Pejam celik,pejam celik rupanya grup lelaki popular dunia, Westlife sudah 20 tahun bertapak di dalam industri muzik dunia. Bagi meraikan detik bersejarah itu, Westlife telah pun mengadakan konsert jelajah Westlife Twenty Tour bagi memperingati perjalanan mereka sebagai salah sebuah grup lelaki paling berjaya di dalam sejarah muzik Britain.
Pada 8 Ogos 2019 lalu, bertempat di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam, kumpulan yang berasal daripada Ireland itu kembali menemui para peminat mereka di Malaysia setelah kali terakhir pada 2011.
Tepat jam 8.30 malam, suasana riuh bertukar menjadi gegak gempita apabila Westlife muncul selepas pertunjukkan skrin l.e.d bertaraf antarabangsa yang memaparkan wajah setiap ahli kumpulan sambil menyanyikan chorusSwear It Again.
Tampil bertenaga mempersembahkan 16 lagu-lagu hits seperti If I Let You Go, Uptown Girl, I Have A Dream, Queen Of My Heart, When You’re Looking Like That, You Raise Me Up, Unbreakable dan lagu ikonik mereka iaitu Flying Without Wings. Ia seakan-akan membawa kita kembali ke zaman lewat 90-an di mana lagu-lagu mereka sering dimainkan di corong-corong radio.
Selain persembahan vokal yang mantap, koreografi yang on-point dan set-list yang menarik, salah satu sebab Westlife berjaya menawan hati peminat Malaysia adalah disebabkan profesionalisme mereka dalam mengendalikan pentas.
Westlife telah membahagikan konsert tersebut kepada empat segmen dan setiap satu daripadanya dikendalikan oleh setiap anggota kumpulan iaitu Nicky Byrne, Shane Filan, Kian Eganand Mark Feehily.
Dalam pada keterujaan menghiburkan penonton, Westlife turut mengambil kesempatan menyeru rakyat Malaysia supaya sama-sama membantu memberikan maklumat mengenai kes kehilangan remaja Ireland, Nora Anne Quoririn yang masih belum ditemui sejak 4 Ogos lalu di Dusun Pantai Hill, Seremban.
Ads
Menyedari bahawa mereka tidak berkesempatan untuk menyanyikan kesemua lagu hits mereka, Westlife memutuskan untuk menyanyikan beberapa buah lagu secara akustik medley antaranya Unbreakable, Season In The Sun dan Fool Again.
Bagi Remaja, kemuncak konsert pada malam tersebut sudah tentu ketika Westlife mempersembahkan lagu Uptown Girl. Mereka yang ratanya telah pun mencecah usia hampir 40 tahun dilihat bertenaga dengan koreografi yang mantap dan seragam.
Ketika para peminat bersedih saat Westlife mengumumkan ucapan selamat tinggal, sorakkan ‘We Want More’ bergema di dalam stadium. Tidak lama kemudian, mereka kembali semula ke pentas dengan mengenakan sepersalinan suit putih dan mengakhiri konsert dengan lagu hits sepanjang zaman iaitu Flying Without Wings.
A post shared by Shane Filan (@shanefilanofficial) on
Secara keseluruhan, REMAJA percaya pasti ramai peminat yang berpuas hati dengan persembahan Westlife kali ini walaupun ada beberapa lagu hits yang tidak dipersembahkan. Walauapa pun, tidak keterlaluan untuk REMAJA simpulkan bahawa Westlife masih lagi memiliki aura sebagai grup lelaki yang boleh menandingi grup popular masa kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat peminat tegar kumpulan popular negara seberang, ST 12 bakal mengadakan konsert konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya di Kuala Lumpur.
Konsert yang dianjurkan oleh Menara Network Sdn Bhd juga bakal menggabungkan band yang dianggotal penyanyi berbakat besar, Charly ketika ini iaitu Setia Band dan band terdahulu yang di anggotainya laitu ST12.
Ketika ditemui pada sesi sidang media yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa, Charly memaklumkan persediaan menuju hari konsert berada dalam keadaan yang baik dan rapi.
“Tujuan kami membuat press conference tiga bulan lebih awal agar kami ada kematangan (persediaan) daripada segala aspek termasuk sudut promosi, konsep dan sebagainya. Kami akan berikan semaksima mungkin.
“Kami mesti buat yang terbaik untuk penonton Malaysia, sebab belum tentu akan ada lagi untuk yang kedua atau seterusnya. Persediaan semua setakat ini berjalan dengan lancar, harapnya sampai ke hari konsert dipermudahkan,” ujarnya.
Selain ST12 dan Setia Band, konsert berkenaan turut mengundang penyany hebat Malaysia iaitu Jaclyn Victor dan Ezad Lazim sebagai penyanyi jemputan.
Konsert ST12 Reunion 20 Tahun Charly Berkarya bakal berlangsung pada 11 Mac 2023 dan memilih Stadium Arena Bukit Jalil sebagai lokasi. Tiket sudah mula dibuka kepada orang ramai bermula 20 Disember 2022 dan boleh didapati di https://www.ticket2u.com.my. . Tiket bermula serendah harga RM99, RM152, RM252, dan RM282.
Nantikan kemas kini terbaharu di media sosial rasmi Menara Network dan ST12. Fuh, mesti ramai yang dah tak sabar!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kecoh baru-baru ini di laman media sosial apabila pelakon terkenal Millie Bobby Brown mengumumkan dia sudah bertunang dengan Jake Bongiovi, teman lelakinya.
Millie mula terkenal setelah memegang watak sebagai Eleven dalam siri Strangers Things di Netflix.
Pelakon berusia 19 tahun itu berkongsi berita tersebut kepada peminatnya di laman media sosial, Instagram pada Selasa lepas sambil memetik bait lirik lagu Taylor Swift – Lover;
“Saya telah mencintai awak selama tiga musim panas dan sekarang saya mahukan kesemuanya”
Selain itu, cincin pertunangan turut kelihatan pada jarinya. Dianggarkan harga cincin berlian itu mencapai 150,000 USD. Harga cincin yang teramat mahal itu tidaklah mengejutkan, dek kerana status tunangnya yang merupakan anak lelaki kepada penyanyi legenda Jon Bon Jovi.
Namun, menjenguk ke ruangan komen mendapati bahawa rata-rata peminat tidak bersetuju dengan keputusan mereka untuk bertunang dan risau akan masa depan bintang Strangers Thing itu.
“Milly Bobby Brown bertunang pada usia 19 tahun amatlah membimbangkan. Saya harap dia baik-baik saja dan tahu apa yang dia lakukan, tetapi 19 tahun terlalu muda,” ujar seorang peminat.
“Saya masih merasakan bahawa dia terlalu muda untuk bertunang, tetapi jika keputusan itu menggembirakan dia, siapalah saya atau kita untuk menilai?” komen peminat yang lain.
Meskipun keputusan beliau untuk bertunang itu mengejutkan ramai peminat, ada juga yang turut tumpang gembira dan mendoakan agar beliau kekal bahagia bersama teman lelakinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Getty Images
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengejarkan Umrah dan Haji impian bagi setiap seorang Muslim.
Alhamdulillah. Dewasa ini sering kali kita melihat ramai selebriti memilih untuk ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Terbaru, pelakon popular, Intan Najuwa meluahkan rasa syukur apabila dia dan sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah umrah sebagai permulaan yang baik bagi memulakan tahun 2023.
Melalui perkongsian yang dimuat naik oleh Intan di IG storynya, dia tidak dapat menahan rasa debar dan berharap perjalanannya serta urusannya dipermudahkan Allah.
“Saya dan keluarga akan berangkat mengerjakan umrah esok (semalam), Minta doakan semoga semua dipermudahkan. Disini kami ingn memohon ampun dan maaf seikhlas hati atas semua salah silap dan halalkan makan minum kami.
“Esok (semalam) adalah harinya, Ya Allah berdebarnya. Setiap kali nak kesana, dia punya berdebar tak tahu nak cakap macam mana. Semoga Allah permudahkan segalanya.
“Saya tak sabar untuk berada di sana. Ia adalah permulaan yang baik untuk tahun 2023. Semoga Allah lindungi kita semua, ampuni kita dengan segala yang kita lakukan sama ada sengaja atau tidak. Semoga kita diberi hidayahnya,” katanya.
“Tak minta banyak, nak minta hati selalu tenang, sentiasa bahagia dengan orang tersayang sampai bila-bila. Orang yang sentiasa hargai kita. Tak nak minta banyak, minta untuk sentiasa dihargai tanoa balasan wang ringgit,” jelasnya.
Menurut Intan lagi, dia tidak sabar untuk berada disana memandangkan ia satu permulaan yang baik bagi tahun 2023.
Jelasnya, dia berharap agar ibadah yang dilakukan mendapat keredaan Allah dimana akan memperoleh ketenangan hati, disayangi orang yang tersayang dan menghargai antara satu sama lain tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Bukan itu sahaja, dia turut mendoakan agar semua pihak dilindungi selalu dan segala dosa yang kita lakukan secara sengaja atau tidak diampuni oleh yang Maha Esa.
Seronoknya bila melihat seseorang berpeluang untuk mengerjakan Umrah lagi-lagi dipermulaan tahun baru.
REMAJA doakan agar Umrah Intan dan keluarga mabrur serta mereka diberikan kesihatan terbaik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
JALEN Star Chef 2 menyaksikan persaingan semakin sengit apabila peserta Taylor’s University berdepan cabaran masa, tekanan kamera dan kreativiti dalam menghasilkan hidangan terbaik menuju Grand Finale.