Bagi korang yang tidak berkesempatan untuk menghabiskan cuti hujung minggu panjang sempena perayaan Hari Natal untuk ke Genting Highlands bagi merasai pengalaman ‘salji’ turun pada malam hari, jangan risau!
Ini kerana ‘salji’ turut didatangkan khas di Kuala Lumpur.
Sejak 20 Disember lalu, pusat membeli-belah Avenue K yang terletak di Jalan Ampang telahpun menawarkan pengalaman menarik bagi para pengunjungnya dengan ‘menurunkan salji’ di kaki lima bangunan tersebut selama 15 minit pada setiap malam.
Ia bersempena perayaan Hari Natal dan perayaan Tahun Baru 2024 yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Tinjauan REMAJA di platform media sosial mendapati orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi laluan kaki lima (berhadapan dengan stor Sephora) di Avenue K bagi mengambil foto serta merakam video bagi hantaran Reels mahupun TikTok mereka apabila ‘salji’ turun.
Ads
Dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas, ia sememangnya suatu pemandangan indah yang cukup mengasyikkan terutamanya di negara seperti Malaysia yang tidak mengalami empat musim.
Menurut hantaran di Facebook rasmi Avenue K, tarikan salji tersebut akan diteruskan pada setiap malam sehingga 1 Januari 2024 di pintu masuk aras G pada jam 7.45 – 8.00 malam. Khas bagi hari Jumaat, Sabtu, Ahad dan pada cuti umum pula, Avenue K menambah satu lagi slot iaitu pada jam 8.30 malam – 8.45 malam.
Alang-alang sudah berada di Avenue K, jangan lupa juga untuk menyaksikan pohon Krismas tertinggi di Malaysia bertempat di hadapan kolam air pancut Suria KLCC yang terletak bersebelahan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan Negeri Selangor mengumumkan satu inisiatif menarik apabila bakal menawarkan kelas bahasa Mandarin dan beberapa bahasa asing lain secara percuma kepada rakyat negeri itu bermula tahun 2026.
Jadi, buat anda yang selama ini teringin menguasai bahasa antarabangsa tetapi terhalang dengan kos yang mahal, inilah peluang terbaik untuk belajar tanpa perlu mengeluarkan ratusan ringgit bagi yuran kelas.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan bahawa kelas bahasa ini akan dijalankan sepenuhnya secara dalam talian, sekali gus memberi ruang lebih fleksibel kepada rakyat untuk meningkatkan kemahiran bahasa tanpa kekangan masa dan lokasi.
Antara bahasa yang ditawarkan secara percuma termasuk Mandarin, Tamil, Arab, Perancis, Jerman dan Sepanyol.
Menerusi laporan media tempatan, Amirudin menjelaskan bahawa program ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Selangor untuk memperkukuh keupayaan multilingual dalam kalangan rakyat, selain menyemai semangat perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Beliau turut berkongsi bahawa program kelas bahasa ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak era pandemik COVID-19 oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan kerjasama pusat-pusat bahasa, ketika itu dengan bayaran serendah RM10.
“Program tersebut menerima sambutan yang sangat menggalakkan,” katanya.
Tambah Amirudin, penguasaan pelbagai bahasa bukanlah faktor pemisah, sebaliknya menjadi kekuatan penting untuk rakyat Malaysia bersaing di peringkat global. Malah, kemahiran bahasa ini juga amat berguna khususnya buat rakyat Malaysia yang gemar melancong ke luar negara.
“Bahasa adalah kekuatan yang membolehkan kita bersaing di peringkat dunia, bukannya punca perpecahan.
“Oleh itu, mulai tahun depan, Kerajaan Negeri Selangor menawarkan kelas bahasa Arab, Mandarin, Tamil, Perancis, English, Jerman dan Sepanyol secara percuma agar rakyat Selangor mampu menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa, termasuk Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” jelasnya.
Pengumuman mengenai inisiatif kelas bahasa asing percuma ini dibuat sempena Sambutan Krismas Negeri Selangor 2025 yang berlangsung di 1 Utama, Petaling Jaya, pada 14 Disember lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, seorang anak Malaysia sekali lagi berjaya mencipta sejarah tersendiri dan mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa apabila menamatkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Bersepadu dalam Kejuruteraan Elektronik dan Elektrik di University of Edinburgh dengan memperoleh sijil Kepujian Kelas Pertama.
Menurut perkongsian dari laman Facebook Pejabat MARA London dan Ireland, pencapaian ini diraih oleh alumni Kolej MARA Banting (KMB) iaitu Amani Binti Amri. Apa yang lebih membanggakan, pencapaian ini turut disertai dengan penerimaan Whittington Prize, sebuah pengiktirafan berprestij yang hanya diberikan kepada pelajar terbaik dalam bidang Kuasa Elektrik.
“Kejayaan Amani lebih manis apabila beliau turut menerima Whittington Prize, pengiktirafan berprestij yang diberikan kepada pelajar terbaik dalam bidang Electrical Power,” tulisnya.
Kredit foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Dalam pada itu, anugerah ini juga membuktikan Amani bukan sekadar pelajar cemerlang dalam akademik, tetapi juga unggul dalam bidang kepakarannya.
Selain itu, kejayaan ini mengangkat martabat pelajar tajaan MARA di pentas global, sekaligus menepis keraguan bahawa pelajar tempatan tidak mampu bersaing dengan graduan terbaik dunia. Ia turut membuktikan usaha gigih dan semangat juang mampu membuka ruang yang luas di persada antarabangsa.
Pada masa yang sama, gadis muda ini bakal memulakan kerjaya profesional sebagai ‘Graduate Energy Engineer’ di Arup Malaysia iaitu sebahagian daripada Arup Group yang berpangkalan di London.
“Pencapaian tersebut sekaligus mengangkat nama pelajar tajaan MARA di pentas antarabangsa dan membuktikan keupayaan mereka bersaing dengan pelajar terbaik dunia,” jelas perkongsian itu lagi.
Kredit foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Sementara itu, menurut Amani, beliau jelas melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya dengan penuh potensi dan visi masa depan. Usaha kerasnya juga akhirnya berbaloi dan berjaya memberi hasil yang setimpal walaupun terpaksa berdepa dengan laluan akademik yang penuh cabaran.
Intihanya, kejayaan ini bukan sekadar milik Amani, tetapi juga inspirasi buat generasi muda Malaysia untuk mencontohi kecemerlangan, keberanian, dan semangat tidak pernah berputus asa dalam mengejar ilmu serta impian.
Syabas kami ucapkan!
Sumber artikel & foto: FB Pejabat MARA London & Ireland
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang tempoh ‘total lockdown’ yang sudahpun dilangsungkan selama dua hari, sektor ekonomi negara adalah di antara sektor yang paling mendapat perhatian ramai.
Bukan saja ia membawa kesan kepada golongan peniaga, malah orang ramai yang perlu mendapatkan barangan, servis, perkhidmatan dan perlu melangsaikan rutin harian turut terkesan dengan SOP baharu ini; seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.
Salah satu operasi yang masih dibolehkan kerajaan adalah perkhidmatan & penjagaan veterinar serta klinik haiwan.Ada sebab mengapa haiwan peliharaan diberi keutamaan berbanding penerima perkhidmatan jenis lain.
Macam mana kita tertarik dengan kecomelan si Oyen, Tompok, Putih dan Belang; sebagai pemiliknya bertanggungjawab, kita perlu memastikan haiwan peliharaan berada dalam keadaan selamat, sihat dan ria walaupun dalam tempoh lockdown.
Bagi menggalakkan penjagaan haiwan yang baik, Royal Canin Malaysia pada bulan ini ingin mengingatkan korang agar terus menjaga kesejahteraan haiwan peliharaan sepanjang tempoh dua minggu ini (atau lebih).
Jangan disebabkan rasa panik untuk berdepan dua minggu penuh mencabar ini, kita sampai terlupa untuk membuat temujanji doktor veterinar.
Selagi kita (dan Oyen) mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, tiada masalah pun untuk membawa haiwan berjumpa doktor secara berkala.
Bak kata Royal Canin dalam kempen yang baru dilancarkan mereka semalam pada 1 Jun, marilah “Take Your Pet to The Vet” yang berdaftar.
Kita perlu menempah temujanji dengan doktor veterinar sekurang-kurangnya dua kali setahun; bermula pada awal usia hingga ke usia emas haiwan bagi memastikan penjagaan kesihatan berbentuk pencegahan.
“Semasa tempoh berkurung (lockdown), kami menerima maklum balas peningkatan pemilikan haiwan peliharaan.
“Justeru, pemeriksaan oleh doktor veterinar sebanyak dua kali setahun membantu pemilik mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan, keperluan nutrisi, tabiat dan minat haiwan peliharaan mereka sepanjang tempoh ini.
“Pemeriksaan berjadual juga boleh mengenalpasti situasi medikal lebih awal, dan mencegah sesetengah penyakit daripada menjadi lebih teruk.”
Pengurus Komunikasi Saintifik Royal Canin Malaysia – Dr. Kavindaran Krisnasamy
Kempen Take Your Pet to The Vet oleh Royal Canin ini akan berlangsung selama LIMA bulan bermula 1 Jun hingga 30 November 2021.
Bersempena kempen ini, Royal Canin telah menyediakan pelbagai aktiviti dan hadiah menarik tau untuk kucing dan anjing peliharaan korang!
.
Puppy & Kitten On-Boarding
Daftarkan anak kucing dan anak anjing di aplikasi Royal Canin Club yang boleh dimuat turun di Apple Store dan Google Play Store. Pemilik haiwan akan menerima baucar penjagaan kesihatan haiwan bernilai RM30 bermula 1 Julai selepas mendaftar profil haiwan di aplikasi.
Di Royal Canin Club, korang boleh mendapat nasihat cara didikan dan pilihan nutrisi kesihatan bagi anak kucing dan anak anjing.
.
Pet2Vet Contest
Setelah mendaftar di aplikasi Royal Canin Club itu, bolehlah korang sertau pertandingan Pet2Vet untuk memenangi baucar penjagaan kesihatan bernilai RM50. Baucar itu boleh digunakan untuk sesi konsultan perkhidmatan kesihatan di klinik-klinik yang tersenarai di aplikasi Royal Canin Club!
Lebih 2,000 baucar akan diberikan dalam dua fasa, iaitu 1 Jun-30 Julai 2021 dan 1-30 September 2021.
.
Jom Talk Pets! Podcast
Malas nak baca? Haa, dengarkan je topik menarik seperti isu parasit pada haiwan peliharaan, pemandulan haiwan, cara terbaik melatih haiwan dan banyak lagi. Semua itu ada di podcast rasmi Royal Canin Malaysia berjudul “Jom Talk Pets”. Ia boleh dimuat naik di Spotify, Apple Podcast dan Google podcast.
.
Pet2Vet Digital Event
Acara Pet2Vet Digital Event akan disertai oleh pemilik haiwan peliharaan di Malaysia. Acara yang akan diadakan di Facebook Royal Canin Malaysia ini akan berkongsi tip bekesan daripada pakar haiwan peliharaan, pemilik haiwan peliharaan dan doktor veterinar secara percuma. Namun, REMAJA masih tidak pasti mengenai tarikh acara ini diadakan pada tahun ini.
*
So guys, ingat ya. Si Oyen pun perlukan penjagaan terbaik daripada kita sebagai pemiliknya.
Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan apabila Biduanita Negara itu mengejutkan ribuan peminat dengan satu pengumuman istimewa yang cukup bermakna dalam...