Tarikan terbaru di Tanah Tinggi Cameron Highland ala Santorini telah di robohkan baru-baru ini.
Sebelum ini tempat yang terinspirasikan pulau Santorini ini menjadi tarikan pelancong dan anda akan berasa seperti berada di sana dimana elemen reka bentuk tarikan ini menyerupai seni bina di tempat ikonik tersebut.
Malangnya, menurut laporan Sinar Harian Majlis Daerah Cameron Highlands (MDCH) mengambil tindakan meroboh sebuah pusat pelancongan yang dibina secara haram di Cameron Highlands pada Isnin.
Ads
MDCH dalam kenyataan melalui Facebooknya menjelaskan, tindakan penguatkuasaan itu dilaksanakan di bawah Seksyen 70 (1) Pembinaan Tanpa Kelulusan di bawah Akta 133, Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Menurutnya, operasi bermula jam 9 sehingga 11.30 pagi itu diketuai Yang Dipertua MDCH, Azmil Hadid Maznan.
Ads
Jelasnya, tindakan penguatkuasaan itu sebagai peringatan kepada semua pihak yang berhasrat melaksanakan projek pembangunan supaya mematuhi sepenuhnya prosedur dan peraturan berkaitan.
Malah, operasi itu juga berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rindunya nak menikmati keindahan alam bersama rakan-rakan dan paling penting ‘selfie’ dengan latar belakang indah.
Namun aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini tergenjala akibat pandemik Covid19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.
.
Terbaru, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan bahawa mendaki adalah antara aktiviti sukan dan rekreasi yang dibenarkan oleh kerajaan bermula 15 Jun ini, dengan pendaki perlu mematuhi amalan jarakan sosial serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
“Pendakian gunung dibenarkan bermula 15 Jun 2020,” menurut jawapan ringkas KBS terhadap pertanyaan netizen di laman Facebook rasminya, KBSMalaysia, berhubung perkongsian SOP sukan yang dibenarkan dan dilarang oleh kerajaan.
Sebelum ini Sebelum ini, ramai pendaki keliru sama ada aktiviti mendaki dibenarkan atau tidak di bawah kategori rekreasi dan riadah.
So, dah boleh la roger kengkawan untuk buat aktiviti hiking ni. Tapi korang pastikan mengikut SOP okay!
Tapi berbeza pula dengan kes yang berlaku di Kampung Orang Asli Baru, Semenyih, Selangor. Kerana mata dia telah menemui ajal.
Menurut laporan daaripada BERNAMA, seorang lelaki warga Indonesia telah maut selepas dia dipercayai dipukul gara-gara disyaki mengintai di kampung tersebut.
Lelaki berkenaan meninggal dunia pada jam 9.15 pagi semalam di Hospital Kajang selepas mengalami kecederaan di bahagian kepala. Dia telah menerima rawatan dan berada di Hospital Kajang selama 12 hari.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata lelaki tersebut telah ditangkap oleh penduduk kampung dan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Hasil bedah siasat mendapati punc kematian adalah disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala selain terdapat kecederaan dalaman. Buat masa ini pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 20 tahun di kampung tersebut bagi membantu siasatan.
Dia direman selama tujuh hari sheingga 29 Ogos ini bagi membantu siasatan kes tersebut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
REMAJA berasa amat kesal akan kejadian seumpama ini boleh berlaku. Perbuatan mengintai bukan sahaja memalukan malah boleh merendahkan martabat dan maruah seseorang. Namun begitu jangalah bertindak menghukum dengan tindakan sendiri.
Apa jua kesalahan perlulah diserahkan kepada pihak berkuasa. Jika perkara seumpama ini berlaku dalam kehidupan kamu seharian, elakkan daripada melakukan tindakan memukul dan menggunakan kekerasan. Hubungi pihak berkuasa dan serahkan segala siasatan kepada pihak berwajib.
Dengan angka korban global Covid-19 terkini mencatat kes lebih 926,000, pastinya keadaan dunia masa kini masih berbahaya memandangkan vaksin pandemik maut ini masih belum ditemui.
Jika sebelum ini, rakyat Malaysia pernah tertipu dengan kenyataan MyEG yang mendakwa mengeluarkan kit ujian pantas 30 minit pada harga RM99 tetapi KKM mengatakan kit tersebut adalah palsu.
Terbaru, sepasukan saintis Malaysia berjaya menghasilkan kit ujian pantas atau rapid test kit pertama di dunia yang mempunyai ketepatan bacaan sama dengan ujian dilakukan di makmal. Wow hebatnya!
Inovasi itu dihasilkan kumpulan saintis diketuai Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, iaitu rakyat Malaysia pertama yang melancarkan alat sensor deria agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) bagi mengukur dan memantau organisma satu sel di angkasa.
Pasukan ini menjadi antara 15 finalis dalam pertandingan yang dianjurkan universiti berprestij Amerika Syarikat (AS), Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Setakat ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperkenalkan beberapa perkhidmatan ujian saringan COVID-19 yang boleh dilakukan di rumah tetapi untuk mereka yang tidak menepati kriteria pesakit dalam siasatan (PUI).
Bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel ujian COVID-19 di rumah ini tertakluk kepada caj antara RM600 dan RM700 yang dikenakan oleh hospital swasta yang bekerjasama dengan KKM.
Namun , menurut Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani, teknologi yang sedang dibangunkan mereka mungkin boleh memberikan penyelesaian lebih tepat dan murah untuk saringan COVID-19, berbanding dengan apa yang ada pada masa ini.
Kit ujian pantas dihasilkannya itu mampu mengesan COVID-19 menggunakan air liur berbanding teknologi sedia ada. Inovasi dihasilkannya mampu mengesan COVID-19, walaupun air liur individu terbabit tidak mengandungi banyak virus lain pada kadar lebih murah dan cepat.
Katanya, projek itu asalnya adalah cubaan untuk membangunkan alat bacaan glukos lebih baik yang mampu mengesan kandungan gula melalui air liur.
“Inovasi ini bermula apabila saya dengan usaha sama Malaysian Relief Agency (MRA) membangunkan sensor untuk mengesan bakteria berbahaya yang digunakan ketika kejadian banjir di Kuala Krai, Kelantan, pada 2014.
“Bagaimanapun, kumpulan saya mula memikirkan idea untuk bantu memerangi COVID-19, ketika wabak itu melanda seluruh negara. Daripada situ kita cuba kembangkan teknologi digunakan bagi saringan COVID-19,” katanya.
Buat masa ini, rakan sepasukan, Iqbal Shamsul, yang merupakan CEO nanoSkunkWorkX Sdn Bhd, berkata pihaknya sedang mencari dana untuk memasarkan alat berkenaan, selain mensasarkan Malaysia sebagai hab inovasi terbabit.
Selain itu, turut berharap dapat mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah bagi membentangkan hasil inovasi berkenaan.
Difahamkam mereka sedang menunggu maklum balas daripada National Technology & Innovation Sandbox (NTIS), selain mengemukakan rayuan kepada Kementerian Pengajian Tinggi yang menolak permohonan mereka.
Wah, lepas ini tak perlu la kita menahan sakit akibat saringan Covid19 ini
Sumber : BH
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rita Rudaini CSR Sekolah menjadi perhatian apabila pelakon itu meredah hujan menyertai pelajar Ulul Albab mengagihkan makanan berbuka puasa dan sahur di sekitar Jalan TAR.