Ingat lagi beberapa insiden tak diingini yang pernah terjadi akibat letupan telefon pintar?
Malangnya, satu lagi insiden telefon meletup berlaku dan kali ini, ia mengakibatkan seorang mangsa remaja berusia 14 tahun maut sewaktu tidur.
Alua Asetkyzy Alzalbek merupakan seorang pelajar yang menetap di Bastobe, Kazakhstan.
Seperti kebanyakan remaja lain (termasuklah kami sendiri), Alua menghabiskan masa sebelum tidur dengan mendengar muzik daripada playlist telefon pintarnya.
Ads
Namun secara tiba-tiba pada keesokan harinya, dia ditemui telahpun meninggal dunia setelah bateri telefon dilaporkan meletup berkenaan kepala.
Peranti itu disambungkan dengan soket elektrik dan Alua sedang mengecas bateri sambil meletakkan telefon di atas bantal bersebelahan. Setelah ia meletup, dia berdepan dengan kecederaan teruk pada kepala dan terus maut.
Forensik mendapati bateri tersebut meletup setelah ia menjadi terlalu panas akibat terlebih cas. Ini adalah perkara biasa yang berlaku jika kita mengecas semasa tidur. Kita tidak sedar bilakah ia tamat.
Rakan karibnya, Ayazhan Dolasheva, 15, mengakui terkejut dengan kejadian tragik itu dan berkata, “You were the best. Sukar untuk saya percaya saya telah kehilangan kamu selamanya.”
So guys, walaupun korang teringin sangat untuk mengecas bateri semasa tidur, sekurang-kurangnya setkan alarm untuk korang bangun beberapa jam kemudian dan tutup suis pada soket.
Zaman sekarang ni bukannya susah untuk kita menghasilkan gambar yang cantik tanpa perlu khidmat profesional. Ini kerana semuanya dihujung jari dan boleh dilakukan sendiri dengan hanya menggunakan smartphone korang.
Berikut merupakan tutorial cara edit gambar seperti profesional yang dikongsi oleh Ryzal Ibrahim dengan hanya menggunakan aplikasi di smartphone korang.
1. Download Lightroom secara percuma di Appstore atau Google Play
2. Klik pada aplikasi Lr (Lightroom) tersebut
3. Add photo daripada camera roll/album smartphone korang. Klik ikon gambar dan pilih gambar yang nak diedit
4. Seterusnya, pilih ikon ‘Light‘ dan tekan pada ikon tersebut
5. Kemudian, adjust Exposure, Highlights, Shadows, Whites and Blacks seperti yang tertera dalam gambar. Selaraskan semua yang ditanda merah seperti yang ditunjuk (jangan usik yang lain)
6. Klik ikon Color, adjust Vibrance dan Saturation. Seterusnya, tekan ikon suhu, laraskan Vibrance dan Saturation. Bila dah selesai, tekan Mix untuk color correction.
7. Mulakan dengan pilih warna merah, seperti dalam gambar.
8. Pilih warna oren pula (Hue- untuk selaraskan warna kulit)
9. Kuning (Hue dan Saturation untuk background color). Korang akan melihat backgroud color gambar tersebut bertukar daripada hijau ke kelabu.
10. Hijau (Selaraskan Saturation sahaja untuk warna subjek). Warna yang sesuai digunakan akan bertukar menjadi seakan-akan warna kelabu gelap.
11. Light Blue (Selaraskan Saturation sahaja)
12. Blue (Selaraskan Saturation sama ada ke kanan atau kiri). Jika ke kiri, warna baju akan bertukar ke hitam, manakala ke kanan, warna baju akan bertukar ke biru (warna asal baju).
13. Kemudian, korang selaraskan Saturation ke kanan untuk pilihan dan dapat dilihat suit tersebut bertukar warna, namun background dan warna kulit masih kekal sama tidak terjejas.
14. Ungu (Prosedur sama, hanya laraskan Saturation sahaja)
15. Merah jambu (Prosedur sama, hanya laraskan Saturation sahaja)
16. Seterusnya, pergi ke Effects dan selaraskan Clarity dan Dehaze seperti dalam gambar
17. Untuk proses akhir, klik Details untuk naikkan tahap Sharpening mengikut kehendak sendiri. Setelah itu, turun ke Noise Reduction untuk hilangkan ‘noise‘ supaya gambar nampak lebih lembut.
18. Okay selepas itu, korang mungkin ingin meletakkan watermark (nama sendiri atau syarikat) di gambar tersebut, klik ikon setting disebelah kanan.
19. Di pilihan setting korang akan lihat kolum untuk penamaan semula, sila klik Customize untuk tukar nama korang
20. Di Customize ini, korang boleh tukar saiz nama, pindah posisi watermark dan gelapkan atau cerahkan nama
21. Siap! Sekarang korang boleh cuba guna manual warna preset dengan sendiri dan percuma.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dah ramai yang teruja dengan sistem update ios 15 bagi pengguna iPhone.
Ada yang dah update ke. Amacam best tak? Namun, bagi mereka yg belum update software terbaru ini, dan tidak menerima notis mengenainya, boleh memuat turun secara manual dengan pergi ke Settings > General > Software Update dan pilih download iOS 15. Saiz muat turun untuk iOS 15 adalah 3.12GB dan pastikan bateri korang cukup atau mengecas ketika mahu memulakan muat turun.
1. Focus
Foto Via macrumors.com
Focus membolehkan anda memberikan tumpuan mengikut situasi. Jika korang tidak mahu diganggu oleh notifikasi atau deringan dari iPhone dek memfokuskan mengejar tarikh akhir laporan kerja, sedang bersenam, memandu atau sedang tidur.
Pengguna iPhone boleh menetapkan siapa dibenarkan menghubungi, notifkasi mana boleh dipaparkan dan apakah aplikasi yang boleh diakses mengikut mod yang dipilih. Paling menarik jika anda tidak mahu diganggu, pengguna iPhone lain boleh melihat anda mengaktifkan mod fokus di dalam aplikasi pemesejan seperti Messages.
2. Account Recovery
Pada iOS 15 terdapat ciri baharu Account Recovery yang membolehkan pengesahan diberikan kepada kontak rapat yang dipercayai. Pengguna juga boleh memiliki kontrak rapat sebagai Legacy Contact yang boleh mengakses akaun Apple ID pemilik yang telah meninggal dunia. Gambar yang disimpan di iCloud misalnya boleh dimuat turun ke akaun peribadi sebagai kenang-kenangan.
3. Live Text
Live Text ialah ciri menarik yang selama ini memerlukan pengguna iOS menggunakan Google Photos atau Google Lens. Dengan Live Text kesemua ciri ini ditawarkan secara terbina pada aplikasi kamera iPhone dan pelayar Safari. Pada aplikasi kamera apabila ia mengesah teks, ikon membaca teks akan muncul. Pengguna kemudian boleh salin tampal teks alamat, nama perniagaan atau nombor telefon pada papan iklan misalnya.
4. Find My
Find My ditambah baik dengan ciri mengesan kedudukan peranti walaupun selepas ia dimatikan atau telah ditetapkan semula selepas hilang. Menurut Apple lokasi peranti masih boleh dijejak sehingga 24 jam selepas ia dimatikan atau ditetapkan semula oleh insan yang mungkin telah mencurinya.
5. FaceTime Dengan Bukan Pengguna Di Luar Ekosistem Apple FaceTime Link
Paling menarik, kini ciri eksklusif FaceTime pada peranti Apple kini akhirnya boleh diakses juga oleh pengguna peranti dengan sistem operasi yang lain. Kini tanpa peranti Apple sekalipun mereka boleh menggunakan FaceTime.
6. FaceTime Dipertingkat – Audio Spatial, Mod Portret,
Foto Via macrumors.com
Kepada pengguna ekosistem Apple pula, FaceTime semakin ditambah baik seperti akhirnya wujud mod potret yang mengaburkan latar belakang, audio spatial juga disokong bagi memberikan pengalaman perbualan dan mikrofon pula menyokong mod audio yang membolehkan bunyi latar disenyapkan supaya lebih jelas atau mod Wide Spectrum yang membenarkan audio persekitaran didengari sekiranya perlu.
7. SharePlay
SharePlay pula membolehkan kandungan video, muzik, gambar atau laman web bersama rakan secara atas talian. Apabila menonton video misalnya video boleh dikawal oleh kesemua pihak yang dijemput. Antara aplikasi yang menyokong ciri SharePlay ialah Apple TV+, TikTok, NBA, Twitch dan MasterClass.
8. Memoji
Foto Via macrumors.com
Memoji dipertingkatkan lagi dengan pelbagai gaya rambut, penutup kepala, aksesor, alat bantuan pendengaran dan 40 jenis pakaian. Pengguna kini boleh menghasilkan Memoji yang semakin hampir kelihatan seperti diri mereka sebagai ganti di alam maya. Orang Malaysia pun boleh pilihan tudung dan baju melayu tau. Menarik bukan?
9. Notifikasi
Notifikasi dikemaskini lagi oleh Apple dengan ikon aplikasi yang lebih besar dipamerkan. Notifikasi yang paling penting akan diberikan kepentingan supaya pengguna boleh memberikan perhatian kepada apa yang paling perlu dilakukan terlebih dahulu.
10. Safari
Tab yang dibuka disusun dalam bentuk grid yang lebih mudah dilihat. Kini Safari lebih menyerupai Chrome. Kesemua tab boleh dikumpulkan secara setempat dan diselarikan diantara peranti-peranti Apple lain yang dimiliki pengguna. Dengan ini penggunaan Safari merentas platform lebih sekata. Akhir sekali cari menggunakan arahan suara pada Safari turut boleh dilakukan bagi mereka yang tidak mahu menaip.
11. Wallet
Aplikasi Wallet semakin berguna kerana boleh menyimpan maklumat kunci elektronik, kunci hotel, kad pengenalan, kad vaksinasi Covid-19, kad pelajar dan juga kunci kereta. Dengan Wallet, iPhone menjadi pengganti kepada kunci-kunci fizikal. Perkongsian kunci antara ahli keluarga, anak-anak dan rakan sekerja juga boleh dilakukan sekiranya mereka juga mempunyai sebuah iPhone.
12. Photos
Photos meminjam beberapa ciri yang selama ini ditawarkan oleh Google Photos secara terbina. Ciri menghasilkan video memori, bagi yang mungkin tidak menyukai lagu yang disediakan, keseluruhan katalog Apple Music boleh digunakan sebagai muzik latar sekitar pengguna melanggan kepada perkhidmatan penstriman ini.
13. iCloud – iCloud+ Private Relay, Menyorokkan Alamat Emel Sebenar dan Storan Sementara
Foto Via macrumors.com
iCloud ialah perkhidmatan storan awanan perlu bagi semua pengguna ekosistem Apple. Dengan iOS 15, perkhidmatan ini dipertingkatkan dengan ciri Private Relay yang membolehkan pengguna melayari web dengan lebih selamat.Malah, iCloud turut membenarkan sandaran melebihi storan dilakukan ketika melakukan kemas kini peranti. Isu tidak cukup storan untuk melakukan sandaran sebelum kemas kini selesai.
14. Apple Health
Apple Health membolehkan data kesihatan dikongsi dengan ahli keluarga terdekat dengan selamat. Ini adalah ciri penting untuk memantau kesihatan ibu bapa yang berusia di kampung misalnya menerusi data yang dikumpul oleh Apple Watch. Ahli keluarga boleh dihubungi jika anomali dilihat pada degupan jantung misalnya.
Aplikasi Health juga boleh melihat perubahan trend kesihatan tubuh yang menjadi semakin baik ataupun buruk. Analisa kestabilan langkah juga boleh direkod dan dianalisa oleh pengguna. Amaran akan diberikan jika kestabilan langkah berkurangan dikesan.
15. Accessibility – Ciri Ketercapaian Untuk Golongan OKU Lebih Baik
Akhir sekali ciri ketercapaian (accessibility) membolehkan peranti dikawal dengan menggunakan bunyi pop, ee atau bunyi klik dari mulut. Ini membolehkan OKU yang tidak boleh menyentuh skrin masih boleh menggunakan iPhone. Data audiogram turut boleh diimport bagi membolehkan sistem audio iPhone menguatkan frekuensi tertentu berdasarkan ujian telinga yang telah dilakukan.
Selamat mencuba!
Sumber : Amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hari ini merupakan penentuan bagi rakyat Malaysia sama ada Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan atau pun tidak. Ramai yang bersetuju sekiranyanya PKP ini disambung sehingga negara kita benar-benar pulih daripada wabak COVID-19.
Walau bagaimanapun, apa sahaja yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri nanti rasanya masyarakat akan menerima dengan hati terbuka kerana banyak kemudahan yang telah disediakan, terutamanya untuk pembelian barang keperluan di pasar raya.
Jika tidak mahu bersesak di pasar raya, korang boleh membuat pembelian secara online atau pun kini Tesco juga sudah menyediakan kemudahan pembelian menerusi aplikasi WhastsaApp.
Menurut perkongsian daripada Ariff Iskandar Sa’id, kaedah yang digunakan Tesco ini sudah pun dimulakan beberapa hari lepas. Paling senang dan convenient kerana korang beri sahaja list panjang berjela dekat personal shopper Tesco yang berdekatan, selepas itu mereka akan sediakan barangan yang korang nak beli.
Jika barang atau jenama yang korang minta tiada di Tesco tersebut, mereka akan cadangkan jenama lain yang berkaitan. Nak mudah, bagi la list yang spesifik sikit dan boleh refer barang pada aplikasi MY Tesco Online. Harga barang adalah sama seperti di Tesco dan tiada cas lebih untuk personal shopper.
Dah setuju dengan barangan yang hendak dibeli, personal shopper Tesco ini akan sediakan barcode berserta jumlah yang korang perlu bayar.
Namun begitu, barcode yang diberikan hanya sah dalam tempoh 30 minit, jadi korang kena bagi tahu pukul berapa nak pergi ambil barang-barang tersebut.
Sampai sahaja di Tesco pilihan korang tu, pergi service counter dan mereka akan tunjuk troli berserta barang yang sudah tersedia discan. Selepas itu, terus ke kaunter dan bayar ikut jumlah barcode yang personal shopper WhatsApp tadi.Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan
Tak perlu beratur sebab Tesco dah sediakan kaunter istimewa untuk pelanggan ‘Order & Collect’.
Ha, mudah je kan? Tak perlulah korang nak mengambil masa yang lama di pasar raya untuk membeli barang keperluan. WhatsApp sahaja personal shopper Tesco yang terdekat dengan menghubungi talian-talian berikut:
Selamat membeli!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!