Pelakon dan jelitawan, Rozita Che Wan menyangkal stereotaip seorang ibu mertua inginkan seorang menantu yang sempurna dari segala segi.
Rozita yang mesra dengan sapaan Che Ta berkata, majlis perkahwinan anak sulungnya, Ammar Effendy dan bakal isteri bakal berlangsung pada 26 Jun hadapan.
Sebagai bakal mertua, Rozita lebih selesa membiarkan apa-apa keputusan dalam soal persiapan majlis sehinggalah ke fasa selepas berkahwin terletak di tangan pasangan tersebut.
Selebriti, Rozita Che Wan.
Bukanlah bermaksud Rozita enggan masuk campur langsung untuk membantu mereka berdua. Namun sebagai seseorang yang lebih mengetahui asam garam rumah tangga, pelakon filem Anak Mami Jarum: Dalca Cinta Kerabu itu mengambil pendekatan untuk menyokong cara mereka menentukan hala tuju kehidupan berdua selepas ini.
“Dia (bakal menantu) seorang yang pendiam, tak macam saya. (Ketawa)
“Ammar kata (bakal menantu) pun ingin berhenti kerja selepas kahwin. (Bagi saya) okay sahaja, tempat seorang isteri pun di sisi suami.”
“Ikutlah, nak kerja dia boleh kerja. Tak nak kerja pun tiada masalah. Tiada apa-apa halangan (daripada saya),” jelasnya ketika ditemui di acara fesyen koleksi raya ArunSayfullDesiree.
Ads
Pendek kata, Rozita Che Wan tak kisah jika bakal menantu berhenti kerja asalkan keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan demi kebahagiaan rumah tangga yang bakal dibina.
Rozita Che Wan bersama kedua-dua peneraju jenama ArunSayfullDesiree
Persiapan Majlis Perkahwinan Ammar Effendy
Menurutnya, persiapan majlis kahwin yang akan bermula selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri tetap akan dibantu olehnya. Namun apa-apa keputusan akan mengikut keselesaan Ammar dan bakal isterinya.
“Anak saya tak tahu apa-apalah (mengenai persediaan majlis kahwin) sebab dia lelaki kan. Cuma, saya akan nasihatkannya seperti senarai hantaran… belah lelaki, belah perempuan. Kadang-kadang saya bagi saja dua-dua, tak ada masalah. Saya realisasikan impian mereka,” kongsinya sambil tersenyum.
Konsep Tradisional Jadi Pilihan
Dalam bab pemilihan busana perkahwinan pula, Rozita berkongsi bahawa pasangan itu memilik konsep tradisional dan dari situ, Rozita membawa mereka bertemu pereka fesyen yang juga merupakan rakan baiknya, Man Kajang.
Ads
Bagaimana jua cara Ammar dan bakal menantunya akan membawa diri selepas mendirikan rumah tangga, bagi Rozita yang penting hubungan kekeluaarga tetap utuh dijaga.
“Ammar kata lepas kahwin mereka ingin duduk sendiri tetapi waktu makan nak balik rumah (ke rumah Rozita). Iyalah, mak lebih tahu selera anak sendiri.”
“Kalau dia nak suruh saya masak, saya masak. Kalau bini nak masak, silakan. Tak payah berebut. Kalau bini nak masak, biarlah bini pula take over. Saya pun ada dua orang anak bujang lagi, boleh masakkan untuk mereka,” katanya yang kekal anggun pada usia 52 tahun.
Ads
Majlis Pertunangan Tertutup
Terdahulu, Ammar Effendy dan bakal isteri telah diraikan dalam sebuah majlis pertunangan pada 25 Oktober 2025 secara tertutup di Shah Alam.
Majlis yang dihadiri sana saudara kedua-dua belah pihak itu berlangsung meriah dan turut dihadiri bekas suami Rozita yang juga merupakan bapa kandung Ammar iaitu Azuar Effendy Zulkaply.
Namun sehingga kini, Rozita dan keluarganya memilih untuk tidak mendedahkan identiti wanita yang berjaya menambat hati anak sulungnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila berbicara tentang perasaan dan cinta ramai yang akan berdolak-dalih bila ditanya apa sebabnya mereka suka akan seseorang. Mungkin jawapan yang klise selalu kita dengar dalam filem, novel dan kisah romantis legenda akan kita perlolehi.
Namun bila bercakap pasal perasaan ni memang ia tidak dapat dipaksa-paksa. REMAJA yakin korang pun mesti pernah jatuh hati pada seseorang dalam diam atau pun secara terang-terangan.
Akan tetapi adakah kamu tahu bahawa dia juga akan korang atau tidak? Jangan nanti duk syok bertepuk sebelah tangan sahaja. Bila suka seseorang pastinya kita akan mencari jalan bagaimana untuk selalu dekat dengannya. Malah korang juga melakukan inisiatif untuk menghubungi mereka.
Tapi tahukah kamu sama ada si dia okay atau sebenarnya dia tak suka pada kamu. Nak tahu apa tanda-tandanya? Cuba perhatikan tanda-tanda yang REMAJA kongsikan pada kali ini.
Ambil Masa Lama Reply Whatsapp
Antara perkara paling happy bagi korang ialah bila melihat nama si dia pop up di atas skrin telefon pintar. Kalau dapat mesej daripada dia laju saja korang reply. Tapi berbeza bila kamu yang hantar mesej. Kadangkala ia terbiar seharian suntuk malah, dua hari kemudian pun belum terjawab lagi. Ini sebenarnya petanda besar bahawa kamu tidak berapa penting dalam hidupnya.
Kalau Reply Pun Pendek
Kadangkala kamu excited bila berbual menerusi chat dengannya. Bila berbual panjang lebar teks kamu untuknya. Tapi bila dia reply… alamak pendek sahaja. Jawapannya pun sepatah-sepatah. Tanya dua jawabnya satu. Haaa, itu memang petanda jelas dia kurang minat untuk berbual mungkin tak suka pun pada korang.
Setiap kali berbual di telefon atau chat korang selalu mengajaknya untuk bertemu. Dan setiap kali itu jugalah ada sahaja alasan yang diberikan olehnya. Sibuk dengan kelas, famili atau aktiviti sukan. Ada sahaja alasan yang diberikan padahal korang ajak berjumpa untuk seketika sahaja. Kalau beginilah cara, lebih baik korang angkat kaki lebih awal. Jangan nanti hati semakin terluka disebabkan orang yang tak hargai korang.
Tak Ada Usaha Langsung
Masalahnya bagi sesetengah lelaki ini mereka memberikan mixsignal yang sukar untuk dibaca oleh orang perempuan. Kadnag-kadang apa yang terucap di bibirnya tidak diterjemahkan selari dengan perbuatan. Jika si dia tidak ada inisiatif atau usaha untuk menghubungi korang, lebih baik segera pergi. Buat apa korang curahkan kasih pada orang yang tidak acuh?
Sikap Dingin
Awal perkenalan dia okay sahaja dengan kamu. Kalau berbual pun pasti ada banyak subjek yang korang sama-sama enjoy untuk dijadikan topik. Tapi jika dia bersikap dingin inilah masanya untuk kamu lupakan si dia. Itu petanda jelas dia sudah tidak menaruh minat pada kamu.
So girls, janganlah terlalu ‘mendewakan’ seorang lelaki semata-mata kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Ketahuilah bahawa teman istimewa mempunyai maksud lebih daripada sifat fizikal sahaja.
Janganlah kerana crush korang boleh memperbodohkan diri sendiri melakukan perkara yang bukan-bukan.
[/et_pb_text]
[/et_pb_column]
[/et_pb_row]
[/et_pb_section]
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pagi ini viral di sosial media apabila artis yang popular dengan lagu Kosong, Najwa Latiff memuat satu posting diatas pelamin dengan memberi bayangan sudah bergelar seorang isteri. Eh biar betul ni? Tak ada ribut, tak ada petir tiba-tiba Najwa Latiff dah berumah tangga.
Hal ini selepas dia memuat naik satu posting di atas pelamin bersama seorang lelaki.
Untuk pengetahuan semua, Najwa selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Ariffin dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat ini.
Majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan secara tertutup di Batu Pahat, Johor kira-kira 8.30am dengan kehadiran ahli keluarga dan kenalan terdekat sahaja.
Akwa, 30 menyerahkan mas kahwin berupa 2.5 gram emas kepada isterinya Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif , 27 tahun.
Menurut pengurusnya , Azahari Jaafar, Najwa sudah lama merancang perkahwinan tersebut namun mengambil keputusan untuk tidak menghebahkan perkara itu.
Sebelum ini juga, penyanyi bersuara merdu ini mengakui sedang dalam proses mengenali hati budi seorang jejaka dalam perhubungan yang serius, lapor Harian Metro.
Terdahulu, Najwa yang juga bergelar pensyarah menyambung pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Rata-rata komen mendoakan pasangan ini
Apa-apapun, Remaja ucapkan tahniah buat pasangan pengantin baru ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tidak dinafikan, memiliki suami yang saling tidak pernah lekang menyokong isteri tercintanya adalah sebuah rezeki buat pasangan yang telah berumah tangga.
Ya, itulah yang dapat digambarkan buat pelakon jelita, Intah Najuwa yang bertuah memiliki suami yang begitu menyokong isterinya yang kini sibuk dalam menamatkan pengajian.
Sedia maklum, pelakon berusia 26 tahun ini masih dalam pengajian peringkat asasi dalam jurusan undang-undang sebuah kolej di Singapura.
Berkata kepada Remaja, dirinya cukup bertuah dikurniakan pasangan yang tidak pernah berhenti memberi sokongan mental dan fizikal, meskipun di saat dirinya berada di titik yang bawah untuk menghabiskan pengajiannya.
“Saya masih lagi belajar, suami saya tidak bagi berhenti kerana dia cakap pengajian saya ini sudah separuh jalan.
“Sejujurnya, saya pernah juga rasa berputus asa. Namun suami saya cakap ‘tidak mengapa, teruskan sahaja dan jangan berhenti. Tak kisahlah lagi dua atau tiga tahun lagi kena habiskan’.
“Sebab itulah perlu cari pasangan yang betul-betul saling menyokong. Bukan sahaja dari segi kewangan, kena yang memahami dan menyokong,” katanya.
Pelakon drama hit Saat Kau Takluk Cinta Ini berkata demikian ketika ditemu bual di majlis pelancaran produk terbaharu jenama penjagaan kulit, Nivea, serum anti bintik nombor satu dunia, Nivea Luminous, di Mid Valley Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Intan turut memaklumkan dirinya tetap perlu kuat untuk menamatkan pengajian kerana dia mendedahkan suaminya juga amat mementingkan pembelajaran.
“Jadi, agak-agak bila saya boleh tamatkan pengajian ini, saya selalu cakap lagi setahun lebih dan berulang kali, tetapi sebenarnya saya dah ‘drag’ panjang ini kerana saya dah banyak main-main.
“Tetapi, saya tetap kena kuat juga, jika tidak nanti suami saya membebel jugalah kerana dia sangat mementingkan pembelajaran,” ujarnya lagi.
Sekadar informasi, Intan telah mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast pada tanggal 18 Ogos lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Azan di Old Trafford bergema buat pertama kali dalam sejarah sempena majlis iftar Ramadan, mencipta detik bersejarah dan simbol perpaduan komuniti Muslim di stadium ikonik Manchester United.