Kejayaan menamatkan Ijazah Sarjana Undang-Undang dengan cemerlang bukan datang dengan mudah. Itulah yang cuba dikongsikan oleh pempengaruh terkenal, Siti Sabrina Mohamed, dalam satu video di TikTok baru-baru ini.
Di sebalik senyuman bangga menerima skrol di atas pentas konvokesyen, terselit cerita tentang pengorbanan keluarga, kepercayaan terhadap ilmu, serta perjalanan panjang yang menuntut kekuatan emosi dan mental.
“Berada dalam keluarga yang penuh dengan ilmuwan kedengaran gah… tapi sebenarnya, ia tidak pernah mudah. Nak pastikan seorang anak berjaya tamat belajar pun sudah cukup mencabar, apatah lagi untuk menggalakkan semua meneruskan pengajian.
“Bukan kerana tiada keinginan untuk sambung belajar, kadang-kadang soal kewangan jadi penghalang, kadang-kadang komitmen kerja, dan ada masanya tanggungjawab keluarga mengikat langkah. Namun entah bagaimana… Mama dan Abah sentiasa jumpa cara untuk memberi ruang kepada impian kami,” katanya.
Dalam perkongsiannya yang penuh emosi itu, Sabrina turut membuka sisi sebenar perjalanan keluarga mereka dalam mengejar ilmu. Lebih menyentuh hati, dia berkongsi bagaimana kasih sayang itu bukan hanya datang daripada ibu bapa, tetapi juga daripada kakak-kakaknya sendiri.
“Di rumah kami, sokongan bukan sekadar kata-kata. Mama dan Abah benar-benar berkorban masa, tenaga dan usaha. Dari menyemak assignment dan kertas kerja kami, mengajar cara menulis yang kami gunakan sampai hari ini, menyediakan makanan panas supaya kami tak belajar dengan perut kosong, hinggalah memotong buah bila stres datang menyerang.
Ads
“Mama dan kakak-kakak juga sama—saling bergilir menjaga anak ketika musim exam supaya yang lain boleh fokus belajar. Kami saling memikul antara satu sama lain, seperti mana hanya keluarga yang mampu lakukan,” coretnya panjang.
Bagi Sabrina, perjalanan mereka seolah-olah telah diatur indah oleh Tuhan. Perkongsian itu diakhiri dengan satu pesanan penuh makna, yang wajar dijadikan peringatan untuk semua.
Ads
“Mungkin juga bukan kebetulan peperiksaan universiti kami jarang bertembung, mungkin Allah telah aturkan supaya kami boleh bergilir menyokong, menguatkan dan memegang tangan satu sama lain ketika perlu.
“Jadi, kalau dalam keluarga kamu ada sesiapa yang sedang belajar, bantulah mereka. Kadang-kadang, kasih sayang dan sokongan yang kita beri itulah yang mengiring mereka sampai ke garisan penamat,” tambahnya lagi.
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Sabrina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak kira apa perkara sekalipun di dalam dunia ini, ia semestinya dimulakan dengan langkah pertama.
Dan ia termasuklah dengan baju tradisional orang Melayu yang sangat sinonim dengan perayaan umat Islam iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
Biarpun dibanjiri dengan rekaan baru yang telah banyak diubah suai, namun hakikatnya masih ramai yang berpegang teguh dengan rekaan baju Melayu tradisional.
Sumber: Lela Rentaka
Namun dalam pada kita bangga dengan baju Melayu tradisional ini, pasti ramai yang tidak tahu baju ini sebenarnya mempunyai maksud tersersendiri.
Malah anda mungkin tidak percaya yang setiap bahagian pada baju mempunyai maksud tersirat. Ini antara maksud di setiap rekaan baju Melayu:
Lima butang baju Melayu melambangkan Rukun Islam
Baju Melayu butang satu melambangkan Tauhid; iaitu bahawa Tuhan itu hanya satu.
Tiga saku baju (poket) melambangkan Akidah, Islam & Ihsan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka rezeki seorang peniaga pakaian terpakai (bundle) apabila t-shirt lusuh Geisha Official terkemuka dunia berjenama Nike berjaya dijual dengan harga RM37,500 menerusi jualan secara bidaan di laman Facebook.
Tidak dinafikan pakaian bundle mempunyai peminatnya tersendiri kerana mereka gemar mengumpul koleksi ‘rare’ dan disebabkan itu, tidak hairanlah sekiranya kita melihat golongan ini sanggup berhabisan ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan pakaian terpakai yang dijual oleh peniaga bundle.
Dikenali sebagai Mat Yie To Ube, dia memberitahu kepada Sinar Harian t-shirt ‘lusuh’ yang dijual itu berusia hampir empat dekat dan telah dibeli oleh seorang pengumpul pakaian vintage dari Kuala Lumpur.
Menurutnya, walaupun dilihat sebagai sehelai ‘kain buruk’, namun bagi peminat pakaian vintage ia adalah sesuatu yang bernilai terutama daripada sudut salur galur t-shirt tersebut. Baju itu juga merupakan edisi terhad dan difahamkan kuantitinya tidak lebih daripada 10 item di Malaysia.
Selain daripada baju, peniaga bundle ini juga turut menjual pelbagai topi berjenama. Rata-ratanya berharga RM300 dan ke atas bergantung kepada nilai sentimental.
Kesemua barangan yang dijual akan dihantar sendiri kepada pembeli bagi mengelakkan kejadian barangan rosak atau dicuri.
Masing-masing punya minat yang tersendiri kan? Jadi, janganlah kita mempersoalkan jika ada individu yang sanggup berhabis ribuan ringgit untuk mendapatkan sesuatu barang itu. Mungkin pada korang barang tersebut tidak ada nilai, tapi kami percaya buat peminat barangan terpakai, mereka mempunyai alasan yang tersendiri.
Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.
Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Jangan risau, ada satu hotel ini sesuai untuk korang yang ingin ‘move on’. Hotel di United Kingdom (UK) ini menawarkan satu khidmat yang special iaitu service psikologi bagi membantu para wanita mengatasi tekanan perasaan akibat putus cinta dengan pasangan yang curang.
Hmm…menarik bukan?
Lapor Daily Mail, pakar psikologi kaunseling dan pensyarah, Alice Haddon dari London melancarkan program tersebut pada tahun lalu yang ditujukan kepada wanita yang ingin mengubati hati luka akibat hubungan cinta yang sudah berakhir.
Tapi harga dia buat penulis melopong dengar, tawaran program ini berharga 2,500 pound bersamaan RM14,189. Malah, program ini diadakan di Barsham Barns, sebuah rumah persendirian mewah di pantai Norfolk, UK.
Katanya, program itu mengajar para wanita melupakan bekas kekasih mereka dan cara mengelakkan hubungan toksik pada masa hadapan. Program itu diadakan pada Jumaat hingga Isnin dengan penyertaan maksimum lapan wanita.
Para tetamu juga boleh menikmati beberapa aktiviti menarik termasuk pemandangan yang menakjubkan dan pelbagai menu hidangan makanan bagi memberi inspirasi serta menyembuhkan hati yang ‘hancur’.
Menarik juga program ini, agak-agak bila di Malaysia akan ada hotel macam ini….hehe
Sabah hari ini berduka dengan pemergian salah seorang pemimpin paling lantang memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyatnya. Datuk Seri Bung Moktar Radin disahkan meninggal dunia...