Sebagai sebuah e-peruncit fesyen dan gaya hidup global, SHEIN komited untuk meraikan semangat lebaran di samping memberikan inspirasi kepada warga Malaysia untuk berfesyen dan menyerlahkan keperibadian diri dengan pelbagai gaya dan rekaan yang sesuai untuk musim perayaan ini terutama bagi menggayakan di majlis rumah terbuka.
SHEIN juga teruja untuk melancarkan kempen hari raya, ‘Bersiap untuk berhari raya bersama rakan dan keluarga anda dengan SHEIN’ bagi membawakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada para pembeli.
Ads
Tutur pelakon dan penyanyi jelita tanah air, Kilafairy, dia mengakui pilihan pakaian daripada SHEIN adalah amat mengagumkan kerana kesemua produk yang tersedia dapat dipadankan mengikut citarasa dan gaya mengikut kreativiti sendiri untuk digayakan pada hari lebaran atau selepas itu.
“Pilihan pakaian cantik yang ditawarkan oleh SHEIN adalah sangat mengagumkan! Ini menjadikan saya rambang mata untuk memilih pakaian yang saya gemari untuk disuai padankan secara mix and match.
Ads
“Ada kalanya gaya memadankan pakaian luar dengan pakaian dalam agak membosankan. Kini, dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang berbeza di SHEIN, saya dapat menggayakan semula pakaian saya.
“Selain saya mencipta gaya perayaan yang baharu!Pilihan yang terdapat di SHEIN adalah sangat hebat,” katanya panjang.
Dalam pada itu, SHEIN percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada pakalan bergaya untuk meraikan lebaran. Justeru itu, para pembeli bolen mendapatkan banyak pilihan vang bergaya dengan harga yang berpatutan dari SHEIN.
Warga Malaysia boleh mencari gaya unik mereka dalam koleksi raya SHEIN yang menampilkan busana sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti yang sesuai untuk hampir semua personaliti.
Dengan SHEIN, para pelanggan bole menyuai padankan secara ‘mix and match’ pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan mereka. Pengguna boleh melayari laman web rasmi SHEIN untuk mengetahui tentang pelbagai produk yang tersedia di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pulau Langkawi merupakan lokasi pilihan percutian bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi pelancong di seluruh dunia. Sebut sahaja Langkawi, pasti ramai yang teruja untuk membeli coklat atau pingan mangkuk dengan harga yang lebih murah kerana pulau itu merupakan lokasi bebas cukai.
Pelancong boleh terus menaiki pesawat untuk ke sana, atau menaiki feri dari beberapa tempat untuk tiba di Langkawi. Walau bagaimanapun, difahamkan harga tiket bagi perkhidmatan feri ke Langkawi telah dinaikkan.
Kenaikan harga tambang itu dikatakan untuk menampung kos gaji pekerja yang semakin meningkat selain kos minyak diesel yang naik RM4.17 seliter pada tahun ini berbanding RM0.83 pada 2007. Tambang asal feri pergi dan balik dari Kuala Perlis ke Langkawi sebelum ini RM18 untuk dewasa bagi pelancong tempatan telah dinaikkan RM3 menjadi RM21 seorang, manakala kanak-kanak pula RM13 dinaikkan menjadi RM16.
Namun begitu, harga tiket bagi penduduk yang menetap di Langkawi masih lagi kekal RM15 (dewasa) dan RM10 untuk kanak-kanak. Bagi orang kurang upaya (OKU) juga dikekalkan dengan harga tiket RM10 serta warga emas berusia 60 tahun ke atas pula harga turut kekal RM13 seorang.
Penumpang yang menaiki feri dari Kuala Kedah pula perlu membayar tiket pada harga baharu iaitu RM26.50 (dewasa) berbanding harga asal RM23 seorang (warganegara). Bagi kanak-kanak pula menjadi RM20.50 berbanding harga asal RM17 seorang.
Harga tiket feri untuk pelancong bukan warganegara pula dinaikkan menjadi RM34.50 daripada harga asal RM23, manakala kanak-kanak bukan warganegara RM25.50 berbanding harga asal RM17.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ke mana tumpahnya kuah, kalau bukan ke nasi. Inilah perumpamaan yang sesuai digambarkan dengan pelantikan Datuk Onn Hafiz bin Ghazi sebagai Menteri Besar terbaru negeri Johor Darul Takzim. Beliau nampaknya mengikut jejak keluarganya yang sebelum ini menyandang jawatan penting dalam kerajan negeri Johor darul Takzim itu.
Lelaki berusia 43 tahun ini yang menang sebagai ahli dewan undangan negeri Machap di pilihan raya negeri Johor dengan kelebihan majoriti undi 6,543 undian telah mengangkat sumpah hari ini di hadapan DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kira-kira jam tiga petang tadi.
Onn Hafiz menerima surat tauliah pelantikan dan melafazkan sumpah menyandang jawatan dalam Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan Menteri Besar Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru.
Merupakan bekas pelajar Maktab Tentera Diraja dan graduan dalam bidang perakaunan dari University of Hertfordshire, United Kingdom, Onn Hafiz sebelum ini pernah memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor serta aktif dalam Gerakan aktiviti untuk generasi muda.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, politik dan Onn Hafiz bukanlah perkara asing. Tidak keterlaluan penulis katakan yang perkara ini sudah mengalir dalam darahnya.
Beliau merupakan cucu kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ketiga, Tun Hussein Onn dan ini menjadikannya sebagai anak saudara kepada Menteri Kanan Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Onn Jaafar
Moyangnya pula merupakan presiden pertama Parti UMNO dan Menteri Besar Johor yang ketujuh, Onn Jaafar. Manakala buyutnya pula, Jaafar Muhammad merupakan Menteri Besar Kesultanan Johor Moden yang pertama.
Selamat maju jaya REMAJA kepada Datuk Onn Hafiz!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pemain beregu badminton negara, Thinaah Muralitharan baru-baru ini berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dengan Kepujian atau BETESL daripada Open University Malaysia (OUM).
OUM menerusi satu perkongsian di aplikasi Facebook memaklumkan, Thinaah bukan sahaja bergelar graduan, malah atlet negara itu juga turut menerima Anugerah Khas Universiti: Ikon Sukan pada majlis konvokesyen universiti yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada 26 Oktober, Sabtu lalu.
Anugerah ikon sukan khas universiti itu mengiktiraf pelajar yang telah memberikan sumbangan besar dalam bidang sukan di samping cemerlang dalam akademik.
Dalam pada itu, pada 28 Februari lepas, OUM telah memberikan Thinaah biasiswa yang merangkumi semester dari Januari 2023 hingga Mei 2024.
Sekadar info, Thinaah memulakan pengajiannya di OUM pada Mei 2020, berkongsi mengenai minatnya yang mendalam terhadap bahasa Inggeris sejak kecil.
Ketika ini, Thinaah dan gandingannya, Pearly Tan menduduki ranking ketujuh dunia.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!