikh tidak boleh diubah.
So, jom la kita ke Sabah dan Serawak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi berita kematian yang dilaporkan oleh Koreaboo bahawa Goo Hara telah didapati meninggal dunia di kediamannya hari ini.
Seorang kenalannya menjadi individu pertama yang menemui mayat gadis ini dan terus membuat panggilan kecemasan.
Menurut Jabatan Polis Gangnam, Goo Hara ditemui mati dirumah Cheongdam-dong sekitar jam 6 petang tadi. Buat masa searang kes sedang disiasat untuk maklumat lanjut.
Laporan diterima jam 6.30 petang waktu Korea Selatan dan buat masa ini, polis sedang menyiasat punca kematian.
Takziah diucapkan kepada keluarga kelima-lima pelajar USAS yang rentung akibat kemalangan maut dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora.
Foto: Berita Harian
Semua mangsa dilaporkan terperangkap selepas berlaku kebakaran melibatkan sebuah kereta dan dua buah treler.
Kemalangan sebegini bukan kali pertama didengari dan sering kali melihat kemalangan maut membabitkan lori dan kereta. Ada sesetengah kenderaan dilihat gagal memotong kenderaan lain sebelum bertembung dengan kenderaan besar ini.
Tahukah, untuk mengelak kemalangan maut dengan kenderaan besar ini kita harus mengetahui blind sport atau titik buta lori adalah sangat besar hingga mereka gagal melihat kenderaan yang datang dari belakang dan tepi sebelah kiri.
TITIK BUTA
Apa yang dimaksudkan dengan titik buta? Titik buta merupakan kawasan sekeliling kenderaan yang tidak dapat dilihat secara langsung oleh pemandu. Ia merupakan salah satu punca berlakunya kemalangan jalan raya.
Bukan hanya lori tetapi semua kenderaan mempunyai titik buta dan yang membezakan adalah jarak setiap satu darinya. Tidak semua pemandu dapat melihat kenderaan yang mengikutnya terlalu rapat atau pun sedang memotong. Ia disebabkan oleh reka bentuk sesebuah kenderaan dan juga penglihatan pemandu yang terbatas.
Namun yang paling bahaya dan perlu diambil tahu ialah berkongsi jalan raya dengan lori. Ini kerana lori mempunyai titik buta yang sangat besar.
Elakkan berada pada posisi ini kerana jika pemandu treler kehilangan kawalan ke atas kenderaan tersebut ataupun terpaksa menukar lorong dengan tergesa-gesa, korang akan dihimpit oleh kenderaan berat tersebut tanpa disedari pemandu. Kalau dah kena himpit tak kira kereta model apa yang korang pandu memang bawa-bawalah mengucap.
Memotong Treler
Jika korang terpaksa memotong, pastikan memotong dengan secepat mungkin. Jangan terhegeh-hegeh ataupun berada pada kedudukan selari untuk jangka masa yang lama. Lagi lama korang ada di posisi tersebut, lagi terdedahlah kepada risiko kemalangan.
Letupan Tayar Treler
Satu lagi ialah bahaya letupan tayar kenderaan berat. Tayar kenderaan berat bukan hanya bersaiz besar tetapi ia juga mempunyai tekanan yang tinggi berikutan berat bebanan yang dibawa serta suhu operasi yang tinggi.
Letupan tayar juga akan mengakibatkan pemandu hilang kawalan dan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Jika korang mengesan kenderaan berat dengan masalah pada bahagian tayar beri ruang untuk mereka dan jarakkan kenderaan korang pada kedudukan yang selamat.
Serpihan Tayar Treler
Bukan itu sahaja, serpihan tayar yang tertanggal juga adalah cukup merbahaya. Biasanya serpihan ini berpunca dari penggunaan tayar celup yang sudah lama. Ia merupakan satu alternatif untuk menjimatkan kos pembelian tayar baharu tetapi sama seperti tayar baharu ia mempunyai had kegunaannya tersendiri. Sampai masanya ia perlu diganti baharu.
Perhatikan Kesan Gelincir Tayar
Jika korang kurang yakin dengan bahaya yang dibawa oleh kenderaan-kenderaan berat, cuba perhatikan kesan gelinciran tayar di atas jalan raya.
Kalau di Lebuhraya Karak, kesan tayar ini bukan hanya ada di permukaan jalan tetapi juga terdapat pada bahagian benteng pembahagi jalan. Maknanya pernah ada kenderaan berat lain yang telah memanjat dinding penahan mengalahkan Spiderman. Tanda-tanda ini juga berfungsi sebagai amaran yang ada nahas pernah berlaku di situ dan sewajarnya diambil perhatian oleh pemandu lain.
Apapun takziah kami ucapkan buat keluarga mangsa kemalangan ini dan Al-fatihah ( dengan bacaan ) untuk semua yang terkorban.
So hati-hati guys, moga korang boleh memandu dengan lebih cermat di masa hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Info grafik : JPJ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!