Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming baru-baru ini kembali mencuri perhatian selepas mengumumkan pelancaran produk terbaru di bawah jenamanya, iaitu Sambal Nyet Bilis yang menjadi produk keempat selepas kejayaan beberapa produk terdahulu. Pelancaran kali ini mencipta keterujaan dalam kalangan peminat yang sudah lama menantikan inovasi baharu daripada beliau.
Menerusi sebuah perkongsian di media sosial milik beliau, Khairul Aming atau pemilik nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman (34) berkata, produk terbaharu itu hadir selepas enam tahun beliau hanya mengekalkan satu jenis sambal dalam pasaran. Menurutnya, penghasilan Sambal Nyet Bilis membawa pengalaman rasa yang berbeza dengan penggunaan lebih banyak bahan berkualiti.
“Selepas 6 tahun berniaga dengan satu sambal sahaja, akhirnya kita dah bersedia untuk keluarkan sambal yang baru. Rasa yang berbeza, lebih kick dan menggunakan lebih banyak bahan,” tulisnya.
Difahamkan, Sambal Nyet Bilis menampilkan kelainan menerusi gabungan bahan tempatan yang dipilih secara teliti bagi menghasilkan rasa yang lebih kaya dan tersendiri. Antara bahan utama yang diketengahkan ialah ikan bilis segar yang diperoleh terus daripada nelayan tempatan di Setiu, Terengganu.
Bukan sekadar menghasilkan produk baharu, Khairul Aming turut berkongsi perjalanan di sebalik penghasilan sambal tersebut yang melibatkan proses pemilihan bahan secara dekat. Beliau dilihat turun sendiri ke laut bersama nelayan bagi memahami proses mendapatkan ikan bilis yang menjadi antara ramuan penting dalam produk berkenaan.
Selain ikan bilis, Sambal Nyet Bilis turut menggunakan formulasi khas melibatkan 75 peratus cili hijau dan 25 peratus cili merah yang dibekalkan oleh petani tempatan di Banting, Selangor. Gabungan tersebut memberikan keseimbangan rasa pedas yang lebih lembut, gurih serta harum.
Selain itu, produk dengan berat 180 gram itu dihasilkan menerusi kemudahan operasi di Kota Bharu, Kelantan yang kini mempunyai tiga buah kilang bagi menyokong permintaan pasaran. Operasi pengeluaran pula mampu menghasilkan lebih daripada 12,000 botol sehari dengan pelaksanaan kawalan kualiti (QC) yang ketat pada setiap peringkat.
Ads
Pada masa yang sama, perkembangan perniagaan Khairul Aming turut memberi impak positif apabila jenama tersebut kini menyediakan peluang pekerjaan kepada kira-kira 100 tenaga kerja tempatan yang menjadi sebahagian daripada pasukan operasi syarikat.
Sementara itu, bagi pelancaran pertama Sambal Nyet Bilis, sebanyak 125,000 botol akan ditawarkan kepada pelanggan menerusi sesi pelancaran khas di akaun TikTok Khairul Aming pada Jumaat, 7 Ogos ini. Pelancaran produk keempat itu turut disifatkan sebagai antara pelancaran terbesar yang pernah dilakukan oleh beliau sepanjang perjalanan perniagaannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita gembira buat rakyat Malaysia secara amnya memandangkan kebanyakan daripada gaya hidup kita sekarang dilakukan secara cashless.
Mengorak selangkah ke hadapan, Touch ‘n Go kini berkongsi perkembangan terkini di mana kad versi baharu yang mempunyai teknologi NFC terbina akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi. Sekaligus ia membolehkan orang ramai menambah nilai kad mereka secara terus menerusi aplikasi mudah alih Touch ‘n Go e-Wallet melalui telefon pintar.
Dengan langkah ini, ia dijangka akan mengatasi aduan ramai yang inginkan kemudahan tambah-nilai tanpa perlu ke kiosk khas.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong mengatakan Touch ‘n Go yang berada di edaran sejak 20 tahun lalu tidak mempunyai keupayaan untuk menambah nilai terus kad daripada e-Wallet kerana memerlukan pembaca kad khusus untuk benar-benar melakukan transaksi atas sebab-sebab keselamatan.
Foto: Touch n Go
Malah, dalam satu ciapan balas yang dikongsikan oleh akaun Twitter @MyTouchnGo, Touch ‘n Go menyatakan akan mengemaskini info semasa mengenai kad baharu tersebut melalui laman web mereka dari semasa ke semasa.
Ciri seperti ini sedia digunakan oleh beberapa penyedia, termasuk EZ-Link di Singapura. Selain itu, Touch ’n Go juga menyasarkan pengenalan kad prabayar Visa yang dipautkan dengan dompet-digital TNG eWallet pada tahun ini.
Dengan cara ini tidak dinafikan ia memudahkan pengguna jalan raya dan kuranglah berlaku kesesakan sekiranya kad touch n go mereka tidak mempunyai baki yang mencukupi. Ini penulis suka sebab penulis sejenis cashless. hehehe
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika pemimpin dunia lain menjadi penerima pertama suntikan dos vaksin COVID-19 seawal Februari 2021, lain pula ceritanya dengan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern.
Bertempat di Manurewa Marae, selatan Auckland pada hari ini, Jacinda telah menerima dos vaksin pertamanya dan berkata suntikan tersebut “tidak sakit dan lebih mudah daripada suntikan demam”.
Namun, keputusan Jacinda untuk baru menerimanya; kira-kira lima bulan selepas rakyat New Zealand mula menerima suntikan vaksin membuatkan ramai yang tertanya-tanya. Mengapa baru sekarang?
Mengapa tidak Jacinda juga menjadi individu pertama yang disuntik memandangkan beliau adalah orang kuat bagi memastikan pentadbiran negara kiwi itu berjalan lancar.
“Saya tidak pernah ingin menjadi di antara yang terawal.. tapi saya juga mahu menjadi role model (kepada rakyat yang tidak pasti jika vaksin adalah selamat). (Masa yang ditentukan ini) bagi saya adalah seimbang.
“Saya sendiri yang memilih untuk disuntik sekarang untuk memainkan peranan saya (sebagai Perdana Menteri) dan demonstrasikan bahawa (vaksin) adalah selamat, efektif dan penting untuk orang ramai mendapatkannya apabila tiba masa mereka ,” ulas iron woman itu kepada rakan media di sana.
Massive thank you to all the scientists that created the COVID-19 vaccine and the health officials who are delivering it … 🌺 pic.twitter.com/PtrOutjcHv
— NZ ChiefSciAdvisor (@ChiefSciAdvisor) June 18, 2021
Tambah Jacinda, amatlah penting untuk New Zealand memastikan kumpulan paling berisiko tinggi seperti petugas industri perubatan dan petugas di sempadan negara itu untuk mendapatkan vaksin lebih awal.
Setelah fasa itu berakhir, barula New Zealand menyusun rakyatnya yang berusia 60 tahun ke atas untuk menerima suntikan bermula Julai ini dan yang berusia 55-59 tahun akan menerimanya bermula Ogos.
Ia diikuti golongan berusia 45 – 54 tahun (pertengahan hingga hujung Ogos), 35 – 44 tahun (pertengahan hingga hujung September) dan lain-lain peringkat umur bermula Oktober 2021.
*
Baru-baru ini, kerajaan pimpinan Jacinda mengumumkan bahawa mereka telah memgesahkan stok sejuta dos vaksin jenis Pfizer-BioNTech untuk lima juta penduduknya. Pihak berkuasa bahagian perubatan negara itu buat masa ini masih belum meluluskan pemberian vaksin selain Pfizer-BioNTech kepada para penduduknya.
Cucu kepada juara tinju antarabangsa dan lagenda dunia, Muhammad Ali telah menyahut cabaran untuk meneruskan legasi datuknya menerusi perlawanan debut profesionalnya semalam.
Nico Ali Walsh yang baru berusia 21 tahun membuktikan darah legasi Muhammad Ali ada di dalam dirinya setelah meraih kemenangan pertama dengan menumpaskan lawannya, Jordan Weeks dalam masa hanya 70 saat sahaja!
Semasa perlawanan kelas pertengahan itu, Ali Walsh dilihat mengenakan seluar tinju putih hasil pemberian datuknya. Tentulah, tekanan dan bebanan hebat dirasai oleh Nico memandangkan dia bukan saja bertarung untuk dirinya. Malah dia membawa nama baik keluarga setiap kali melangkah ke gelanggang.
Dalam temuramah selepas perlawanan semalam, Nico berkata, “Untuk kebanyakan orang, (Muhammad Ali) adalah peninju terhebat dunia dan seorang personaliti paling berpengaruh di dunia. Akan tetapi bagi saya, beliau ialah datuk saya, datuk yang paling hebat.”
Foto Kredit : Via Twitter Rasheda
Untuk pengetahuan korang, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali iaitu anak kedua Muhammad Ali. Remaja yang sedang mengikuti pengajiannya dalam bidang perniagaan di peringkat ijazah ini kehilangan datuknya itu setelah beliau meninggal dunia pada 2016 kerana masalah komplikasi pernafasan.
Selepas 32 tahun ‘berlawan’ dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun. Sepanjang kariernya sebelum bersara dari dunia tinju pada tahun 1981, Muhammad Ali memegang rekod 56 kemenangan profesional dan hanya lima kekalahan.
Disebabkan kehebatannya mengharumkan nama Amerika Syarikat di peringkat dunia itu, beliau telah diberi penghormatan sebagai pelari obor di Sukan Olimpik Atlanta 1996.
Good luck Ali Walsh, semoga terus sukses dan menjadi lagenda hebat seperti datuk awak.
Tiga puluh tahun mungkin kelihatan seperti tempoh yang masih jauh. Namun tanpa disedari, tempoh itu sebenarnya hanya bersamaan satu generasi.
Bayangkan anak-anak yang sedang membesar...