Ads
Home Hiburan “Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon...

“Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon Maaf Kepada BLINK

Penyanyi dan ahli kumpulan terkenal K-Pop, Rosé BLACKPINK baru-baru ini tampil mencuri perhatian apabila menyampaikan permohonan maaf kepada peminat susulan sambutan ulang tahun ke-10 kumpulan berkenaan yang mengundang pelbagai kritikan.

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsikan di platform peminat, Rosé atau nama sebenar Roseanne Chae-young Park (29) berkata, beliau mengambil sedikit masa sebelum bersuara kerana mahu memahami perasaan sendiri serta mencari cara terbaik untuk menyampaikan perkara yang terbuku di hati.

Menurut Rosé, ulang tahun sedekad BLACKPINK sepatutnya menjadi detik istimewa untuk diraikan bersama BLINK, namun apa yang berlaku tidak sepenuhnya seperti yang diharapkan sehingga meninggalkan rasa kecewa dalam kalangan peminat mahupun anggota kumpulan itu sendiri.

“Saya mahu sekurang-kurangnya 8 Ogos menjadi hari di mana kita semua dapat tersenyum dan berasa gembira, tetapi segala-galanya tidak berlaku seperti yang saya harapkan, dan saya benar-benar minta maaf,” katanya.

“Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon Maaf Kepada BLINK “Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon Maaf Kepada BLINK

Pelantun lagu ‘On the Ground’ dan ‘Gone’ itu turut meluahkan rasa bersalah kerana mengambil masa untuk memberikan penjelasan, terutama selepas menyedari ada peminat yang mungkin berasa tersisih atau keseorangan ketika kontroversi mengenai sambutan tersebut mula menjadi perhatian.

Ads

Pada masa yang sama, Rosé tidak lupa menghargai peminat yang tetap hadir meskipun acara berlangsung dalam keadaan cuaca panas. Beliau menyifatkan sokongan yang diterima sepanjang 10 tahun perjalanan BLACKPINK sebagai sesuatu yang sangat bermakna dan menjadi antara perkara paling berharga dalam hidupnya.

BACA: Rosé BLACKPINK Cipta Sejarah! Jadi Solois K-Pop Pertama Terima Penghargaan Presiden Korea

Ads

BLACKPINK sebelum ini mengadakan acara ulang tahun ke-10 di National Museum of Korea, Yongsan, Seoul, pada 8 Ogos lalu. Kesemua empat anggota iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa akhirnya hadir, namun tempoh acara utama yang hanya berlangsung sekitar 30 minit menyebabkan sebahagian peminat meluahkan rasa kurang puas hati, selain timbul persoalan mengenai skala penganjurannya.

“Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon Maaf Kepada BLINK “Saya Benar-Benar Minta Maaf” Sambutan 10 Tahun BLACKPINK Dikritik, Rosé Tampil Mohon Maaf Kepada BLINK

Ads

Sementara itu, Jisoo turut tampil menyampaikan permohonan maaf kepada peminat selepas dirinya dilihat menitiskan air mata ketika membaca surat daripada BLINK. Situasi itu kemudiannya mencetuskan pelbagai spekulasi dalam talian sebelum Jisoo meminta peminat agar tidak terus menyebarkan andaian yang tidak mempunyai asas.

“Saya tahu perkara ini mungkin mengecewakan, tetapi ini adalah ulang tahun ke-10 kami, sesuatu yang sepatutnya kita raikan bersama-sama. Saya berharap tiada lagi kata-kata negatif atau spekulasi tidak berasas yang terus berkembang,” kata Jisoo.

Mengakhiri kenyataannya, Rosé berharap segala kekecewaan yang berlaku tidak menjejaskan hubungan antara BLACKPINK dan BLINK, sebaliknya menjadi titik untuk mereka terus mencipta lebih banyak kenangan bersama pada masa akan datang.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads