Kali terakhir Pencarian Hero Remaja menjengah skrin televisyen adalah pada edisi ketujuh iaitu pada tahun 2017. Dengan perkembangan throwback yang dimuat naik oleh beberapa orang finalis Hero Remaja terdahulu ini, apakah ada hint yang cuba untuk disampaikan oleh mereka? Hhm..
Siapa tak kenal dengan finalis Hero Remaja seperti Norman Hakim, Fizo Omar dan Kamal Adli. Pada zaman pencarian mereka bertiga iaitu pada tahun 1993/1994 (Norman) dan 2007/2008 (Fizo & Kamal), seluruh Malaysia bercakap mengenai kemunculan hero-hero baru ini dalam dunia seni tempatan. Tak keluar daripada pertandingan lagi, tapi dah direbut oleh peminat dan pengarah!
Terbaru, mereka bertiga masih aktif dengan karier masing-masing.
Fizo sedang menyambung pelajaran dan mengusahakan perniagaan menerusi FizoMawar Kitchendi Kota Bahru dan Bangi. Sementara itu, Norman sedang aktif dengan penggambaran Gerak Khas terbaru dan rancangan Famili Firdaus yang bersiaran di Astro Oasis. Begitu juga dengan Hero Remaja 2007/2008 iaitu Kamal Adli yang baru saja tamat penggambaran drama Setelah Terlafaznya Akad di Astro Ria.
Jadi apabila secara tiba-tiba mereka bertiga mengimbas kembali pengalaman Hero Remaja dahulu, ramai yang excited!
Gara-gara posting Fizo Omar di Instagram pada minggu lalu, ia diikuti dengan bebenang di bahagian komen oleh Fizo, Norman dan Linda Onn.
Kata Fizo pada caption, “Kenal mamat ini di stage Hero Remaja 2007/2008. Masa tu aku stucked main bola dan team aku bubar sebab ada masalah financial.
“Tak tahu nak buat ape nak survive dekat KL, sekali member hantar gambar suruh try Hero Remaja. Masa tu aku mmg kg.com lah, cakap KL pun bersepah bau budu. Duit pula cukup-cukup makan je, lari bajet sikit confirm ikat perut.”
Ads
Tambah Fizo lagi berkongsi persahabatannya bersama Kamal Adli, “Aku dengan Kamal banyak cerita sebenarnya. Iyalah zaman tak ada duit telur goreng sebiji pun boleh potong dua janji sama-sama boleh merasa.
“Ingat lagi masa pergi casting cari job. Ke hulu ke hilir naik scooter je tak pun tong tong duit minyak naik kereta Perodua Kancil aku.
“Baju seluar tak payah ckp lah memang share je, melainkan boxer. Apa yg boleh share jimat duit on je. Benda yg paling aku ingat malam sebelum final Hero Remaja, aku mencangkung dalam tandas potong rambut Kamal. Entah fesyen pun aku tak tahu, janji pendek. Boleh tahan handsome-lah sbb dia menang nombor 1 dan aku nombor 2.
Ads
“Itulah cerita budak Kelantan dan budak Pahang baru masuk industri. Alhamdulillah job berlakon, model, emcee semua sebat janji Halal. Rezeki Allah diberi sesuai dengan kita sebenarnya. Aku bangga dengan kau bro, very committed sehingga kau berjaya sekarang, bantu keluarga,” katanya.
Menariknya, senior Fizo dan Kamal iaitu Norman turut berkongsi pengalaman sebagai juri Bero Remaja 2007/2008.
Penulis sendiri baru dapat mengimbas kembali kenangan REMAJA bersama Linda Onn. Talking about throwback, pemenang Hero Remaja 2002/2003 iaitu Zed Zaidi juga pernah berkongsi foto lamanya semasa bertanding dahulu.
Hhm, semua sibuk throwback ni ada apa-apa perancangan ke untuk Pencarian Hero Remaja?
We’ll see.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kedatangan Ramadan pastinya bulan yang paling dinantikan seluruh umat Islam untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan mengejar pahala yang berlipat kali ganda ganjarannya.
Bulan yang penuh barakah ini juga kita dapat lihat ramai di kalangan muslim di serata dunia menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah untuk merasai sendiri pengalaman berpuasa dan sudah tentunya beribadah di sana.
Sama juga seperti pelakon bakat baharu ini, Shasha Abedul yang bakal menjalani ibadah puasa dan mengerjakan umrah sepanjang Ramadan di Tanah Suci bersama ibu saudaranya.
Berita baik tersebut dikongsikan pelakon drama hit Projek: High Council itu menerusi beberapa hantaran foto yang dimuat naik di entri Instagram miliknya.
“Assalamualaikum semua, syukur Alhamdullilah, bulan Ramadan tahun ini saya dapat jemputan dari yang Maha Esa untuk ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah.
“Bagi yang ku mengenali rapat, rakan-rakan, sahabat dan semuanya. Saya di sini ingin memohon ampun dan maaf sedalamnya atas segala perkara yang mungkin terguris hati kalian,” coretnya.
Dalam pada itu, bintang meningkat naik itu turut memohon doa yang baik-baik daripada pengikutnya agar perjalanan pergi, pulang serta urusan di sana dipermudahkan.
“Saya harap kalian dapat mendoakan perjalanan saya ke sana, pergi dan kembali. Dan, semoga segalanya dipermudahkan bagi saya. Doa kalian amat saya hargai,” katanya.
Menurut laporan media sebelum ini, Shasha memaklumkan dia tiada perancangan untuk membuat ibadah umrah namun telah menyimpan niat pada tahun lalu.
Selain itu, sebagai persiapaan di sana, pelakon dan model itu juga melakukan senaman setiap hari untuk bersedia mental dan fizikal dengan rutin semasa berada di sana.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memberi fasiliti yang baik adalah salah satu inisiatif yang telah dibuat oleh pihak pengurusan Universiti Utara Malaysia (UUM) apabila mereka telah mengubah suai bas untuk dijadikan surau bergerak atau lebih dikenalo sebagai ‘Musolla On Wheels’ sebagai kemudahan bagi penuntut university menunaikan solat.
Menurut Harian Metro, Pengarah Pusat Penginapan Pelajar (SAC) mengatakan bahawa idea ini tercetus selepas melihat penuntut bersesak-sesak di surau pada waktu puncak, terutamanya Zohor.
Korang mesti pernah mengalami situasi dimana surau terlampau sesak dengan jemaah sampaikan tiada ruang untuk solat kan? Memang tidak dinafikan, keperluan surau bergerak ini mampu membantu menyelesaikan masalah yang dialami oleh pelajar universiti tersebut.
SAC dengan kerjasama Syarikat Bas Unic melancarkan surau bergerak di bawah program Unic Care yang mula beroperasi sejak awal Februari lalu. Surau bergerak ini ditempatkan di parkir kereta di UUM COLGIS.
Bas tersebut diubah suai dengan ruang solat yang mampu memuatkan antara 15 hingga 17 jemaah pada satu masa dan dibuka dari 12.30 tengah hari sehingga 6 petang. Walau bagaimanapun, setakat ini surau bergerak itu hanya untuk kegunaan pelajar lelaki dengan ciri-ciri moden dilengkapi kemudahan asas seperti tangki air, paip wudhuk, penghawa dingin, selipar dan sejadah.
Inisiatif ini mendapat reaksi positif daripada netizen dan ada juga yang mencadangkan agar surau bergerak ini dapat disediakan di tempat-tempat awam seperti bazar Ramadan .
Moga inisiatif ini menjadi ikutan
Tawar khidmat servis minyak enjin & filter secara percuma
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang terkenal Korea Selatan, Lisa tampil dengan buah tangan terbaharu buat para peminatnya dengan melancarkan lagu berjudul Rockstar.
‘Rockstar’ memperlihat kemampuan Lisa yang mampu menyanyikan lagu rap dengan lancar dan vokal bertenaga, terutama saat dia menyanyikan lirik “Gold teeth sitting on the dash she a rockstar. Make your favorite singer wanna rap baby lala.”
‘Rockstar’ adalah single solo pertama Lisa yang dikeluarkan di bawah kerjasama syarikat pengurusannya, LLOUD CO. bersama RCA Records dan merupakan terbitan Ryan Tedder dan Sam Homaee.
Dilancarkan awal tahun ini, LLOUD CO. ditubuhkan oleh Lisa dalam usaha untuk mencipta platform demi menampilkan matlamat keseluruhannya dalam bidang muzik dan hiburan yang terus maju ke hadapan.
Selain itu, Lisa juga berkongsi video rasmi ‘Rockstar’ yang merupakan arahan Henry Schofield dengan koreografi oleh Sean Bankhead.
Muzik video tersebut dirakam di Bangkok dan memberi peluang kepada Lisa untuk menyelami kota kelahirannya sambil memberi penghormatan kepada budaya Thailand.
Lisa pertama kali memperkenalkan sedutan lagu baharu ini pada awal bulan Jun di TikTok miliknnya dan berjaya memecahkan rekod dunia Guinness dengan memperoleh satu juta pengikut dalam waktu dua jam.
Selepas dia mengumumkan single tersebut minggu lalu, ‘Rockstar’ disambut meriah dengan penuh sokongan kegembiraan daripada para peminat serta media antarabangsa seperti Rolling Stone, Billboard, dan lain-lain
Selain kejayaannya dengan Blackpink, Lisa telah memecahkan beberapa rekod dunia sebagai penyanyi solo saat lagunya ‘Lalisa’ dan ‘Money’ memasuki carta top 10 Billboard Global 200.
Lebih membanggakan ‘Money’ memegang rekod sebagai lagu paling lama bertahan di carta lagu Billboard Hot 100 oleh seorang artis solo perempuan K-pop di Amerika Syarikat dan di carta lagu Singles di United Kingdom.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!