Sambut Birthday Ke-20 Tahun, Asad Motawh Belanja “Six-Pack” Buat Peminat

Share

Siapa tak kenal Asad Motawh, influencer dan juga pelantun single tunggal sulungnya, Senyum . Baru-baru ini muat naik foto terbaru di laman Instagramnya sempena hari lahirnya.

HOW DID HE DO THAT?!

Ternyata kini, Asad Motawh sudah tidak lagi dibayangi dengan imej kanak-kanak apabila kita melihat transformasi dirinya sekarang.

Menginjak usia 20 tahun, pada 3 September 2021, genaplah 20 tahun usia As’ad Ahmad Muhammad Motawh atau lebih dikenali sebagai As’ad Motawh . Kini Asad telah tampil berbeza dengan ‘menghadiahkan’ gambar terbarunya dengan menayang six-pack yang pastinya membuatkan peminat terutamanya para gadis ‘histeria’.

 

Menerusi perkongsian tersebut, penyanyi lelaki itu dengan ringkas mengucapkan selamat hari lahir buat dirinya dan menyertakan sekali akaun Instagram jurugambar yang menyunting gambar terbarunya.

Boleh dilihat perubahan ketara dirinya khususnya fizikalnya. Susulan itu, kelihatan ramai peminat yang teruja malah tidak kurang juga yang mengucapkan selamat hari lahir.

Kepada As’ad, team REMAJA ucapkan Happy Belated Birthday dan selamat maju jaya!

IKLAN