Seorang anak langsung tidak menyangka, pistol yang disangkakannya adalah pistol menembak cicak sebenarnya adalah pistol sebenar sehingga mencederakan ibunya sendiri apabila dia menarik picu.
Pemuda berusia 25 tahun ini yang terlibat pistol milik bapanya yang sudah diletakkan di tempat tinggi, menarik picunya dan terus terkena bahu kanan ibunya yang patah apabila terkena tembakan tersebut.
Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas anaknya tertembak menggunakan pistol suaminya, pagi tadi.
Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas mengadu sakit apabila peluru terkena bahunya dari arah belakang.

Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia berada di rumah di Kuarters IPD, selepas pulang bekerja.
“Saya pulang kerja pada pagi tadi dan mendapati anak serta isteri tidur di dalam bilik. Saya tidak mahu mengejutkan mereka tidur dan saya tidur di ruang tamu.
“Pistol pula saya letak di atas almari di ruang dapur. Tidak sangka pula anak saya mengambilnya kerana saya sudah letak di tempat tinggi.
“Bagaimanapun, isteri saya stabil dan kini berada di Hospital Kuala Krai, untuk rawatan susulan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin memberitahu, suspek yang berusia 25 tahun menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak.
Katanya, secara tidak sengaja, suspek menarik picu dan peluru terkena bahu ibunya yang turut berada di ruang dapur.
“Mangsa dipercayai patah tulang bahu akibat kesan peluru berkenaan. Namun, keadaan mangsa tidak membimbangkan.
“Kita juga turut mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya.
Anda mungkin berminat dengan
Sumber :- SINAR HARIAN
.
∞
‘LET’S kill this love!’ Siapa yang tak kenal lirik lagu kumpulan k-pop yang hits ni? Makna kumpulan Blackpink itu sendiri melambangkan keperibadian kesemua anggota kumpulan itu yang bukan sahaja cantik tetapi memiliki bakat luar biasa. Tidak sekadar cantik dan pandai menari, namun antara kelebihan lain milik anggota Blackpink adalah keupayaan mereka bertutur dalam bahasa Inggeris tatkala kebanyakan artis dari Korea Selatan tidak mampu menguasai bahasa tersebut.
Mungkin ia juga faktor BLACKPINK berjaya menawan peminat mereka diseluruh dunia.

Baru-baru ini sebuah majalah dari China, JALOUSE ada berkongsi gambar BLACKPINK sebagai muka depan dan menghiasi ruang majalah itu. Keempat gadis muda kelihatan luar biasa dalam persalinan gothic dan punk rock, memberikan sisi yang berbeza BLACKPINK yang kerap dengan imej colourful.

Paling mengujakan ialah korang dapat melihat imej berbeza setiap ahli memakai pakaian gothic-punk yang edgy dalam gambar individu mereka, dengan padanan mekap bold dan glamor. Lisa dengan gincu rona hitam, Jennie seperti biasa imej comel ‘girl next door’, Rose memukau peminat dengan solekan cat eye yang garang dan Jisoo kelihatan seperti CEO yang powerful dan elegan.




Yang pasti mesti ramai teruja dengan imej BLACKPINK sebegini, dan mungkinkah akan dijadikan konsep untuk album baru yang akan datang.
Tak kisah la look apa pun sebab dorang ni memang cun, pakai apa pun cantikkan. Tahniah buat JALOUSE magazine.

Amacam? Okay ke tak okay Blackpink dengan imej garang ni?
∞
Hari ini adalah detik penentuan bagi Donald Trump dan Joe Biden bagi menentukan siapa antara keduanya adalah Presiden baru ke 59 Amerika Syarikat bagi tempoh empat tahun akan datang.
Jika sebelum ini Donald Trump yang dahulunya merupakan seorang ahli perniagaan, sosialit, penulis dan personaliti televisyen terkenal dari Amerika Syarikat menjadi pilihan ramai kerana gaya hidup mewah dan begitu banggakan kekayaannya kerana beiau merupakan Pengerusi dan CEO Trump Organization, sebuah syarikat hartanah di Amerika Syarikat tapi nampaknya minat penduduk US seakan beralih.
Mungkinkah ini kali terakhir Trump menduduki kerusi Rumah Putih? Hanya masa menentukannya.


Buat masa ini (ketika berita ditulis), calon Demokrat Joe Biden pada Selasa malam mendahului pilihan raya Amerika Syarikat (AS) mengatasi Presiden Donald Trump dalam persaingan tahun ini untuk menguasai Rumah Putih, pengundian masih berlangsung di banyak negeri, lapor Agensi Anadolu.
Biden menang di Connecticut, Delaware, Illinois, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Rhode Island, Vermont dan Virginia, di negeri yang menyokong Demokrat, manakala Trump mendahului di negeri yang mendapat sokongan konservatif iaitu Alabama, Kentucky, Mississippi, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan West Virginia, menurut The Associated Press.
Bekas naib presiden itu telah menambah 85 undi electoral berbanding 55 untuk Trump. Mana-mana calon perlu menang sekurang-kurangnya 270 undi electoral untuk memenangi Rumah Putih.
Pusat pengundian ditutup di lebih 20 negeri dan Washington pada 8 malam Waktu Timur (0100 GMT), termasuk negeri-negeri di Michigan, Pennsylvania dan Texas. Sumber : Bernama
∞
Baru berusia 14 tahun, seorang remaja perempuan sanggup menipu ibu bapa kononnya bermalam di rumah rakan, sebaliknya menyewa bilik motel dengan teman lelaki.
Pasangan ini ditahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan pada pukul 3 pagi di sebuah motel.
Kejadian yang berlaku di Kedah ini melibatkan seorang remaja perempuan bersama pasangannya yang berusia 17 tahun berdua-duaan dalam bilik motel berkenaan.
Menurut Harian Metro, Ketika disoal siasat, remaja perempuan itu memberitahu dia menunggang motosikal untuk bertemu pasangannya di bandar Sungai Petani dan menipu keluarga kononnya menumpang tidur di rumah kawan.
Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhalawat dan anggota JAIK telah menghantarnya pulang ke rumah 4.30 pagi selepas keterangan diambil.
Orang ramai dinasihatkan mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak bermoral Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan.
Dalam situasi pandemik seperti ini, harapnya masing-masing dapat menjaga diri sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bersekolah. Janganlah buat mak dan ayah susah hati di rumah.
Diharap agar kisah ini dapat memberi teladan buat semua.
Sumber: Harian Metro
∞