Sedar tak sedar, kita sudah pun sampai pada hari 10 Ramadan, mesti ada di antara korang yang dah sampai pun ke beberapa bazar untuk beli juadah viral tertentu di setiap tempat itu kan? Bagi kaki foodie pasti korang yang paling teruja sebab waktu bulan puasa ini juga peluang untuk cuba makanan rare yang cuma muncul setahun sekali.
Alang-alang menyeluk perkasam, meh kami kongsi beberapa bazar paling hype untuk tahun ini yang korang wajib check-it-out dan confirm buat korang rambang mata nak pilih juadah apa untuk iftar nanti.
Kredit: FreeMalaysiaToday
Bazar Terpanjang Paling Meriah: Bazar Ramadan Wangsa Maju, KL
Sesuai sangat untuk korang yang jenis suka window shopping sebelum buat keputusan nak beli apa. Bazar ini merupakan bazar terpanjang di ibu kota, sepanjang 500 meter satu hala, bermakna kalau ulang-alik, korang dah berjalan sejauh 1 kilometer tau! Bolehlah anggap sebagai senaman bakar kalori sebelum berbuka.
Paling menarik, terdapat 320 gerai yang menyediakan pelbagai jualan tapi sedialah untuk bersesak-sesak sebab bukan je penduduk Wangsa Maju yang datang, tapi juga dari Taman Danau Kota, Taman Melati, Taman Seri Rampai, dan kawasan sekitar.
Ads
Lokasi: Sepanjang Jalan Wangsa Delima, Wangsa Maju
Port Makanan Rare & Hipster: Bazar Ramadan TTDI, KL
Suka makanan yang out of the box? Bazar TTDI yang digelar ‘Bazar T20’ ini memang wajib masuk dalam radar. Setiap tahun, ada je menu unik yang jadi viral. Macam tahun lepas, Samosa Besar Panas jadi rebutan. Tahun ini? Dengar cerita ada Nasi Goreng Wagyu! Betul ke sedap? Kalau nak tahu, mungkin korang kena cuba sendiri.
Lokasi: Jalan Tun Mohd Fuad, TTDI
Waktu operasi: 3.30 petang – 8.00 malam
Kredit: Benjamin Travel Walk
Syurga Street Food: Bazar Ramadan Stadium Shah Alam Seksyen 13
Nak cari makanan legend & authentic, cuba singgah Bazar Seksyen 13 Shah Alam. Dari menu ayam percik, roti john, dan martabak daging special antara yang paling laku keras. Paling menarik, Chef Ammar yang pernah tular sebelum ini, kali ini kembali dengan menu baru Kabsah Talam! Hmm, agak-agak berapa ringgit ya boleh habis di bazar ini…
Makanan Viral Orang Perak: Bazar Ramadan Stadium Ipoh
Orang-orang Ipoh pasti bangga dengan bazar sini sebab makanan sini memang padu. Mee rebus udang galah, nasi ganja beratur, dan tau fu fah gula melaka antara yang mesti cuba. Jangan lupa juga untuk bungkus ayam yang dimasak dengan stail Jepun ya!
Syurga Kuih Tradisional: Bazar Ramadan Kubang Kerian
Ha! Orang Pantai Timur pasti tahu, bazar Ramadan Kubang Kerian ini antara tempat wajib untuk cari kuih-muih asli Kelantan. Dari tepung pelita, jala mas, akok, sampai lompat tikam, semua ada! Selain tu, kalau korang peminat nasi kerabu tumis, di sini juga antara tempat terbaik nak dapat yang betul-betul rasa asli.
Lokasi: Berhampiran Masjid Mukim Kubang Kerian, Kelantan
Jadi dalam banyak-banyak yang REMAJAsenaraikan ini, bazar mana yang korang nak serbu dulu? Selain daripada yang kami kongsikan, cuba kongsi hidden gem mana lagi yang patut orang ramai cuba. Apa pun, sambil membeli makanan sedap itu, jangan lupa untuk sentiasa berpada-pada supaya tidak berlaku pembaziran.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik, bermula malam ini kita akan kembali menemui bulan Ramadan Al-Karim, insyaAllah.
Inilah masanga untuk kita mula mempertingkatkan ibadah dan mengubah rutin serta gaya hidup kita; dengan harapan kita akan kekal istiqomah sesudah berakhirnya bulan Ramadan
Usah tunggu sehingga 10 malam terakhir. Sebelum tiba waktu itu, inilah masanya untuk kita sama-sama melengkapkan diri dengan lima cara basic ini.
Ujibakat Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pulau Pinang awal September lalu memberi peluang penulis dan team REMAJA yang lain untuk menginap di Courtyard by Marriott Penang.
Merupakan destinasi yang menakjubkan di tengah Pulau Pinang. Hotel ini menawarkan gabungan unik antara kemewahan moden dan urban. Nilai kontemporari ini menyatu selesa dengan penuh gaya memberi pengalaman menarik kepada tetamu.
Melangkah masuk ke lobi, anda akan disambut dengan atmosfera kecanggihan dan ketenangan. Reka bentuknya mencerminkan gabungan sempurna antara daya tarikan tempatan dan keunggulan antarabangsa, mencipta suasana yang mesra untuk pelancong.
Setiap bilik direka dengan teliti untuk memenuhi keperluan pelancong yang sukakan citarasa moden. Apa yang penulis perhatikan, hotel ini menampilkan dekorasi urban dengan rona yang menenangkan jiwa, pastinya ia menjadi tempat rehat yang tenang untuk bersantai selepas sehari penuh melakukan aktiviti.
Tidak lengkap jika berbicara mengenai hotel tanpa elemen gastronomi. Ruang menjamu selera di Courtyard by Marriott Penang boleh penulis gambarkan sebagai satu pengembaraan kulinari. Dinamakan Penang Kitchen, restoran ini menawarkan perjalanan gastronomi yang memenuhi pelbagai citarasa. Dari hidangan tempatan hingga masakan antarabangsa, selera anda pasti akan dipuaskan.
Bagi mereka yang mencari ketenangan dan penyegaran, kemudahan kecergasan hotel adalah tempat perlindungan. Kawasan kolam renang terbuka infiniti cukup menyegarkan, dan pusat kecergasan tersedia untuk mereka yang ingin kekal aktif semasa penginapan.
Apa yang membezakan Courtyard by Marriott Penang bukan hanya kemudahan mewahnya tetapi juga komitmennya terhadap perkhidmatan yang luar biasa. Setiap kakitangan memastikan setiap keperluan tetamu dipenuhi dengan senyuman. Dedikasi mereka kepada hospitaliti mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Bagi penulis, Courtyard by Marriott Penang bukanlah sekadar hotel, ia adalah pengalaman. Sama ada anda menjelajah budaya Pulau Pinang yang kaya atau mahu tempat istirehat yang tenang, hotel ini menyediakan gabungan sempurna keselesaan, gaya dan keramahan. Ia adalah destinasi sempurna, memberi tetamu kenangan indah semasa mereka berada di Pulau Pinang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk hari sudah 11 hari kita berpuasa, pasti pelbagai juadah sudah anda rasai. Salah satu makanan yang wajib ada pada bulan ini semestinya bubur lambuk. Selalunya resipi ini dimasak dalam kuantiti yang banyak, namun kalau boleh buat sendiri apa salahnya kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Ia sangat senang untuk dibuat dan bahan-bahan yang disenaraikan pun mudah diperolehi.
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras ( rendam dlm 20min).
500 gram Daging (campur dengan bahagian berlemak).
1 bungkus kecil Rempah Sup
250ml Santan
3 sudu besar Lada Hitam
3 biji Bawang Merah (dikisar)
8 Ulas Bawang Putih (dikisar)
2 jari Halia (dikisar)
Kentang
Lobak merah
Daun Sup
Bawang Goreng
CARA MEMASAK
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi dan agak garing
Masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak
Masukkan daging, gaul sebati. Kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi.
Tumis bahan-bahan di atas seketika dan apabila semua sudah sebati, masukkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang diingini.
Rebus kesemua bahan sehingga lembut dan masukkan santan.
Masukan lada hitam dan haram secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah.
Apabila kesemua bahan masak sekata, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Siap untuk dinikmati.
*Jika anda bukan penggemar daging, boleh gantikan dengan ayam atau udang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Profesor Adjung UPSI menjadi pengiktirafan baharu buat Datuk Syafinaz Selamat dalam usaha memperkukuhkan pendidikan muzik, vokal dan pembangunan bakat generasi muda.