Dalam kehidupan yang serba moden ini, tidak hairan sekiranya kita melihat penggunaan mesin atau robot yang melakukan pekerjaan manusia bagi mengurangkan tenaga kerja yang diperlukan.
Dengan arus kemodenan kemajuan teknologi, tugas penguatkuasaan juga kini dibantu robot.
Di China baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan inovasi termaju dalam penguatkuasaan undang-undang.
Menerusi satu muat naik di media sosial, satu rekaan robot amfibia berbentuk sfera seberat 125kg yang mampu mengejar penjenayah pada kelajuan sehingga 35 kilometer sejam (35km/j) di darat dan air.
Rotunbot RT-G
Digelar Rotunbot RT-G, peranti futuristik ini adalah cetusan idea daripada firma teknologi, Logon Technology yang berpangkalan di Shenzhen dan telah dibangunkan selama beberapa tahun.
Menurut jurucakap Logon Technology, inovasi membanteras jenayah, RT-G merupakan robot polis sfera berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang bukan sahaja menghentikan jenayah tetapi juga merisik atau mengesannya.
Ads
Kongsinya, robot bola pengimbangan diri tersebut menggunakan penstabil giroskopik untuk mengekalkan pergerakan yang stabil merentasi pelbagai rupa bumi, termasuk lumpur, lopak dan keadaan jalan tak berturap (off road).
Tambahnya, robot tersebut kini diuji di zon komersial di Wenzhou, wilayah Zhejiang, China dan juga baru-baru ini bersama empat pegawai polis di Hangzhou, sebuah bandar yang sibuk dengan populasi hampir 12 juta penduduk.
Lengkap dengan pelbagai alat memerangi jenayah
Robot RT-G juga dilengkapi dengan pelbagai alat memerangi jenayah yang tidak membawa maut. Ia termasuk penyembur gas pemedih mata, beberapa bom tangan, pembesar suara dan peranti penyebaran gelombang bunyi sekali gus memastikan kebolehsuaian dalam pelbagai senario.
Robot sfera yang dikuasakan oleh AI itu juga boleh mengesan ‘gangguan atau kelainan di sekelilingnya’.
Ia juga akan menggunakan fungsi pengecaman muka untuk mengesan penjenayah yang diketahui polis dan dengan itu membantu pegawai penguat kuasa undang-undang mengenal pasti mereka dengan lebih cepat.
Ads
Selanjutnya, ia boleh memberi amaran kepada penguatkuasaan undang-undang atau melumpuhkan suspek secara autonomi menggunakan pistol jaring binaan dalam.
Satu video operasinya menunjukkan RT-G dikawal dari jarak jauh, walaupun versi akan datang mungkin menggabungkan ciri autonomi untuk meningkatkan fungsinya.
“Pecutan robot RT-G boleh mencapai 30 kmj dalam hanya 2.5 saat dan binaannya yang teguh menjadikan ia tahan lasak walaupun jatuh di permukaan kasar.
“Bagaimanapun, ia mempunyai batasan seperti tidak stabil apabila melalui selekoh tajam dan sukar untuk menaiki tangga atau permukaan tinggi yang lain,” ujarnya.
Ads
Katanya, kelemahan tersebut mungkin menghalang keberkesanannya dalam menangani situasi tertentu atau persekitaran bandar yang kompleks.
Kos RM185,000 hingga RM247,000
Pada masa ini, julat kos pengeluaran untuk robocops berkuasa AI ini berbeza-beza dari AS$41,300 hingga AS$55,000 (RM185,000 hingga RM247,000).
Robot RT-G bukanlah percubaan pertama China dalam teknologi robotik memerangi jenayah. Negara itu telah melancarkan pelbagai peranti inovatif untuk membantu penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum RT-G, terdapat Robo-dog, robot berkaki empat yang dilengkapi roda yang membolehkannya memecut merentasi medan lasak dan melakukan aksi.
Oppo Malaysia telah mengumumkan ketibaan siri Reno terbaharu mereka ke pasaran tempatan.
Sebanyak tiga model diperkenal dalam keluaran Reno 10 kali ini iaitu Reno 10, Reno 10 Pro dan Reno 10 Pro+. Seperti namanya, Reno 10 adalah model terendah, diikuti Reno 10 Pro dan model terbaik adalah Reno 10 Pro+.
Dengan harga melebihi RM3,000, pastinya Reno 10 Pro+ adalah peranti kelas flagship.
Untuk mencapai prestasi tinggi, Oppo menggunakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 ke dalam Reno 10 Pro+. Ia digandingkan bersama RAM LPDDR5 sebanyak 12GB dan storan dalaman UFS3.1 seluas 256GB.
Skrin sebesar 6.74-inci jenis AMOLED melengkung 3D, dengan resolusi dipanggil 1.5K (2772×1240) bersama kadar penyegaran 120Hz. Skrin ini memiliki kecerahan mencecah 1,400nits dan dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5. Lubang kecil di dahi skrin memuatkan kamera utama 32MP F2.4 untuk berswafoto.
Perkara flagship seterusnya pada Reno 10 Pro+ adalah kameranya. Ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 dengan sensor Sony IMX890 berkuasa tinggi. Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 64MP F2.5 dengan keupayaan zum optikal 3x, sesuatu yang sangat sukar ditemui di telefon pintar flagship permulaan. Ketiga adalah kamera ultralebar 8MP F2.2.
Selain itu, Oppo hanya memuatkan bateri 4,700mAh di dalam Reno 10 Pro+ tetapi ia menyokong pengecasan sangat pantas, SuperVOOC 100W menerusi USB-C. Ia mampu mengecas dari 0-100% dalam masa 27 minit sahaja.
Sistem bunyi stereo dihasilkan menerusi dua pembesar suara di bawah dan atas telefon. Sistem operasi pula menggunakan ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Tetapi tidak pula dimaklumkan berapa panjang kemaskini OS akan diberikan.
Terdapat dua warna pilihan disediakan bagi Reno 10 Pro+ iaitu ungu dan kelabu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita ini mungkin bukan baru bagi sesetengah orang. Tapi mungkin ramai yang belum mengetahuinya juga terutama di kalangan anak remaja yang tidak berapa ‘care’ mengenainya.
Akhir tahun ni, mesti ramai yang sibuk nak check baki dan menuai simpanan di ASB. So kali ini Remaja kongsikan cara mudah nak check baki ASB korang hanya di aplikasi online Maybank2U.
CARA CHECK BAKI ASB ONLINE DI MAYBANK2U
LANGKAH 1: Login MAYBANK2U
Mula-mula, login dulu ke Apps Maybank2U.
Bila dah login, nanti akan keluar skrin macam ni kan.
Klik dekat bahagian ‘Account’ macam dalam anak panah di atas tu.
LANGKAH 2: Pilih WEALTH
Nanti akan keluar paparan skrin seperti di bawah.
Sila teruskan klik WEALTH.
LANGKAH 3: Tekan VIEW
Kemudian boleh tekan VIEW untuk lihat akaun ASNB kita.
LANGKAH 4: SELESAI
Nanti bila dah klik VIEW tadi, akan terpampanglah 5 transaksi terkini ASNB kita macam di bawah ni.
Selesailah cara check baki ASB melalui Maybank2u tadi.
Kalau anda nak Top-up pelaburan atau masukkan duit dalam ASB, bolehlah follow next step ni.
Cara Tambah Simpanan di ASB Melalui Maybank2u
Caranya, klik butang kuning dekat bawah tu (rujuk gambar di atas).
Lepas tu akan keluar macam ni.
Pilih dan tekan butang TOP UP untuk membuat penambahan simpanan / pelaburan ASNB.
Okay last sekali, masukkan nilai yang kita nak tambah dalam ASB.
Dah tak perlu sibuk-sibuk nak ke kaunter dan tak perlu beratur atau bersesak-sesak di luar. Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernahkah kamu terfikir untuk intip status WhatsApp rakan-rakan tapi tak nak diorang tahu? Jangan risau, ada cara mudah untuk kamu lakukan ini tanpa meninggalkan jejak!
Empat cara untuk melihat status WhatsApp seseorang tanpa diketahui
Tutup ciri ‘Read Receipts’
Ya, menutup ciri Read Receipts bukan sahaja berfungsi pada mesej teks tetapi juga pada status WhatsApp. Jika anda menutup ciri Read Receipts, nama anda tidak akan terpampang di dalam senarai nama yang melihat status tersebut. Sama juga jika seorang kenalan anda menutup ciri Read Receipts mereka, anda juga tidak akan dapat melihat jika mereka ada melihat status anda atau pun tidak.
Berikut ialah cara untuk mematikan ciri Read Receipts pada peranti anda:
Buka WhatsApp dan seterusnya ke bahagian Tetapan (Settings).
Pilih ‘Privacy’ dan tatal ke bawah untuk ‘Read Receipts’. Akhir sekali, tukar kepada tutup.
Sila ambil perhatian bahawa cara ini juga akan menutup ‘Read Receipts’ untuk mesej anda dan orang lain tidak akan tahu apabila anda telah melihat mesej daripada mereka.
Tukar mod kapal terbang atau matikan internet peranti anda
Cara kedua terbaik untuk melihat status WhatsApp tanpa diketahui ialah apabila anda ‘offline‘. Sebaik sahaja anda melihat kenalan anda telah memuat naik status, matikan data mudah alih dan Wifi anda atau hanya tukar kepada mod kapal terbang.
Selepas anda memutuskan semua rangkaian, pergi ke WhatsApp sekali lagi dan lihat status mereka. Aplikasi komunikasi ini tidak akan dapat menjejak aktiviti anda kerana anda berada di luar talian dan oleh itu paparan anda tidak akan muncul dalam senarai penonton.
Anda juga boleh melakukannya menerusi WhatsApp Web. Buka web WhatsApp dalam tetingkap inkognito, pergi ke tab Status dan semak sama ada status yang ingin anda lihat ada di sana. Kemudian matikan rangkaian WiFi pada komputer riba/ desktop anda dan lihat status tersebut. Apabila selesai, tutup penyemak imbas supaya data tidak disimpan.
Semak folder Status WhatsApp (hanya untuk pengguna Android)
Jika anda seorang pengguna Android, anda mempunyai satu lagi trick yang boleh dilakukan. Terdapat satu bahagian pengurus fail pada peranti anda di mana semua fail WhatsApp termasuk status kenalan anda tersedia.
Membuka status melalui pengurus fail tidak akan memaklumkan kepada individu empunya status tersebut yang bahawasanya anda telah melihatnya kerana ia tidak dilakukan melalui aplikasi tersebut secara langsung. Untuk mengakses folder Status WhatsApp menggunakan file manager, ikuti langkah berikut:
Pergi ke ‘File Manager’ pada peranti anda.
Pilih ‘Internal Storage’ dan klik pada WhatsApp.
Pada tab ‘Media’, anda akan menemui folder ‘Statuses’. Seksyen ini akan memaparkan semua gambar yang pernah dikongsikan oleh kenalan anda seperti mana Status mereka.
Jika folder tersebut kelihatan, pergi ke tetapan ‘File Manager’ dan buka ‘Show hidden files’. Selepas itu ia pasti akan kelihatan.
Sila ambil perhatian bahawa folder ‘Status’ hanya menyimpan data selama 24 jam. Selain itu, ia hanya berfungsi apabila individu yang anda ingin cuba lihat statusnya mempunyai akaun WhatsApp mereka yang berpaut ke peranti mereka. Jika tidak, usaha anda akan sia-sia.
Lihat status WhatsApp menggunakan aplikasi pihak ketiga (atas risiko anda sendiri)
Tapi awas!!! anda perlu berhati-hati semasa menggunakan aplikasi ini. Sementara beberapa aplikasi pihak ketiga mendakwa berfungsi dengan lancar untuk anda, ia mungkin menimbulkan risiko keselamatan dan malah menjejaskan data anda. Lebih-lebih lagi, kerana mereka melanggar syarat perkhidmatan WhatsApp, pengguna mungkin disekat buat sementara atau selama-lamanya daripada aplikasi itu.
Walau bagaimanapun, jika anda benar-benar berminat untuk menggunakan aplikasi pihak ketiga, GBWhatsApp, Status Saver dan KidsGuard untuk WhatsApp adalah beberapa nama yang mendakwa menawarkan ciri tambahan di luar aplikasi WhatsApp rasmi.
Semoga panduan ini membantu anda dengan mudah untuk melihat status WhatsApp secara senyap-senyap.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.