Aktres jelita, Datin Intan Najuwa meluahkan rasa kecewa dan berang terhadap sekumpulan individu yang didakwa memukul seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) kategori mental di Pasar Tani Padang Astaka Chukai, Terengganu, baru-baru ini.
Menurut Intan, kejadian tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak sepatutnya berlaku. Dalam satu hantaran di Instagram, dia menyifatkan tindakan tersebut sebagai kejam dan tidak berperasaan.
“Ya Allah, sakit dada tengok video ini. Teringat ayah sendiri.
“Kalau pun pak cik ini salah, kalian semua tiada hak nak pukul, tendang dekat muka, seret dan pijak dia. Kejam. Mana ihsan kalian sesama manusia?” tulisnya.
Ads
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut berharap agar lelaki tersebut mendapat keadilan, dan pelaku diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.
“Tak mengapa. Allah Maha Adil. Semoga yang pukul pak cik ini semua akan dapat balasan setimpal. Sumbat semua dalam lokap.
“Yang pukul ini semua terpaling hebat. Dengan mak cik mulut puaka itu semua sekali, semoga Allah beri balasan pada kalian semua, amin,” katanya lagi.
Sekadar info, satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan kejadian di mana seorang lelaki OKU dipukul dan disepak oleh beberapa individu yang dipercayai peniaga dan pelanggan di Pasar Tani Padang Astaka Chukai.
Ads
Kejadian itu dikatakan berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa didakwa terlanggar sebuah gerai, menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan peniaga.
Rentetan itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar mengesahkan tiga lelaki, termasuk seorang peniaga, telah ditahan untuk membantu siasatan kes tersebut. Kesemua suspek yang berusia antara 18 hingga 60 tahun itu ditahan baru-baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Intan Najuwa
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Depresi merupakan penyakit yang paling bahaya jika tidak dirawat dengan lebih awal. Faktor masalah ini mungkin daripada gangguan otak, pengalaman hidup yang negatif atau sedang menanggung masalah besar dalam hidup. Ia juga boleh mendatangkan kesan lebih parah kepada pesakit, iaitu sehingga ada yang sanggup membunuh diri.
Ramai dikalangan selebriti yang mengalami masalah depresi dan mengakhiri hidup mereka dengan jalan bunuh diri.
Terbaru, aktres Jepun, Sei Ashina yang pernah membintangi siri adiwira ‘Kamen Rider Hibiki’ ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa di kediamannya yang bertempat di Tokyo pada Isnin lalu. Ashina yang memegang watak Hime dalam drama siri itu meninggal dunia pada usia 36 tahun.
Menurut laporan media antarabangsa, pelakon itu ditemukan oleh abangnya di apartmen miliknya sebelum dimaklumkan kepada pihak polis.
Memetik laporan Astro Awani, pihak polis kemudian mengesahkan kematian pelakon itu dipercayai disebabkan tindakan bunuh diri.
Difahamkan, Ashina tidak meninggalkan sebarang nota sebelum bertindak mengambil nyawanya sendiri. Namun begitu, laporan media antarabangsa ada mendedahkan bahawa mendiang tidak menjawab panggilan telefon dan mesej sejak hari Ahad.
Untuk info, Kamen Rider atau Masked Rider secara keseluruhannya adalah rancangan siri Jepun wira hebat Tokusatsu bermula dengan tahun 1971 siri TV Kamen Rider.
Disebabkan oleh kemahsyuran rancangan tersebut, siri asal telah menghasilkan banyak siri-siri yang seterusnya dan sejak itu menjadi sebahagian legasi siri tersebut.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika di Malaysia dan di sisi agama Islam, hukum menukar jantina daripada lelaki menjadi perempuan ataupun sebaliknya adalah haram dan ditegah keras. Namun di negara Barat, ia sudah menjadi kebiasaan dan semakin lama semakin diterima pula oleh sebilangan masyarakat di sana.
Terbaru, pelakon wanita yang terkenal menerusi drama bersiri The Umbrella Academy iaitu Elliot Page telah mempertontonkan perubahan drastiknya daripada imej seorang gadis yang cantik kepada menjadi seorang lelaki yang lengkap denganbahagian abdomen six packs!
Imej lama Elliot Page yang manis.Foto terkini pelakon The Umbrella Academy itu. Foto Via The New York Times : Rich Polk/Getty Images for IMDb
Ellen Page no more, call him Elliot Page
Pelakon yang dilahirkan dengan nama asal Ellen Page itu kini merupakan salah seorang figura am yang berbangga dengan identitinya sebagai seorang lelaki transgender. Pada peringkat awal semasa dia mendedahkan dirinya bergelar transgender pada tahun 2020, dunia hiburan nyata terkejut dengan keputusannya itu.
Elliot bertindak membuang payu daranya lantas membuat pengakuan menerusi program The Oprah Conversation bersama hos terkenal, Oprah Winfrey mengenai perubahan drastik dirinya.
Kata Elliot, itu adalah keputusan terbaik yang pernah dilakukannya. Dia mengakui dirinya kini lebih yakin dan selesa dengan penampilannya. Tambahan pula, semakin ramai yang boleh menerima hakikat bahawa dia kini bergelar seorang lelaki.
Elliot tidak gentar berkongsi gambar terbarunya tanpa baju dengan tubuh yang lebih menyerupai imej seorang lelaki. Gambar tersebut mungkin ingin menunjukkan peranti iPhone 13 yang beru diberinya. Namun bukan peranti itu yang dijadikan fokus. Sebaliknya imej dadanya yang lebih mencuri perhatian.
Gambar swafoto di Instagram Elliot ini telah menunjukkan transformasi tubuh badannya hasil kerja keras sesi work-out. Dia kini berdada rata dan mempunyai perut six packs yang menjadi idaman semua lelaki (dan wanita).
Berikut merupakan beberapa lagi foto yang pernah dikongsi oleh Elliot yang jelas berbangga dengan imej terbarunya.
“Trans bb’s first swim trunks..” – Sumber Foto : Instagram Elliot PageSumber Foto : Instagram Elliot PageThrowback : Elliot semasa masih bergelar Ellen Page di karpet merah Oscars bagi filem lakonannya, Juno.
Hmm.. korang jangan pula terikut-ikut trend menyambut kebebasan menetapkan jantina ini pula ya. Ingat, setiap tindakan kita masih perlu merujuk kepada kitab suci dan ajaran agama Islam.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pengecualian cukai jalan sebanyak 100 peratus ke atas penjualan kereta telah pun diperkenalkan pada 15 Jun 2020 bagi membantu pemulihan ekonomi akibat pandemik COVID-19. Ia membabitkan pengecualian sepenuhnya cukai jualan yang dikenakan ke atas kereta penumpang, termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).
Terbaharu, kenderaan memutuskan tiada pelanjutan bagi pengecualian cukai jualan kenderaan penumpang yang berakhir pada 30 Jun depan.
Namun begitu, bagi pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun ini, korang masih layak menikmati insentif tersebut. Dalam masa yang sama, pembeli perlu membuat pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum 31 Mac 2023.
Namun, pembukaan sektor ekonomi termasuk sektor automotif yang telah kembali beroperasi seperti sedia kala, masih terdapat sejumlah permintaan yang masih belum dapat dipenuhi ekoran gangguan kepada rantai bekalan global.
Pada masa yang sama, seluruh dunia sedang menghadapi masalah kekurangan cip mikro semikonduktor yang digunakan secara meluas merentas beberapa industri termasuk industri automotif.
Disebabkan masalah ini, sebanyak 264,000 unit kenderaan yang ditempah dalam tempoh pengecualian ini masih belum siap pemasangan dan tidak dapat dibekalkan kepada pembeli.
Jadi, bagi korang yang menyimpan hasrat untuk membeli kereta baharu, boleh tempat segera untuk mengelakkan cukai kenderaan yang akan dikenakan semula nanti.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!