Tidak dapat dinafikan, bola sepak adalah sukan yang paling digemari dan popular di dunia. Malah, sokongan terhadap pasukan negara tanpa mengira bangsa pemain mampu mengukuhkan perpaduan.
Namun, tragedi baru-baru ini di negara jiran kita, Indonesia pastinya membuatkan peminat bola sepak ‘tersentak’. Kejadian yang menyayat hati apabila ratusan orang telah didapati maut dalam kejaian rusuhan akibat ketidakpuasan hati keputusan bola sepak.
Tapi korang tahu tak sebenarnya pernah terjadi tragedi seperti ini sebelum ini. Ini kami kumpulkan beberapa tragedi terburuk yang pernah direkodkan di stadium.
Peru, 24 Mei 1964
Rusuhan di Peru merupakan yang paling teruk pernah berlaku dalam sejarah dunia apabila mencatatkan 320 orang terbunuh dan lebih 1,000 cedera pada Kejohanan Kelayakan Olimpik Amerika di Stadium Nasional Lima dalam perlawanan membabitkan Peru menentang Argentina.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila pengadil tidak membenarkan gol penyamaan Peru sewaktu Argentina sedang mendahului perlawanan dengan skor 1-0. Perkara itu mencetuskan kemarahan penyokong yang kemudiannya memanjat benteng dan mula memasuki padang. Pihak polis kemudian dipercayai melepaskan gas pemedih mata ke arah semua penyokong tersebut.
Kebanyakan dari mangsa yang panik cuba untuk melarikan diri tetapi mendapati bahawa pintu untuk keluar telah ditutup. Sebahagian yang meninggal dunia juga adalah berpunca akibat sesak nafas atau dipijak.
Rusia, 20 Oktober 1982
Kejadian ini berlaku di Stadium Luzhniki Stadium antara kelab Belanda, Haarlem dan pasukan tuan rumah, Spartak Moscow pada hujung minit permainan dalam perlawanan Piala UEFA.
Pada awalnya, pihak Soviet merahsiakan butiran mengenai tragedi tersebut selama tujuh tahun sebelum mendedahkan kepada awam pada tahun 1989 bahawa seramai 66 orang terbunuh. Bagaimanapun, menurut akhbar harian Sovietski Sport mendakwa bahawa jumlah sebenar jauh lebih tinggi hingga dianggarkan 340 terkorban. Misteri mengenai jumlah kematian sebenar masih menjadi persoalan hingga kini.
Ads
Ghana, 9 Mei 2001
Seramai 126 orang dilaporkan terbunuh selepas rusuhan yang berlaku sewaktu perlawanan antara Heart of Oak dan Kumasi.
Dalam perlawanan penyokong pasukan Kumasi berang selepas pasukan mereka tewas dan membaling botol dan menghancurkan kerusi sebelum dilontarkan ke padang.
Perkara itu membuatkan pihak polus terpaksa menggunakan gas pemedih mata kepada orang awam bagi meredakan keadaan.
England, 15 April 1989
Insiden yang berlaku di Stadium Hillsborough Shefield ini merupakan kejadian malang yang terburuk pernah berlaku dalam sepanjang sejarah bola sepak Inggeris.
Ads
Tragedi ini berlaku sewaktu sebelum sepak mula perlawanan separuh akhir Piala FA yang melibatkan pertembungan antara Liverpool dan Nottinghem Forest.
Difahamkan, seramai 96 kematian dan 766 orang cedera dilaporkan berlaku akibat tempat duduk stadium yang tidak dapat menampung kapasiti penyokong yang ramai dan tiba-tiba roboh.
England, 11 Mei 1985
Terdahulu sebuah tragedi berdarah berlaku di Stadium Valley Parade di Bradtford City di West Yorkshire melibatkan antara perlawanan Bratford menentang Lincoln City.
Bagaimanapun, sewaktu babak pertama perlawanan dilangsungkan, satu kebakaran tercetus akibat atap stadium lama berkenaan yang diperbuat daripada kayu.
Dalam insiden kebakaran di Stadium itu, seramai 56 orang terbunuh akibat kepulan asap tebal.
Guatemala, 16 Oktober 1996
Ads
Pada 16 Oktober 1996, berlangsungnya perlawanan kelayakan Piala Dunia 1998 antara Guatemala menentang Costa Rica di Stadium Nasional Mateo Flores di bandar Guatemala.
Difahamkan, lebih 60,000 penyokong hadir membanjiri stadium berkenaan yang hanya mampu menampung kapasiti penonton sebanyak 45,000 dalam satu-satu masa.
Perkara itu telah membawa kepada detik hitam selepas ramai antara penyokong terpaksa berhimpit hingga menyebabkan seramai 80 orang dilaporkan terkorban. Perkara itu berlaku ekoran ulat tiket yang menjual tiket palsu terhadap perlawanan itu.
Scotland, 2 Januari 1971
Pada tanggal 2 Januari 1971, sebuah perlawanan telah dilangsungkan antara Glasgow Rangers menentang Celtic Park di Stadium Ibrox.
Difahamkan, seramai 66 orang maut selepas tangga yang dibina daripada kayu di stadium berkenaan runtuh secara tiba-tiba. Kejadian itu merupakan tragedi kedua selepas situasi yang sama pertama kali berlaku pada tahun 1902 yang mengorbankan 26 orang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya apa yang disuarakan netizen meminta Polis Di Raja Malaysia tidak mengamalkan double standard dalam menyaman individu yang gagal mematuhi penjarakan sosial benar-benar menjadi kenyataan.
Sejak pagi lagi dapat dilihat ratusan penyokong setia bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak berkumpul di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta bagi memberi sokongan kepada beliau yang menghadapi tuduhan menyalahguna wang SRC sebanyak RM42 juta.
Dapat dilihat orang ramai berkumpul hinggakan warganet memberi pelbagai komen termasuk menyuarakan kenapa SOP pematuhan penjarakan sosial gagal dipatuhi. Ada penyokong dilihat memakai pelitup muka dan ramai yang tidak mengenakannya. Malah ramai menyuarakan kebimbangan andai kluster Bossku, ada disebut kluster Najib, ada memanggilnya kluster mahkamah juga (dan lain-lain panggilan lagi) berlakunya penularan wabak COVID-19.
Memetik tembual Malaysian Gazatte bersama Timbalan Pengarah Siasatan dan Undang-Undang Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid memaklumkan, para penyokongan DS Najib termasuk beberapa Ahli Parlimen yang berkumpul di hadapan Kompleks Mahkamah di Jalan Duta, di sini akan dikenakan kompaun kerana mengingkari prosedur operasi standard (SOP) akibat gagal mengamalkan penjarakan sosial.
Jelas beliau, arahan telah dikeluarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur.
“Saya telah arah JSJ KL untuk ambil tindakan tawarkan kompaun di bawah Peraturan 3 Aktiviti Terlarang Akta 342 atau Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan 2020.
“Aktiviti yang melibatkan kehadiran ramai dan jelas menyukarkan penjarakan sosial serta Pematuhan SOP yang disarankan Ketua Pengarah KKM mengikut Akta 342,” katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi pagi tadi.
Apapun DS Najib telah pun didapati bersalah terhadap tujuh pertuduhan dihadapinya. Yang pasti, ratusan penyokongnya juga akan menerima surat saman dari PDRM berikutan berkumpul tanpa mematuhi penjarakan sosial ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini, bulan puasa bukan hanya meriah dengan bazar Ramadan, tetapi tawaran buffet yang disediakan di hotel dan restoran juga tidak kurang hebatnya.
Harga yang ditawarkan juga bukan calang-calang, ada yang sehingga mencecah ratusan ringgit untuk seorang. Hm, biasanya memang berbuka puasa di hotel ni untuk orang ‘have-have’ saja la. Hiks!
Namun begitu, disebabkan oleh situasi pandemik COVID-19, industri perhotelan menjadi antara sektor perniagaan yang terkesan teruk gara-gara penularan wabak ini.
Disebabkan itu, banyak hotel-hotel yang menawarkan juadah berbuka puasa yang jauh lebih murah dengan cara take away.
Jom kita lihat senarai juadah makanan dan harga yang ditawarkan oleh beberapa hotel berikut.
1. BERJAYA Times Square, Kuala Lumpur
2. Impiana Hotel, KLCC
3. De Palma Hotel
Set individu
Set keluarga
4. Ibis, KLCC
5. MiCasa All Suite Hotel, Kuala Lumpur
6. Holiday Inn, KLCC
7. Royale Chulan, Kuala Lumpur
8. Marriot Putrajaya
9. The Pearl, Kuala Lumpur
10. Grand BlueWave Hotel, Shah Alam
11. The Ritz Carlton, Kuala Lumpur
12. Eastin Hotel, Penang
13. Hotel Seri Malaysia, Melaka
14. Hotel Istana, Kuala Lumpur
15. Avillion, Port Dickson
16. The Palace Hotel, Kuala Lumpur
Wah ada yang menawarkan harga makanan serendah RM11, memang cukup berbaloi dengan masakan chef hotel 5 bintang kan?
So guys, bagi yang berkemampuan korang bolehlah membuat pesanan seperti yang ada dalam senarai ini. Sama-sama kita bantu untuk meningkatkan kembali sektor pelancongan tempatan.
Baru-baru ini, ramai telah memperkatakan mengenai sebuah video tular yang memperlihatkan matahari terbit dari arah utara.
Bertempat di kawasan perkampungan Kabupaten Jeneponto dekat Sulawesi Selatan, Indonesia, ia dianggap sebagai fenomena luar biasa dan tidak kurang juga ada yang menganggap ia sebagai petanda hari kiamat yang sudah menghampiri.
Rata-rata terkejut dengan video yang dimuat naik di Facebook dengan tajuk ‘Matahari terbit dari sebelah utara?’ ini.
Memetik laporan media tempatan di negara sebearang, video tersebut dikenalpasti telah dirakamkan di Sekolah Islam Negeri Binamu; di mana seorang lelaki muncul untuk menjelaskan fenomena matahari pagi yang terbit dari arah utara dan bukannya dari timur seperti kebiasaan.
Lelaki tersebut dipercayai bekerja sebagai seorang guru di sekolah itu dan kejadian itu telah menyaksikannya bersama-sama sejumlah guru lain. Jelas dalam video itu, mereka kelihatan kagum dan terkejut dengan kejadian yang berlaku.
Ketika membuat rakaman, matahari berada di kedudukan utara kira-kira pada pukul 8 pagi waktu tempatan. Namun persoalannya, adakah normal jika matahari terbit dari utara?
Ekoran spekulasi yang bertebaran, Penolong Mufti Kanan di Bahagian Falak Jabatan Mufti Selangor iaitu Hardi Sadali tampil memberikan pandangan beliau.
Katanya, kecondongan paksi bumi telah menyebabkan berlakunya perubahan cuaca dan musim. Pada bulan Jun, negara di hemisfera utara bumi akan memasuki musim panas manakala negara di hemisfera selatan akan memasuki musim sejuk.
Jangan risau, matahari masih terbit dari timur seperti kebiasaannya. Cuma disebabkan ia tidak berlaku pada sudut tepat 90 darjah, maka ia menyebabkan matahari seolah-olah kelihatan terbit dari arah utara.
Fenomena matahari terbit di timur tetapi condong ke utara ini sudah berlaku sejak penghujung Mei tetapi baru disedari orang ramai beberapa minggu lalu menjelang tarikh 21 Jun.
Ujar Hardi Sadali lagi, selepas 21 Jun 2021, arah terbit matahari akan mula ‘bergerak ke bawah’ semula dan berada pada garisan 0 darjah Khatulistiwa yakni kedudukan tepat arah timur pada sudut 90 darjah.
Keadaan ini adalah normal dan hanya menandakan perubahan musim. Malah, ia sudah selalu disaksikan oleh penduudk di lokasi rakaman video itu seperti mana dimaklumkan pihak Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Makassar.
Pakar mengatakan, matahari hanya akan terbit di titik barat apabila paksi putaran Bumi terbalik kerana perlanggaran besar dan mengikut kepercayaan umat Islam, itulah petanda hari Kiamat sudah tiba.