Seorang anak langsung tidak menyangka, pistol yang disangkakannya adalah pistol menembak cicak sebenarnya adalah pistol sebenar sehingga mencederakan ibunya sendiri apabila dia menarik picu.
Pemuda berusia 25 tahun ini yang terlibat pistol milik bapanya yang sudah diletakkan di tempat tinggi, menarik picunya dan terus terkena bahu kanan ibunya yang patah apabila terkena tembakan tersebut.
Seorang isteri anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, cedera bahu kanan selepas anaknya tertembak menggunakan pistol suaminya, pagi tadi.
Mangsa, Noor Aidah Mat Yusoff @Ahmad, 48, dikejarkan ke Hospital Gua Musang, selepas mengadu sakit apabila peluru terkena bahunya dari arah belakang.
Suaminya, Sarjan Zulkifli Ayub berkata, ketika kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, dia berada di rumah di Kuarters IPD, selepas pulang bekerja.
Ads
“Saya pulang kerja pada pagi tadi dan mendapati anak serta isteri tidur di dalam bilik. Saya tidak mahu mengejutkan mereka tidur dan saya tidur di ruang tamu.
“Pistol pula saya letak di atas almari di ruang dapur. Tidak sangka pula anak saya mengambilnya kerana saya sudah letak di tempat tinggi.
“Bagaimanapun, isteri saya stabil dan kini berada di Hospital Kuala Krai, untuk rawatan susulan,” katanya.
Ads
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohd Taufik Maidin memberitahu, suspek yang berusia 25 tahun menyangka pistol yang dijumpai itu sebagai pistol mainan untuk menembak cicak.
Katanya, secara tidak sengaja, suspek menarik picu dan peluru terkena bahu ibunya yang turut berada di ruang dapur.
“Mangsa dipercayai patah tulang bahu akibat kesan peluru berkenaan. Namun, keadaan mangsa tidak membimbangkan.
Ads
“Kita juga turut mengambil keterangan daripada suspek berhubung kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 37 Akta Senjata Api,” katanya.
Semalam akhbar Sinar Harian mengadakan Bicara Minda dengan menjemput Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad ke pejabat Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd.
Majlis yang sepatutnya bermula jam 4.30 itu ditunda sedikit ke jam 5.05 petang dengan kehadiran hampir 1000 orang terdiri dari pelbagai latar belakang termasuk Profesor yang mahu menyaksikan Bicara Minda secara langsung yang dikendalikan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar.
REMAJA kumpulkan lima soalan panas yang ditanya dan Tun Mahathir menjawap dengan sebegitu sempoi.
Tun Mahathir dalam Bicara Minda yang dimoderatorkan oleh Tan Sri Johan Jaafar
#1 Adakah Tun M seorang pendendam?
Tun Mahathir : Saya bukan pendendam. Buktinya saya masih boleh bekerjasama dengan orang yang dahulunya boleh dianggap musuh.
“Mereka pernah gelar saya maha firaun, maha zalim. Ia perkara kecil, saya tak minat nak balas dendam,”katanya.
Dalam pada itu, Tun Mahathir menjelaskan beliau seorang yang boleh bertolak ansur berbanding pimpinan terdahulu, Datuk Seri Najib Razak.
“Najib dulu siapa dia tak suka kena pecat. Saya tak buat begitu,” katanya.
#2 Umno dah berkubur?
Tun Mahathir : Umno yang dahulunya memjuangkan agama, bangsa dan negara sudah terkubur. Jika dahulu kita memperjuangkan nasib rakyat tapi kini sudah tersasar matlamatnya.
“Perjuangan UMNO ialah untuk kekalkan Najib sebagai pencuri yang terbesar. Itu bukan UMNO, UMNO sudah tiada.
Dr Mahathir berkata, wujud juga ahli UMNO yang fanatik meskipun penjelasan sudah diberikan terhadap isu salah laku yang dibangkitkan termasuk membabitkan pemimpin parti.
“Mereka menyokong secara membuta tuli. Kalau kita terangkan pun dia kata duit itu daripada tok Arab, tok Arab gila mana yang nak bagi duit sebanyak itu,” katanya.
Tun Mahathir tenang menjawap semua soalan diutarakan malah jawapannya adakalanya mencuit hatiOrang ramai hadir bagi mendengar Bicara Minda ini semalam
#3 Harapan rakyat bagi bajet 2018
Tun Mahathir : “Pengorbanan yang kita minta bukan banyak sangat. Kerajaan hari ini tidak ada duit untuk beri sama seperti kerajaan dahulu. BR1M, gaji untuk nelayan dan boleh katakan semua orang dapat.
“Ini semua sebab mereka nak beli sokongan. Kalau rakyat anggap kita boleh tolong, undilah. Kita tak boleh bagi duit,” katanya yang meminta rakyat perlu menerima hakikat bahawa prestasi kewangan negara tidak membenarkan pemberian wang secara percuma.
“Itu adalah pengorbanan besar,” katanya
#4 Sukarnya jadi Perdana Menteri sekarang
Tun Mahathir : Agak sukar menjadi Perdana Menteri dalam senario politik masa kini kerana tidak lagi memimpin sebuah parti dominan dalam kerajaan.
“Ini berbeza zaman pentadbiran 22 tahun terdahulu.Dulu pimpin parti dominan kita ada suara terbesar di mana yakin apa yang dicadang mendapat sokongan.
“Sekarang kita ada empat parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang berbeza ideologi. Jadi, kalau saya nak buat sebarang keputusan, saya perlu ‘convince’ (yakinkan) parti-parti dalam PH,” katanya.
#5 Apa jadi pada Wawasan 2020?
Tun Mahathir : “Negara perlu mencapai gagasan baharu itu berikutan wawasan awal pada 2020 tidak mampu dicapai kerana sudah kehilangan banyak dasar asal yang direncana oleh saya dulu.
“Malaysia sudah kehilangan banyak masa iaitu selama 14 tahun dan segala usaha ke arah wawasan 2020 juga tidak dilaksanakan sebaiknya,” katanya yang menyasarkan 2025 untuk Malaysia menjadi negara maju. SOALAN EXTRA LAGI PANAS
#6 Zahid Hamidi kena 45 pertuduhan dan adakah itu strategi kerajaan untuk menjatuhkan pemimpin Umno?
Tun Mahathir : “Buktikanlah bahawa 45 pertuduhan itu adalah rekaan. Kerajaan tidak mempunyai niat untuk mengambil tindakan terhadap pihak-pihak tertentu.
“Kita sudah janji, bahawa kita akan mentadbir negara berasaskan rules of law,” jelasnya.
Kata Tun Mahathir lagi, setiap pertuduhan dibuat oleh Peguam Negara, Tommy Thomas yang berkecuali daripada agenda politik.
“Tunjuk bukti, barulah tuduh kita sengaja ambil tindak balas,” katanya.
Jumaat lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas 45 pertuduhan melibatkan sejumlah RM114 juta berkaitan pecah amanah dan menerima suapan rasuah selain aktivit penggubahan wang haram.
LAST, apa soalan Ummi Hafilda yang juga adik beradik dengan Azwan Ali untuk Tun Mahathir dan dengar apa jawapan Tun M yang sangat sempoi.
Ummi Hafilda yang turut hadir ke Bicara Minda bangun untuk bertanyakan soalan mengenai kenyataan wartawan veteran, Datuk A Kadir Jasin bahawa pemimpin PH yang memegang jawatan perlu ‘disekolahkan’ sebelum rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan sekarang.
A Kadir yang juga penasihat media dan komunikasi perdana menteri berkata, menteri akan mendapat kebaikan jika ‘disekolahkan’ bagi mengubah acuan minda mereka daripada pembangkang kepada kerajaan.
Tun Mahathir : “Sekolah ada tapi tak formal, kita tak masukkan mereka dalam kelas. Tapi ada usaha untuk meningkatkan kebolehan mereka melalui kursus yang akan diadakan di INTAN (Institut Tadbiran Awam Negara). Kita nak beritahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tak boleh.
“Macam mana nak jadi menteri yang terbaik. Itu semua kita akan cuba sampaikan kepada mereka, memang ada dalam perancangan kita.
Dalam program Bicara Minda ini, Dr Mahathir turut menjawab kenyataan A Kadir bahawa kerajaan berdepan ancaman menteri Kabinet yang mensabotaj kerajaan sendiri kerana kejahilan, tamak kuasa dan ketiadaan fokus.
“Itu lebih baik daripada penyangak,” katanya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Rakan penghantar gig termasuklah foodPanda, Lalamove, grab food, Shopee Food, EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna.
Foto Via Malay Mail
Mereka ini sangat berjasa kepada semua rakyat Malaysia tambahan lagi ketika pandemik semasa kita semua terkurung di rumah dahulu. Namun, rakan penghantar kita ini mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (hari ini).
Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.
Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari ini.
Tindakan mogok diambil sebagai tanda protes kadar bayaran yang diterima oleh mereka yang didakwa tidak adil. Tular di media sosial poster yang menggesa kedua-dua platform penghantaran makan ini supaya menaikkan bayaran kepada rakan penghantar di platform mereka dan meminta orang ramai untuk tidak melakukan pesanan sepanjang hari sebagai tanda solidariti.
Ini bukan kali pertama tindakan mogok diambil oleh rakan penghantar di Malaysia. Pada tahun 2019 rakan penghantar Foodpanda turut melakukan mogok kerana syarikat didakwa tidak memberikan bayaran yang setimpal.
Semoga mogok yang dilakukan oleh pihak rakan penghantar makanan kita ini berjaya mencapai matlamatnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebahagiaan sebenar seorang ibu adalah bila melihat anak-anaknya berjaya dalam kehidupan dan pelajaran.
Baru-baru ini, pelakon Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shiera telah memuat naik gambar majlis konvokesyen peringkat diploma anak sulungnya yang bernama Allisya Tahir di HELP University.
Menurut Shiera, dia berbangga dengan anaknya yang berjaya menamatkan pengajian apatah lagi gadis itu sudah mendapat pekerjaan.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Rata-rata komen mengucapkan tahniah buat Shiera dan juga anak gadisnya kerana berjaya dalam pelajaran.
Luah Rasa Syukur
Menurut Berita Harian, Shiera, 45, berkata biarpun dia terpaksa berdepan pelbagai dugaan, dia bersyukur anak hasil perkahwinan pertama dengan vokalis Black Dog Bone, Jatt itu dapat menamatkan pelajarannya.
“Meskipun hanya pada peringkat diploma, saya berbangga dengan pencapaian Allisya yang kini bekerja mengendalikan media sosial di sebuah agensi.
“Buat masa ini, Allisya belum mempunyai sebarang perancangan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Saya juga tidak mahu memaksanya dan kalau boleh, biar keinginan itu datang dari hatinya sendiri,” katanya.
Sambal Nyet Bilis Khairul Aming tampil dengan rasa baharu menggunakan bahan tempatan berkualiti, ikan bilis segar dan formulasi khas yang menarik perhatian peminat.