Dengan keadaan wabak Covid-19 yang sedang melanda Malaysia sekarang, ramai di antara kita yang sedang kembali mengatur strategi perancangan.
Bagi yang dulunya terfikir untuk menyambung pelajaran, mereka akan berfikir dua kali memandangkan kelas dan peperiksaan yang selalu ditunda pada kebelakangan ini.
Bagi yang ingin bekerja pula, tidak banyak syarikat yang sedang membuka peluang pekerjaan buat masa ini.
So how?
*
Menerusi segmen di rancangan Wanita Hari Ini sebentar tadi, mereka telah membincangkan konsep bekerja sambil belajar di kalangan pelajar lepasan SPM bawah 20 tahun.
2 tetamu jemputan mereka menerusi paparan live telecast iaitu Najwa Latif dan Sufian Suhaimi sempat memberikan pendapat mereka mengenai topik ini.
Bagi Najwa yang memulakan karier semasa di bangku sekolah lagi, dia menyifatkan adalah satu cabaran untuknya ‘memegang duit’ sejak kecil.
Iyalah, mana tahu bila dah seronok sangat bekerja dan memperolehi pendapatan, nafsu nak belajar tu semakin susut.
However, as we all know, that is not the case with Najwa Latif.
“Ibu Wawa berikan syarat sejak awal. Najwa Latif ke tak Najwa Latif ke, sekurang-kurangnya Wawa kena tamatkan Degree.
“Wawa bertuah kerana mampu seimbangkan 3 perkara iaitu menjadi seorang penyanyi, seorang tenaga pengajar dan seorang pelajar. Bila kita minat untuk bekerja dan belajar, kita akan berikan 100 peratus dan buat sepenuh hati,” katanya.
Najwa juga tak menolak kemungkinan untuk menyambung pengajian ke peringkat PhD pulasama ada pada akhir tahun ini ataupun pada awal 2021.
Ads
“Kepada pelajar lepasan SPM yang ingin sambung belajar, ambillah kursus yang kita minat dan bincang dahulu dengan keluarga.
“Bagi yang nak bekerja dulu, tiada masalah pun kerana kita akan dapat belajar daripada pengalaman. Kedua-duanya adalah win-win choices kerana ilmu tetap dapat.
“Namun untuk lebih ke hadapan, pelajaran sentiasa adalah permanent plan kita.”
*
Bagi Sufian Suhaimi pula, ramai yang mengetahui bagaimana Sufian telah memperolehi kelayakan Master dalam jurusan Komunikasi Massa dari UiTM Shah Alam.
Ads
Namun, Sufian mendakwa dia enggan terlalu ghairah untuk menyambung pengajian di peringkat PhD buat masa ini atas faktor strategi.
“Sekarang, ramai orang muda dengan kelayakan PhD yang berdepan dengan dilema overqualified graduates.
“Bila dah sampai ke tahap itu, ramai majikan yang berkira-kira sama ada nak ambil dia bekerja atau tidak kerana takut mereka akan demand tinggi. Jadi untuk saya, biarlah situasi semasa lebih stabil dahulu sebelum saya lanjutkan pelajaran.
“Semasa saya sambung Masters dahulu pun, saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah. Tetapi pada masa yang sama saya cuba saja nasib dalam bidang nyanyian. Dan apabila masa depan saya dalam muzik nampak seakan menjadi, saya teruskan saja.
“Apapun, pelajaran harus jadi keutamaan kerana apa-apa saja boleh terjadi. Oleh itu, jadikan pelajaran sebagai back up utama. Saya sendiri tamatkannya walaupun sibuk dengan karier,” jelasnya.
Bagaimnapun, Sufian juga memahami realiti kehidupan setiap individu itu berbeza. Ada remaja yang perlu melepaskan impian bergelar pelajar dan terus bekerja selepas SPM disebabkan survival kehidupan sekeluarga.
“Itu tak salah kerana ramai saja orang di luar sana yang berjaya tanpa memiliki sijil pelajaran tinggi. Tetapi itu tak harus menjadi alasan untuk tidak belajar. Dunia kan tak ada batasan.”
Betul tu Sufian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.
Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.
Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.
“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.
“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.
Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.
“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.
Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.
Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!
KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut dan nampak remeh tapi jangan terkejut kalau dikatakan mungkin ramai remaja di luar sana yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.
Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak. Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Untuk itu, ilmu cara mandi wajib ini perlu dipelajari.
Juga disebut mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun-rukunnya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Perkara Yang Diperlukan Mandi Wajib
1. Keluar sperma atau air mani
2. Hubungan seksual (Persetubuhan)
3. Terhenti keluarnya darah haid
4. Terhenti keluarnya darah nifas
5. Melahirkan
6. Meninggal Dunia
Langkah Dan Cara Mandi Wajib
1. Niat ketika air sampai ke tubuh
2. Membaca “Bismillah”
3. Mencuci tangan sebanyak tiga kali
4. Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5. Membersihkan atau menyucikan tangan kiri dengan sabun
6. Berwuduk. Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa sepertimana biasa dilakukan sebelum melakukan solat. Ataupun boleh menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7. Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara meratakan kepala lau siram 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadith dari ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari yang maksudnya:
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua-dua tangannya”
Ketika menyiram kepala, hendaklah dimulai dengan bahagian kanan, kemudian bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) yang maksudnya:
“Baginda menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri”
Bagi wanita yang mandi untuk haid atau mandi junub, perlu melepaskan ikatan rambut tersebut. Ini pula berdasarkan hadith ‘Aisyah (R.A) di dalam Sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan haji. Lalu Baginda Rasulullah SAW berkata sedemikian:
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
Dari ‘Aisyah (R.A): “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci”. (Sahih Muslim)
9. Meratakan air ke seluruh tubuh badan
10. Berwuduk jika hendak mengerjakan solat fardhu. Perbezaan antara mandi wajib dengan mandi sunat hanyalah pada niatnya sahaja. Cara kaedah mandi adalah sama.
VIDEO CARA MANDI WAJIB YANG RINGKAS
Penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus tentang cara mandi wajib yang ringkas.
Semoga perkongsian ini mampu memberi manfaat buat semua remaja diluar sana. Ingat ye kalau mandi wajib tak betul semua ibadah yang dilakukan juga tidak sah.
Wallahu’alam
Sumber : Majalah Cahaya, Bil 106, Tahun 24, Isu 3/2012, Bahagian Penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap tahun Malaysia akan menghantar seorang wanita cantik untuk mewakili negara bagi merebut gelaran Miss World. Malam tadi, Hotel Majestic Kuala Lumpur menjadi saksi kemenangan gadis berusia 22 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur mengungguli takhta sebagai Miss Universe Malaysia 2019, sekaligus akan mewakili Malaysia dalam pertandingan ratu cantik dunia tahun ini.
Shwetajeet Kaur atau lebih dikenali sebagai Shweta Sekhon berentap bersama 17 gadis yang lain bagi merebut gelaran idaman para gadis cantik. Gadis cantik berdarah kacukan ini merupakan seorang freelance model dengan ketinggian 172cm yang gemar mendengar muzik, bercuti dan ‘hiking’. Ingin menjadi idola kepada gadis-gadis diluar sana dengan memberi inspirasi agar tidak mudah berputus asa dan kekal positif dalam setiap apa yang dilakukan, Shweta tidak gugup dalam memberikan jawapan dari setiap soalan yang diberikan ketika malam final pertandingan ratu cantik itu.
Shweta menerima tiara Habib Jewels yang berharga RM2.38 juta dengan wang tunai dan hadiah tajaan yang berjumlah RM180,000 serta tajaan pendidikan daripada HELP Universiti.
Turut menduduki takhta di tempat kedua Frost Yaw Hui Jing, 25 tahun yang berasal dari Johor, Tessminderjeet Kaur, 23 tahun dari Selangor dan Lee Su Hsien @ Su Lee berusia 25 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur.
Datin Elaine Daly yang merupakan Pengarah Negara Pertubuhan Miss Universe Malaysia (MUMO) berkata, pertubuhan Miss Universe Malaysia ini akan sentiasa memberi inspirasi, mengubah dan memperkasakan wanita muda di luar sana untuk tampil yakin dan cantik supaya mereka dapat berdiri megah di platform global dan membawa bendera Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Tema ‘Beauty Beyond You’ yang mengambarkan semangat para gadis yang berpeluang untuk bersinar bukan sahaja luaran, malah kecantikkan dalaman juga. Datin Elaine Daly juga mengucapkan tahniah kepada Ratu Cantik Malaysia 2019 dan menyatakan bahawa banyak persiapan yang perlu dilakukan sebelum pertandingan Ratu Cantik Dunia tahun ini yang masih lagi dalam berbincangan.
Apa-apa pun, REMAJA mengucapkan tahniah kepada Shweta Sekhon yang telah dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2019.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Putri, anak angkat Steven Sim, menunjukkan semangat juang luar biasa walau diuji dengan cabaran hidup dan kesihatan. Ketahui bagaimana beliau terus cemerlang di akademik dengan sokongan Steven Sim.