Selepas mengambil kira bencana banjir di beberapa buah negeri dan kesusahan lain yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini, Perdana Menteri semalam mengambil keputusan untuk membatalkan apa-apa sambutan ambang tahun baru 2023.
Katanya, kabinet memutuskan agar sambutan besar-besaran di lokasi keramat, Dataran Merdeka dibatalkan selepas mengetuai mesyuarat kabinet di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya.
Susulan pengumuman itu, ramai tertanya-tanya sekiranya sambutan ambang tahun baru yang telah dirancang di lokasi lain masih akan berlangsung seperti biasa.
Salah satu konsert sambutan yang telah dirancang oleh pihak penganjur tempatan adalah konsert Travie McCoy New Year Countdown bersama Alexis Kings 2023. Dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 31 Disember ini, ia merupakan di antara konsert paling dinanti-nantikan oleh peminat Travie dan kumpulan Gym Class Heroes.
Ads
Setelah sekian lama menantikan kunjungan penyanyi rap itu, ini merupakan kali pertama Travie, 41 akan bertandang ke Malaysia.
Lantas ramai mengharapkan agar konsert tersebut tidak akan menerima nasib sama seperti konsert ambang tahun baru di Dataran Merdeka. Sewaktu dihubungi REMAJA, wakil penganjur konsert iaitu Pushplay Production Sdn Bhd mengesahkan ia masih akan berjalan seperti yang dirancang.
Tinjauan REMAJA di akaun Instagram Pushplay Production juga mendapati penjualan tiket masih diteruskan hingga ke hari ini menerusi laman web myticket.asia. Tiada sebarang notis menyatakan apa-apa mengenai pembatalannya.
Ads
Travie McCoy.
Untuk pengetahuan, Travie McCoy pernah melakar kejayaan menerusi kolaborasi duet bersama Bruno Mars menerusi single Billionaire sekitar tahun 2010. Terbaru, dia telah menghadiahkan single berjudul A Spoonful of Cinnamon pada Jun 2021.
Bagi yang berminat untuk menonton persembahan Travie secara langsung sempena sambutan tahun baru 2023 minggu hadapan, korang masih boleh mendapatkan tiket yang dijual bermula dari harga RM399 (CAT 3), RM499 (CAT 2), RM599 (CAT 1), RM499 (VIP) dan RM8,999 (VVIP BOX).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan menjadi antara medium belian secara dalam talian pilihan pengguna, Shopee kini khabarnya bakal memperkenalkan perkhidmatan tempahan makanan yang dinamakan ShopeeFood.
Perkhidmatan ini lebih kurang seperti GrabFood dan Foodpanda dan buat masa ini hanya akan beroperasi di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja.
Menurut ciapan di laman twitter Shopee Malaysia, platform ini sedang mencari Rakan Penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur dan Selangor dengan syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
• Warganegara Malaysia (kad pengenalan biru)
• Berumur 18 tahun ke atas
• Mempunyai lesen motosikal (sekurang-kurangnya mempunyai lesen P dan ke atas)
• Mempunyai telefon bimbit yang menyokong peranti iOS 10 dan ke atas atau Android 4.4 dan ke atas
• Tiada rekod jenayah lampau PDRM
• Tiada rekod penggantungan atau larangan di platform Shopee
Kami sedang mencari Rakan Penghantar ShopeeFood di Kuala Lumpur & Selangor! Jom apply kat link ni sekarang! 👉🏻 https://t.co/wQ7b6v3n8w
Sebelum ini, ShopeeFood telah pun diperkenalkan oleh Shopee Indonesia dan kini nampaknya Malaysia juga bakal mempunyai perkhidmatan penghantaran makanan di aplikasi tersebut.
Dengan aplikasi mudah alih, pengguna dapat memesan makanan daripada pelbagai vendor yang mengambil bahagian dan akan dihantar ke rumah korang dalam masa terdekat. Apa yang membezakannya dengan aplikasi lain adalah kemampuan yang membolehkan pengguna membayar makanan mereka menggunakan e-wallet ShopeePay.
Wah makin banyaklah pilihan penghantaran makanan yang boleh dibuat nanti. Inisiatif ini juga sedikit sebanyak dapat membuka rezeki para peniaga untuk menambah pendapatan sewaktu musim pandemik ini.
Setiap individu menginginkan sepasang baju tidur yang selesa kerana apabila sudah seharian penat bekerja atau melakukan kerja-kerja rumah, sudah tentu mereka inginkan tidur yang nyenyak tanpa gangguan.
Bukan hanya memilih pakaian yang selesa, kebanyakan perempuan juga gemarkan baju tidur yang cantik dan comel. Betul tak?
Nak tidur pun kenalah bergaya. Hiks!
Pilihan baju tidur dengan material yang sesuai adalah perlu diutamakan kerana jika tidak, korang akan berasa tidak selesa dan panas.
Jadi, sekiranya ada yang sedang mencari baju tidur, berikut senarai yang telah dikongsi oleh Iman Abdul Rahim tentang pilihan baju tidur yang korang boleh beli di Shopee.
Paling penting, harganya murah dan berbaloi!
1. Siapa yang suka warna pink, nah pilihan pyjamas untuk korang. Boleh rujuk chart untuk tahu saiz yang betul.
Bila dipatuk ular, apa perkara pertama yang bermain di fikiran korang? Sedut bisa? Ikat bahagian anggota tubuh yang dipatuk? Atau terus panik lalu jatuh pengsan?
Ha, jangan gelak dengan soalan-soalan yang kami tanyakan ini sebab percaya atau tidak, kalau dah digigit ular mesti ramai yang mula takut dan terus cemas.
Waktu inilah kepala ligat berfikir tentang petua orang-orang dulu. Kena buat itu, kena buat ini. Persoalannya, adakah segala petua yang dikongsi itu adalah benar atau hanya mitos semata?
Gambar hiasan
Nah, kalau nak tahu cara sebenar bagaimana mengendalikan patukkan ular sebelum mendapat rawatan hospital, baca pengalaman dan panduan yang dikongsi oleh Dr Taufiq Razif ketika berhadapan dengan situasi ini.
Kalau kita nampak orang kena patuk ular, jangan tiru cerita Hindustan. Cerita Hindustan ni dia main bedal je toreh kulit dan hisap bisa.
Jangan sedut.
Jangan ikat.
Jangan toreh.
Jangan picit luka.
Yang kena buat adalah :
1. Bertenang dan jangan panik
2. Jauhi ular tu
3. Jangan tangkap ular tu. Cukup ingat warna, bentuk kepala (tiga segi ke bulat) dan keadaan ular tu masa ular tu patuk (kalau ular tedung ni cara patuk dia sangat khas)
4. Bahagian badan yang kena patuk tu jangan gerak sangat. Pergerakan otot boleh mempercepat penyerapan bisa ular itu ke dalam saluran darah.
5. Limitkan anggota badan yang kena patuk tu dengan splint/sling. Nak senang faham, buat la macam mana pun asalkan anggota badan tu tak bergerak sangat masa nak dibawa ke hospital.
6. Masa ke hospital, jangan singgah beli nescafe atau air kopi ya. Kafein dalam tu boleh membuatkan degupan jantung makin laju. Bila jantung makin laju, makin la cepat bisa ular tu tersebar.
Ingat, kalau kena patuk ular jangan panik melulu. Lakukan saja cara yang telah dikongsi ini dan segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.