5 Tanda Crush Sebenarnya Tak Suka Pun Dekat Korang

12980
[et_pb_section admin_label=”section”] [et_pb_row admin_label=”row”] [et_pb_column type=”4_4″] [et_pb_text admin_label=”Text”] Bila berbicara tentang perasaan dan cinta ramai yang akan berdolak-dalih bila ditanya apa sebabnya mereka suka akan seseorang. Mungkin jawapan yang klise selalu kita dengar dalam filem, novel dan kisah romantis legenda akan kita perlolehi.

Namun bila bercakap pasal perasaan ni memang ia tidak dapat dipaksa-paksa. REMAJA yakin korang pun mesti pernah jatuh hati pada seseorang dalam diam atau pun secara terang-terangan.

Akan tetapi adakah kamu tahu bahawa dia juga akan korang atau tidak? Jangan nanti duk syok bertepuk sebelah tangan sahaja. Bila suka seseorang pastinya kita akan mencari jalan bagaimana untuk selalu dekat dengannya. Malah korang juga melakukan inisiatif untuk menghubungi mereka.

Tapi tahukah kamu sama ada si dia okay atau sebenarnya dia tak suka pada kamu. Nak tahu apa tanda-tandanya? Cuba perhatikan tanda-tanda yang REMAJA kongsikan pada kali ini.

Ambil Masa Lama Reply Whatsapp

Antara perkara paling happy bagi korang ialah bila melihat nama si dia pop up di atas skrin telefon pintar. Kalau dapat mesej daripada dia laju saja korang reply. Tapi berbeza bila kamu yang hantar mesej. Kadangkala ia terbiar seharian suntuk malah, dua hari kemudian pun belum terjawab lagi. Ini sebenarnya petanda besar bahawa kamu tidak berapa penting dalam hidupnya.

IKLAN

Kalau Reply Pun Pendek

Kadangkala kamu excited bila berbual menerusi chat dengannya. Bila berbual panjang lebar teks kamu untuknya. Tapi bila dia reply… alamak pendek sahaja. Jawapannya pun sepatah-sepatah. Tanya dua jawabnya satu. Haaa, itu memang petanda jelas dia kurang minat untuk berbual mungkin tak suka pun pada korang.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 Perkara Yang Perempuan Cakap Tapi Bawa Maksud Berbeza

Tak Nak Jumpa

Setiap kali berbual di telefon atau chat korang selalu mengajaknya untuk bertemu. Dan setiap kali itu jugalah ada sahaja alasan yang diberikan olehnya. Sibuk dengan kelas, famili atau aktiviti sukan. Ada sahaja alasan yang diberikan padahal korang ajak berjumpa untuk seketika sahaja. Kalau beginilah cara, lebih baik korang angkat kaki lebih awal. Jangan nanti hati semakin terluka disebabkan orang yang tak hargai korang.

Tak Ada Usaha Langsung

Masalahnya bagi sesetengah lelaki ini mereka memberikan mix signal yang sukar untuk dibaca oleh orang perempuan. Kadnag-kadang apa yang terucap di bibirnya tidak diterjemahkan selari dengan perbuatan. Jika si dia tidak ada inisiatif atau usaha untuk menghubungi korang, lebih baik segera pergi. Buat apa korang curahkan kasih pada orang yang tidak acuh?

Sikap Dingin

Awal perkenalan dia okay sahaja dengan kamu. Kalau berbual pun pasti ada banyak subjek yang korang sama-sama enjoy untuk dijadikan topik. Tapi jika dia bersikap dingin inilah masanya untuk kamu lupakan si dia. Itu petanda jelas dia sudah tidak menaruh minat pada kamu.

So girls, janganlah terlalu ‘mendewakan’ seorang lelaki semata-mata kerana dia mempunyai ciri-ciri lelaki idaman. Ketahuilah bahawa teman istimewa mempunyai maksud lebih daripada sifat fizikal sahaja.

Janganlah kerana crush korang boleh memperbodohkan diri sendiri melakukan perkara yang bukan-bukan.
[/et_pb_text] [/et_pb_column] [/et_pb_row] [/et_pb_section]