Adam Khalid

 

Dengan keadaan semasa di mana dunia masih ‘terperangkap’ dalam pandemik wabak Covid-19 dan acara sukan sukar dilaksanakan dalam skala besar seperti kebiasaan, pemandu remaja Adam Khalid tampil membanggakan Malaysia apabila menjuarai kategori MSF Ultimate pada perlumbaan Merdeka Race 2020.

Adam yang memandu jentera SEAT Leon Cupra (mirip jentera Golf GTI tetapi mempunyai spesifikasi Eropah) jelas selesa dengan jentera tersebut walaupun ia merupakan kali pertama dia memandunya.

Satu pencapaian yang REMAJA rasakan membanggakan apabila dia mampu mencapai kejuaraan dengan jentera yang mempunyai hanya 400 kuasa kuda berbanding jentera lain yang mencecah 600 hingga 700 kuasa kuda.

5 Bulan Tidak Berlumba, Adam Khalid Banggakan Malaysia

“Saya bermula dengan perlumbaan Formula BMW pada awal karier saya, sebelum saya beralih ke Formula 4 dan Formula 3. Sekitar 2016, saya memutuskan untuk beralih ke perlumbaan jentera Teen Top (seperti perlumbaan GT car ataupun TCR car) kerana bagi saya, ia lebih praktikal untuk jangka masa panjang.

IKLAN

“Dari situ, saya menyertai perlumbaan lokal seperti Malaysia Championship Series. Selepas setahun, saya menjadi di antara perlumba bertuah yang terpilih untuk melakukan shoot out (perlumbaan ujian dan kursus intensif) oleh Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk mewakili negara dan mengibarkan Jalur Gemilang,” kata pemandu berusia 22 tahun itu.

5 Bulan Tidak Berlumba, Adam Khalid Banggakan Malaysia

5 Bulan Tidak Berlumba, Adam Khalid Banggakan Malaysia

IKLAN

Kata Adam, tahun 2020 sepatutnya dipenuhi dengan jadual perlumbaan yang sibuk. Namun dia akur dengan keadaan pandemik di seluruh dunia yang tidak boleh dielakkan.

“Sepanjang tempoh PKP, saya telah mengisi masa berlatih dengan jurulatih kami, Roman dan SIC. Bukan saja latihan memandu dan kecergasan, tetapi juga latihan komunikasi agar saya bersedia untuk bertemu dengan media, sebagai contoh,” tambahnya lagi.

Walaupun perlumbaan Merdeka Race 2020 yang berlangsung baru-baru ini diadakan secara tertutup tanpa penonton, Adam tidak sesekali menganggap ia kurang penting berbanding perlumbaan lain. Ini memandangkan ia adalah perlumbaan pertama yang disertainya selepas Malaysia menerima arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

IKLAN

“Saya lakukan sebaik mungkin dan saya ingin berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan kerana membenarkan perlumbaan tersebut dijalankan,” katanya yang menyambut kejayaan itu dengan pemandu, Gilbert Tang bagi pasukan SIC Viper Niza.

Tak sabar untuk menantikan lebih banyak aksi dan kejayaan daripada pelumba remaja ini!

KLIK video di bawah untuk mendengar tip oleh Adam Khalid bagi korang yang mempunyai impian untuk memulakan karier dalam sukan pemotoran. Macam mana eh..?

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI